3 PERKARA YANG WAJIB KITA LAKUKAN SETIAP MASA…. IA MEMPERMUDAHKAN HIDUP.
.
3 perkara yang saya wajibkan diri saya lakukan hari hari adalah berikut. Dan saya juga suggest kepada anda untuk lakukan.
.
1) didik anak anak dengan Alquran. Tema setakat ini semuanya adalah MEMPERKENALKAN KEINDAHAN ALLAH. Betapa Allah teramat baik kepada mereka. Dalam kehidupan harian. Bab dosa? Teramat sedikit dibicarakan. Mengajar anak Alquran membaca dalam bahasa arab itu bagus dan diteruskan. CUMA PERLU KITA KETAHUI, INSTALL KEYAKINAN KEPADA ALLAH ITU JAUH LEBIH UTAMA. Alquran lebih mudah diamalkan. Allahuakbar! Tabarakallah!
.
2) Sedekah. Dari apa sahaja yang yang kita ada. Sebolehnya kepada sesiapa sahaja yang kita temui. Tak semestinya wang dan senyuman. Dah banyak saya Share pasal ni dalam post sebelum ni. Boleh scroll ya.
.
3) ilmu yang bermanfaat. Yang membuatkan kita lebih kenal Allah. Makin jatuh cinta pada Allah. In shaa Allah.
.
Ketiga tiga fokus ini sesuai dengan hadis nabi. Bila matinya anak Adam, terputus lah segala amal melainkan 3. Iaitu yang diatas.
.
Ketiga tiga di atas telah pun saya sytem kan di dalam kehidupan. Sudah menjadi default.. Tiada daya dan upaya melainkan bantuan Allah semata-mata. Ke mana sahaja saya berada. Termasuk ke destinasi yang seterusnya. Kami belum balik Malaysia walaupun sudah selesai haji.
.
Tema #QuranicTravelling kali ini adalah berdasarkan surah Al-Mulk 67:15
.
“Dia lah yang menjadikan bumi bagi kamu: mudah digunakan, maka berjalanlah di merata-rata ceruk rantaunya, serta makanlah dari rezeki yang dikurniakan Allah; dan (ingatlah), kepada Allah jualah (tempat kembali kamu sesudah) dibangkitkan hidup semula; (maka hargailah nikmatNya dan takutilah kemurkaanNya”
.
Di Airport Jeddah..
Saya sedang ikuti kelas online. Memahami bahasa Alquran. Oleh ustazah Afeefah Zainal . Tiada tempat duduk. Internet hanya ada di lokasi tertentu. Maka duduk lah saya di atas lantai. Alhamdulillah
.
Bila kita amati, ilmu Allah itu Maha Luas. Dan tanpa mengira siapa, saya tetap akan berguru. Surah 3 qul yang dibicarakan. Kalau nak ikutkan, surah surah ini telah pun saya tadabbur berpuluh kali. Namun, adab berguru perlu kosongkan apa yang kita ada. Barulah banyak yang kita akan terima..
.
Subhanallah MasyaAllah Allahuakbar! Ketika ustazah berbicara tentang surah alfalaq, saya merasakan keindahan luar biasa di dalam surah tersebut. Allah menciptakan segalanya dan Allah Maha Mengetahui dengan teramat teliti. Kita perlu berlindung pada Allah dari SEGALA ASPEK. Hatta sifat dengki orang, kata kata negatif orang, hasad dan apa jua yang bakal MEMBUATKAN KITA SAKIT HATI.
.
Basically kita tak mampu mengawal orang. Namun, dengan Alquran Allah memberi guideline BAGAIMANA KITA MAHU MENGAWAL HATI KITA. supaya tidak terjejas dengan apa jua yang orang lakukan secara senyap atau terang.
.
Allahuakbar!
.
Mahu 1000 daya…..sempat berguru 1 surah saja. Namun itu cukup untuk saya amalkan terus. Surah yang sudah biasa diamalkan. Tapi bila dapat injection ilmu baru, KEYAKINAN ITU DI UPGRADE LAGI.. Menyebabkan TIADA KERISAUAN di dalam hati…kerana Allah ada. Subhanallah! Alfatihah utk guru Alquran kita.
.
So next destination… Ke mana? Untuk Aplikasi Haji selepas haji.. #QuranicBackpacking
.
Ya diizinkan share, kita sama sama manfaatkan dengan orang lain ya
.
#HusnaHaron
#FormulaMasa.com
#QuranicLifestyle
#QuranForever
#Sendiri