Jom! kita tengok sama- sama. Ambil point penting dan terus amalkan dalam kehidupan kita.
kalau ada hati nak download video ni, boleh pergi ke YouTube Ustaz Haslin Baharin (sila klik) dan Copy paste kan Embeded code kat situ kat YouTube Downloader :
RINGKASAN CERAMAH USTAZ HASLIN BAHARIN
1-Wahai orang-orang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah
2-Manusia dikurniakan nafsu dan akal dan diuruskan berpandukan syariat Allah dan dimanfaatkan untuk agama Allah
3-Lelaki ada 9 akal, 1 nafsu manakala perempuan ada 9 nafsu, 1 akal
4-Sesungguhnya setiap agama semua ada akhlaknya. Akhlak bagi agama ISLAM adalah rasa malu terhadap Allah
5-Hiburan tidak salah jika diadaptasikan untuk agama Allah
6-Jaga mata jangan tengok maksiat, jaga lidah daripada mengumpat, jagalah kebersihan untuk kesejahteraan bersama
7-Jadilah kamu orang yang baik, bila ada disukai, bila tiada dirindui, bila mati ditangisi
8-Jauhkanlah diri daripada jadi orang jahat(naudzubillah), bila ada orang meluat, bila tiada disukai, bila mati disyukuri
9-Apabila ada rasa malu pada Allah; jika dia seorang kaya, dia tidak sombong dengan orang bawahan; jika dia seorang miskin , dia tidak dengki dengan kekayaan yang dimiliki oleh orang lain
10-Orang- orang yang rajin ke rumah Allah ialah kriteria orang beriman. Tidak cantik iman seseorang sehinggalah cantik apa yang ada di dalam hatinya