Skip to main content

Jom! kita tengok sama- sama. Ambil point penting dan terus amalkan dalam kehidupan kita.

kalau ada hati nak download video ni, boleh pergi ke YouTube Ustaz Harryanto Rizal (sila klik) dan Copy paste kan Embeded code kat situ kat YouTube Downloader  :

RINGKASAN CERAMAH USTAZ HARRYANTO RIZAL

1-Islam bukan sekadar suatu kepercayaan atau anutan tetapi sebagai cara hidup
2-Agama yang diiktiraf disisi Allah SWT adalah ISLAM
3-Orang islam mesti berasa ‘sesuatu’ apabila berada dalam agama ini kerana ini adalah agama ini ciptaan Allah
4-Lihat agama ISLAM sebagai agama yang tinggi tidak melangkaui mana-mana agama yang lain
5-Masyarakat jahiliah dikongkong pemikiran dengan adat yang merendahkan mereka- apabila datang ISLAM ia mengangkat darjat manusia (penganutnya)
6-Manusia adalah sebaik-baik kejadian ciptaan Allah SWT kerana diberi akal
7-Allah menggambarkan orang-orang kafir dalam quran; bahkan lebih teruk daripada haiwan kerana mereka tidak beriman dan tidak menggunakan akal mereka
8-Orang beriman di angkat pada sesuatu darjat/ kedudukan (berilmu)
9-Orang yang berilmu dia tahu dia perlu bersusah payah membelanjakan hartanya untuk mendapat akhirat yang kekal abadi
10-Tidak dikira/dicatat perbuatan dosa untuk 3 golongan ini: 1-anak yang belum baligh 2-orang tidur sehingga dia bangun daripada tidur 3-orang yang gila sehingga dia baik (pulih)

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Open chat
Hello 👋
Selamat datang ke FormulaMasa.com
Biar saya bantu anda mencari servis yang sesuai untuk keperluan anda. Sila klik 'Open Chat' di bawah untuk berkongsi keperluan anda dengan kami