Skip to main content

Ulasan Pn Husna Haron

Pn Mashitah adalah seorang Working At Home Mom beranak 2. Setiap kali beliau ‘terbabas’ dengan masa, pasti beliau rujuk balik apa yang telah dipelajari di dalam FormulaMasa. Apa yang saya kagum tentang beliau adalah keazaman beliau dalam mendidik sendiri anak-anak. keazaman beliau teramat jelas sehingga datanglah apa jua halangan.. halangan itu yang ditepis, bukan keazaman itu digugat.  Atas dasar itu, beliau banyak melakukan “adjustment masa”. Ya, itulah yang sepatutnya!

===================================

Kisah Pn Mashitah

Saya tidak lah terfikir untuk berkongsi kisah peribadi saya kepada umum.. apatah lagi jika ia nak dipanggil kisah kejayaan. Jika dalam bidang pendidikan anak-anak,masih jauh lagi rasanya daripada istilah berjaya, kerana saya masih dianggap setahun jagung (anak kecik lagi- 6 tahun dan bayi) , ibarat baru ‘menyemai ‘ tanaman baru yang berdebar-debar menanti hasil bila bertunas dan berbuah kelak, insyaAllah. Dalam pengurusan masa juga masih dalam ‘adjustment’ di sini sana. Apapun kisah saya ini harapannya dapat beri suntikan kepada ibubapa agar tetap berazam meletakkan kepentingan mendidik anak dengan tangan sendiri sebagai salah satu agenda harian kita, walau dalam masa yang terbatas pun.

Baiklah, nak imbas zaman belajar dulu, asalnya bidang pengajian saya ialah Pengurusan Sukan, yang saya rasa tidaklah ada kaitan dengan bidang pekerjaan saya tiga tahun sebelum ini. Memandang semula masa lalu, rentetan kisah sepanjang pengajian saya memang nampak mudah…, saya hanya ‘go with the flow sahaja’. Alhamdulilah selepas sekolah, saya ke UiTM dalam diploma jurusan Pengurusan Sukan dan Rekreasi dan tamat sebagai pelajar terbaik program, saya terus pula menyambung ijazah di fakulti yang sama di bidang yang sama dan rezeki saya tamat dengan keputusan kelas pertama. Dengan keputusan itu, mudah saya meminta biasiswa dibawah tajaan KPT dan bidang yang saya mohon ada di Universiti Malaya ketika itu. Di tahun akhir program Sarjana (Master) pula saya menamatkan zaman bujang dan selepas selesai master, saya mendapat tawaran menyambung pelajaran di peringkat PhD pula dibawah tajaan yang sama. Saya menolak untuk menyambung pelajaran di luar negara apabila suami yang baru menapak di bidang perniagaan dan tidak dapat ikut sama ke luar negara, tambahan pula kami bakal mendapat cahayamata pertama.

Tiga bulan selepas mendaftar untuk program Doktor Falsafah di Universiti Malaya, saya melahirkan anak pertama. Kehidupan ketika itu masih terkawal cuma di awal pengajian yang serentak dengan pengalaman pertama bergelar ibu, terus terang saya katakan saya agak ‘lost’ dalam pengajian. Dengan pengurusan masa yang kurang cekap, ilmu keibubapaan yang baru terkapai-kapai mencari setelah anak baru lahir dan impian yang kabur, saya agak hilang arah seketika.

Dengan berat hati saya menghantar anak ke taska setelah 6 bulan menjaga sendiri kerana ingin mengurus masa membuat penyelidikan, walaupun saya cuti belajar sepenuh masa. Apabila dikenang semula, banyaknya masa anak ‘berkorban’ tinggal di taska sebab ibunya sambung belajar dan di rumah pun selalunya kerja penyelidikan saya bawa balik dan kelihatan tidak berkesudahan. Memasak pun jarang-jarang sekali. Ketika itu, elaun saya seperti gaji pensyarah jurusan Sarjana. Ya, alhamdulilah saya tiada masalah kewangan ketika itu namun saya sering bersalah kerana pembahagian masa antara anak, keluarga dan pelajaran kelihatan tidak seimbang.

Dipendekkan cerita setelah tiga tahun saya ‘struggle’ mencari arah dalam penyelidikan, dan impian dalam diri yang bercanggah dengan situasi kerja yang saya pilih, saya melepaskan pengajian saya yang saya fikir memang bukan rezeki untuk saya . Selama hampir 5 tahun saya selesa dengan ‘elaun belajar’ yang agak lumayan bagi seorang pelajar, kini saya harus bermula semula mencari rentak sebagai seorang surirumah dan full time mother yang saya inginkan, dan dalam masa yang sama tidak ingin membebankan suami dengan gantirugi yang perlu dibayar semula ke pihak universiti. Walaupun pun saya tidak sesal dengan pilihan yang saya buat hasil istikharah ini, saya perlu berusaha mencari jalan untuk kerja sampingan.

Kehidupan SEBELUM Sertai FormulaMasa

Rupanya bukan mudah nak urus rumah, urus anak dan buat kerja sampingan dengan keadaan diri yang dah terbiasa kerja di luar. Urusan di rumah dirasakan tiada kesudahan. Ketika into saya bermula dengan mengajar ‘playgroup’ sahaja di hujung minggu, kemudian dapat tawaran mengajar di ‘playschool pula. Disebabkan azam dan minat yang mendalam nak belajar tentang kanak-kanak dan nak pengalaman mengajar (walaupun ada rasa tak yakin juga awalnya nak ajar anak orang), saya terima tawaran kerja part time tersebut, walaupun gajinya tak cukup pun nak bayar gantirugi bulanan saya.huhu. Saya adalah juga menjual buku-buku islamik kanak-kanak serta adakala membantu keluarga dengan jualan makanan kudapan . Ketika ini impian saya ialah nak kerja untuk ada makna dalam hidup dan bukan sekadar kerja nak dapat gaji lumayan. Saya nak didik anak sendiri, dan nak belajar lebih lagi tentang ilmu ‘early childhood education’ dan ‘parenting’. Saya gembira dengan kerja-kerja pilihan saya ketika itu walau tidaklah lumayan bayarannya. Saya juga bersyukur kerana suami dimurahkan rezeki dalam perniagaan dan dapat tampung keluarga. Namun jika nak meminta dia bayarkan gantirugi pengajian yang saya tinggalkan, saya tak sampai hati. Ketika itu, saya agak tersepit juga dalam nak mencapai impian, kerja sambilan untuk bayar gantirugi dan urusan rumahtangga yang adakala tidak seimbang.

Ketika inilah Allah temukan saya dengan satu ebook yang pada awalnya saya ‘tak percaya’ sangat akan keberkesanannya. Tapi bila rakan ajak ke satu program untuk ibu-ibu dan di sana ada satu slot tentang pengurusan masa, yang saya rasa sesuai untuk saya tahu ilmu ni…dan rupa-rupanya tetamu jemputan adalah penulis ebook yang saya pernah dengar tu. Apa yang buat saya tersentak dan terfikir setelah melalui slot preview pengurusan masa oleh Puan Husna Haron ialah, apa impian aku yang jelas sebenarnya? ..dan aku juga layak nak jadi ‘permaisuri’ walaupun aku kerja sambilan je merangkap surirumah. Selepas je program itu, saya dan rakan-rakan terus je buat group buy untuk sertai Kelas Online REVAMP YOUR ROUTINE. Masa tu duit lebih pun tak ada.huhu.dengan malu-malu saya minta suami duit nak beli ebook  tu, dengan harapan isterinya ni berubahla jadi lebih terurus..hehe

Kehidupan SELEPAS Sertai FormulaMasa

Semangat nya jangan kata, saya terus print (saya jenis suka baca di hardcopy) dan baca page by page. Banyak video juga ditunjukkan dalam website FormulaMasa tu… minggu seterusnya saya dan kawan-kawan semangat share kisah ‘revamp’ masing-masing. Apa yang paling saya suka ialah sesi me’revamp’ dapur yang buatkan saya mulalah timbul minat memasak, yang mana saya agak kurang sebelum ni…yang best lagi kerja-kerja di dapur jadi lebih pantas dan cekap, ditambah dengan kefahaman ‘big why’ disebalik semua kerja rumah yang dilakukan selama ni. Suami pun semakin gembira dengan perubahan isterinya yang makin terurus. Biasalah ada juga hari up and downnya..;)

 

Saya juga sangat hargai dan banyak manfaatkan ilmu daripada ebook ini yang mengajar saya mengatur matlamat/impian dengan lebih jelas. Jika sebelum ini saya agak kepenatan juga membuat beberapa kerja sambilan dan tidak fokus, kini saya semakin yakin dalam melakar impian hidup saya, iaitu memaknakan kehidupan. Saya bukan sahaja mahu terus timba ilmu pendidikan awal anak-anak dan keibubapaan, saya juga mahu kongsikan dengan lebih efisien berkenaan ilmu ini dengan lebih ramai ibubapa di luar sana. Sebelum ini saya berkesempatan menimba pengalaman mengajar anak-anak kecil di playgroup dan playschool. Setelah masa dapat diurus dengan lebih baik, saya mencuba pula mengajar kelas mental arithmetic di rumah. Anak saya juga seronok dapat belajar bersama-sama kawan. Mengajar sendiri anak Al Quran memang saya praktikkan daripada anak berusia setahun setelah belajar tekniknya melalui kursus yang dihadiri. Alhamdulilah anak sulung yang berusia 5 tahun hampir habis bacaan dan hafazan juzuk 30nya.

kids2

Sekarang, saya baru sahaja mendapat cahayamata kedua. Saya tahu cabaran pengurusan masa selepas ini akan lebih lagi. Namun saya bersyukur sekali lagi kerana telah diajar merancang impian dan masa dalam program yang tak pernah dibuat orang ni (Efficient to me kini dikenal sebagai FormulaMasa.com).   Apabila kita mula merancang insyaAllah jalan menuju impian itu akan lebih mudah.

Alhamdulilah dalam tahun 2016 yang dikatakan semakin mencabar dari segi ekonominya, saya telah pun membuat keputusan untuk bekerja dari rumah sahaja dan menjaga bayi sendiri kerana ibu adalah guru terbaik untuk anak kan. Saya yakin rezeki boleh datang dari pelbagai sumber dan melalui sesiapa sahaja, dan saya yakin lebih banyak kita memberi, lebih banyak yang kita akan dapat. Saya tidak katakan hanya ‘stay at home mom’ boleh menjadi guru kepada anak, tetapi semua ibu mampu, percayalah. Dengan pengurusan masa dan jadual yang disusun, alhamdulilah saya dapat meluangkan masa dengan keluarga, membuat kerja part time yang juga hobi saya, ada ‘me time’ untuk diri sendiri dan dapat memenuhi keperluan bersosial dengan berkongsi kisah serta ilmu masing-masing di group Whatsapp juga facebook.

Apa yang penting dalam melaksanakan ungkapan ‘ibu guru terbaik untuk anak-anak’ tidak lain tidak bukan adalah dengan ilmu. Masih saya ingat lagi ketika tempoh cuti belajar PhD dahulu, dengan waktu dan kemampuan yang ada pada ketika itu saya telah menghadiri banyak seminar keibubapaan. Bertitik tolak daripada situ, saya dipertemukan Allah dengan ramai insan-insan hebat yang juga bersemangat timba ilmu dan didik anak sendiri. Tidak saya sangka daripada pengalaman ke majlis2 ilmu yang lepas-lepas, Allah nak beri saya jalan buat apa yang saya fokuskan hari ini iaitu membantu menyebarkan ilmu keibubapaan dan pendidikan awal kanak-kanak-kanak kepada lebih ramai ibubapa.

Terinspirasi dengan ibu-ibu hebat yang sering berkongsi ilmu dan pengalaman ikhlas mereka mendidik anak-anak syurga, saya dan seorang rakan menawarkan diri untuk anjurkan ‘talk’ berkenaan ‘Pendidikan Seksualiti untuk Anak-anak’ di Lembah kelang dan bawa penceramah dari Perlis ni datang. Kesungguhan yang tinggi ini adalah kerana kami sendiri ingin belajar dan merasa peri pentingnya ilmu berkenaan hal ini dipelajari oleh ibubapa dalam menyediakan anak-anak dengan ilmu seksualiti yang betul dan sesuai mengikut usia. Dari situlah pengalaman pertama kami ‘organize event’ berteraskan parenting- dulu2 buat event2 kat universiti je..bertitik tolak daripada event pertama yang kami anjurkan itu, kami namakan lah kumpulan kecil kami sebagai Quranic Mommies Network (QMN). Kami juga berkongsi ilmu dan maklumat-maklumat terkini di facebook page kami; Quranic Mommies Network.

qmn

Sedar tak sedar dah lebih setahun QMN menganjurkan siri seminar-seminar kepada para ibubapa kerana kami percaya ilmu yang dipelajari secara berdepan memang lain auranya.  Talk yang kami anjurkan adalah

  • “Pendidikan Seksualiti untuk Anak-anak: Apa yang Ibubapa Perlu Tahu?” yang dah masuk siri ke 4
  •  ‘Keseimbangan Pendidikan IESQ (Emosi, Spiritual dan Intelek) untuk Anak’
  • Teknik Bercerita Islami, Therapeutic Storytelling
  • Pengurusan Emosi Ibubapa dan ‘Quranic Homelearning’.
  • Pengurusan emosi ibubapa dalam mendidik anak-anak dan ilmu ‘quranic homelearning’ .
  • EH SABAR (Emosi Hebat, melalui Sains, Anggota Badan dan Al Quran), di mana puan kaunselor kami akan berkongsi inovasi beliau dalam mengenalpasti caragaya seseorang menggunakan emosi di badan dan mengajarkan teknik cepat dan efisien dalam mengawal emosi seseorang. Siapa yang tidak pernah rasa kurang sabar dengan karenah anak-anak kan? Mari lah kita belajar sama-sama mengurus emosi diri sendiri dan bantu anak mengurus emosi mereka juga.
  • SCUA (Super Chaliph Ulul Albab) method Quranic Homelearning di mana seorang ibu yang mengamalkan ‘homeschooling’ kepada anaknya akan berkongsi tips dan panduan dalam mengajar anak di rumah berkaitan pelbagai cabang ilmu namun dikaitkan dengan proses tadabbur daripada Al Quran. Saya sendiri teruja ingin belajar lagi ilmu-ilmu ini, yang saya kira sangat relevan untuk dipelajari oleh ibu, tidak kiralah yang bekerja mahupun tidak.

 

Nasihat saya untuk ibu-ibu di luar sana yang masih kelam kabut ,tak ada masa mengajar anak, tak ada masa untuk diri sendiri, tak sempat luang masa dengan keluarga…

Mulakan dengan niat dan hasrat, mulakan dengan impian yang dinyatakan dalam doa yag bersungguh. Tulis impian. Aku nak ada masa untuk belajar dan mendidik anak-anak syurgaku agar menjadi insan yang berguna untuk ummah. Ya, tidak salah kita berharapan besar, menyediakan anak-anak syurga kita untuk pembangunan ummah dan Islam. Ia tidaklah mustahil dengan impian/doa mustajab ibu dan tangan barakah ibu yang boleh menggoncang dunia. Ya, generasi hebat yang bakal memartabatkan Islam bermula dengan kita, ibubapa yang ada impian hebat..

Suburkan impian yang kuat itu tadi dengan ilmu, insyaAllah mudah sahaja bagi Allah menguruskannya.  Allah lorongkan saja jalan-jalannya mengikut aturanNya yang kita sendiri tidak mampu fikirkan. Siapa tahu pengunduran saya daripada pengajian di peringkat tertinggi yang dikatakan sangat merugikan dahulu, memberi saya keuntungan yang besar dari segi ilmu keibubapaan dan anugerah masa dalam mendidik  permata syurga, juga mengajak ibubapa lain sama-sama belajar dan berimpian. Allahuakbar.

Walaupun saya masih belajar menyusun jadual baru dengan kehadiran anak kedua dan suami yang agak sibuk juga uruskan perniagaan, alhamdulilah kehidupan saya sekarang lebih tersusun, lebih gembira dan lebih tenang kerana dapat buat kerja yang saya suka iaitu memaknakan hidup dengan berkongsi ilmu bermanfaat dengan lebih ramai orang yang memerlukannya. Insya Allah.

 

RUJUKAN

Facebook : Siti Mashitah Sarif

Husna Haron

Leave a Reply