Skip to main content

BAGAIMANA TUHAN MENJADIKAN ALAM SEMESTA INI

By February 21, 2018Blog, I - Ilmu

Albert Einstein pernah ditanya… Sekiranya ada 1 soalan yg boleh di tanyakan kepada Tuhan.. Apakah soalan itu.. Beliau menjawab “Bagaimana Tuhan menjadikan alam semesta ini”.. Namun, selang beberapa ketika.. Beliau menukar soalan tersebut kepada.. “untuk apa alam semesta ini diciptakan…”
.
Menerusi hadith qudsi… Allah berfirman yang bermaksud “Aku adalah Perbendaharaan yg tersembunyi. AKU ingin dikenal…Maka AKU ciptakan makhluk agar mereka mengenali AKU…
.
Maka, alam semesta ini adalah untuk mengenal Nya.
Melalui kerjaya kita kenalNya
Melalui family kita kenalNya
Melalui alam sekeliling kita kenalNya
Melalui langit dan bumi kita kenalNya
Melalui kesihatan kita kenalNya
Melalui impian kita kenalNya
Melalui wang dan harta kita kenalNya
Melalui masalah kita kenalNya
Melalui nafsu jiwa kita kenalNya
Melalui membantu orang lain kita kenalNya
Melalui ibubapa kita kenalNya
Melalui berfikir berguru bertafakur kita kenalNya..
Melalui alquran, solat, sedekah kita kenalNya..
Melalui aktiviti yg dikatakan “ibadah” sepatutnya kita lebih kenalNya…
.
Islam adalah cara hidup yg sempurna apabila kita serahkan diri kepadaNya, utk kenalNya..bahawa Tiada Tuhan Selain Allah.
.
Apakah aku sudah kenal Dia?
Dia yg mencipta kan aku…
Belum ready untuk mati. Moga dalam kontrak hidup aku.. Aku sempat mengenali Dia.. Kenal sekenal kenalnya.. Cinta secintanya..
.
I am a baby in Islam..
Ajari aku untuk mencintaiMu…
Ajari kami untuk mencintaiMu…

HusnaHaron

Leave a Reply