Jom! kita tengok sama- sama. Ambil point penting dan terus amalkan dalam kehidupan kita.
kalau ada hati nak download video ni, boleh pergi ke YouTube Ustaz Azhar Idrus (sila klik) dan Copy paste kan Embeded code kat situ kat YouTube Downloader :
RINGKASAN CERAMAH USTAZ AZHAR IDRUS
1-Hanya Allah sahaja menyembuhkan sakit bukan doktor-hanya ikhtiar/asbab
2-Undang-undang Allah tiada rundingan, tak boleh kurang, tak boleh tambah. Contoh: solat fardhu
3-bezanya manusia yang beragama islam dan yang ‘mengaku islam’, dia akan datang ke majlis ilmu agama
4-Pada akhir zaman, islam hanya tinggal nama; tidak beramal islam sepenuhnya
5-Barangsiapa yang derhaka pada Allah dan rasul-NYA, maka mereka telah menjadi sesat yang sangat terang(teruk)
6-Tauhidkan, mengesakan Allah- pada zat-NYA, sifat Allah, perbuatan Allah- percaya tiada yang dapat menyembuh selain Allah
7-Jauhkan diri daripada perbuatan syirik pada Allah tanpa kita sedar atau sedar
8-Barangsiapa yang mempersendakan hukum Allah akan jatuh kafir
9-Orang alim tugasnya ialah menyampaikan keindahan agama Allah kepada masyarakat
10-Ketahuilah antara sifat Allah- keras seksaan-NYA. manusia takut pada-NYA kerana tahu akan kebesaran Allah