Skip to main content

BERGADUH, MERAJUK DAN ALQURAN..

By April 13, 2018June 7th, 2018Blog, Didik Anak

BERGADUH, MERAJUK DAN ALQURAN..
.
Azim : mama.. Ammar tu tolak yg saya punya
Ammar : mana ada! Ko tu yg tolak kita punya..
.
Bingit bergaduh >>]~¥¦]>=4=1)=5/=
Dua dua bertekak dengan suara yg kuat. Semua tak mahu mengalah menegakkan kebenaran masing masing. U know.. Bila kita dengar, terpaksa jadi lawyer dan hakim. 😂😂😂😂
.
Mama : ammar..surah lukman cakap apa? Kalau bercakap kena sopan kan? Can u calm down first?
Ammar : huh?! Tengah marah! Mana boleh cool down!
Mama : then tarik nafas and istighfar dulu lah..tak best lah dengar kalau cakap sambil marah marah..azim dah cool.. Azim cakap dulu lah..
.
Setelah selesai mereka menegakkan hak masing masing.. Saya sbg hakim tak diiktiraf ni TAK TAHU SIAPA BETUL SALAH.. tiba tiba teringat surah at tin dan sudah al syarh ada bercerita tentang Allah ya Hakim.. Lantas saya katakan…
.
Mama : dua dua betul. Salah faham aja ni. Azim ambil mainan dengan niat nak tolong. Ammar pula fikir azim rampas. So… Mama tak tahu siapa yg benar dan salah. Tapi Allah kata dalam surah al qariah..
.
Siapa yg berat timbangan pahala masuk syurga..
Siapa yg kurang timbangan pahala TAK masuk syurga..
.
Kalau minta maaf.. Dapat pahala..Sebab Allah Maha Penyayang dan Maha Memaafkan.. So siapa nak Allah sayang ?
.
Lantas dua dua bersalam…
.
I am amazed. Hanya dengan pertolongan Allah sahaja yang boleh mendamaikan hati yang tengah hot..
Allahuakbar!

HusnaHaron

Leave a Reply