URUS MASA DENGAN TENANG
Tips ini adalah berdasarkan pemerhatian saya pada ramai wanita yang ada anak ramai. Contoh terdekat adalah Ma, ibu saya sendiri. 10 anak. Mak mertua, 9 anak, dan kakak saya, 8 anak..
Pasti anda juga ada kenal seseorang yang anak ramai DAN EFFICIENT. Pasti ada kan?
Orang yang ada anak ramai, mempunyai pelbagai sistem, tips dan cara kerja yang short cut. Sekiranya kita anak sikit, ikut cara orang anak ramai.. Allahu.. Tiada sebab untuk tak cukup masa…DENGAN SYARAT ADA IKUT 4 BASIC ini
4 BASICS
1- JAGA SOLAT AWAL WAKTU. Dan solat tahajud.
2- Banyak kan baca AlQuran dan zikir Ingat pada Allah
3- sering tolong orang.
4- wujudkan KEUTAMAAN DAN SISTEM
Bila sentuh keutamaan, maknanya ada susunan. Dalam 1 hari, nak buat apa. Kalau kita nak buat segala benda, jawapan nya ia jadi beyond limit
Anda sudah pernah dengan 1-3 dengan sangat banyak.
Sekiranya masih ada kesukaran untuk tenang dalam kehidupan yang sibuk, bermakna ada masalah dengan CARA ia dilakukan.
Surprisingly bila saya sebagai anak, ikut apa yang ma pesan, Jaga 4 basic ini.. Urusan kita yg lain banyak dipermudahkan. Itulah keberkatan yang Allah kurniakan.
Seperti saya dulu, saya percaya Orang zaman sekarang tak nampak bagaimana KEBERKATAN itu bekerja. Ia ada dalam ilmu quantum physics sebenarnya.
Sentuh bab sistem pula..
1) utamakan suami, dan gembirakan suami
2) suami yang gembira, pasti in shaa Allah akan gembirakan isteri.
*1 dan 2 mudah terjadi bila 4 basic di jaga
3) fokuskan utk buat 3 perkara baru setiap hari. Yang akan buatkan kita rasa happy. Apa tu? Ikut ANDA. NOBODY WILL MAKE U HAPPIER IF U DON’T.
4) kerja rutin di sistem kan. Usah jadi Supermommy yang buat segala benda. Semua orang dalam rumah ada fungsi. Dan berfungsi
Bagaimana nak tahu anda adalah Supermommy yang lelah atau Supermommy yang rilex?
A) Bila anda sakit, perlu rehat.. Apa khabar rumah?
B) Bila anda terpaksa outstation /ada urusan ke luar, mudah kah untuk tinggal kan rumah?
C) Bila anda mahu rehat yang cukup ber me time, siapa yang akan uruskan kerja rumah..
Sekiranya jawapan anda adalah
1) memang tak boleh tinggal! Itu menjelaskan anda yang menzalimi diri sendiri untuk buat segala benda sendiri. Pelbagai nikmat telah Allah kurniakan, namun ia tidak diuruskan dengan benar.
2) sekiranya anda boleh tinggal, itu menjelaskan sudah ada sistem. Mungkin ia perlu di perbaiki dan dimantapkan lagi
3) sekiranya jawapan anda adalah, boleh je nak tinggal rumah 1-2 bulan pun.. Ini mantappp in shaa Allah. dah ready mati at any time. Tiada sesiapa bergantung pada anda. Nak pergi haji dah mudah kalau macam ni.
Haaa…apa contoh sistem?
– tugas kan setiap orang dalam rumah untuk buat kerja. Hatta anak usia 1 tahun. Ada cara train.
– curi masa. Berjalan ke dapur, kemas 1 bahagian. Berjalan ke ruang tamu, kemas 1 bahagian
– train dan reward ahli keluarga yang suka buat sepah
– berikan setiap orang RUANG MASING Masing. Untuk mereka letakkan barang peribadi. Latih untuk jaga. Proses latihan adalah 1-6 bulan. Bukan 1 minggu terus give up
– kewangan, ia harus di susun ikut keperluan. Kalau anak ramai, dan kita wanita nak fokus kepada keutamaan BASIC DI ATAS… kemungkinan perlu ada pembantu. Partime atau full time.
– nak bekerja? Silakan. Tapi utamakan tugas hakiki BASIC dan tanggungjawab utk suami dan anak anak
– PERKENALKAN Allah pada anak anak. Baru anak ada rasa tanggungjawab nak tolong parents.
– wujudkan Quran Environment di rumah.
unik..sungguh unik
segala sistem yang dinyatakan di atas
dan tambah dengan yang anda sudah ada..
belum lengkap sekiranya belum dipadankan dengan yang seterusnya….kerana yang di atas fokus kepada luaran.
.
Bagaimana dengan dalaman kita? Agar lebih mudah untuk tenang. Lebih mudah untuk kawal emosi? Allahu… Alquran ada gariskan dengan begitu indah. Ada ramai watak watak wanita dalam Alquran untuk kita contohi..
..
– Maryam
– IBu Nabi Musa
– Zulaikha
– isteri Firaun
– Ratu saba
– Hawa
.
.
Dan contoh dalam Alquran itu sangat lengkap.
Wanita yang beriman, apa impak di dunia
Wanita yang menggoda
Wanita yang degil
Wanita yang dizalimi
Wanita yang Berkuasa
Banyak.. MasyaAllah!
.
.
Once kita dah tahu watak wanita ini.. Mudah untuk kita uruskan kehidupan kita…
.
.
Otherwise, wanita hanya menjadi mangsa. Umpama maid tak bergaji. Bekerja, urus rumah, Jaga anak, buat side income. Nak setel hutang. Me time dan Hobi? Errr dah lupa dah..
.
.
So sebab itu ramai wanita sukar untuk bersyukur by heart..lantas, menjemput pelbagai perkara yang tak best dalam hidup. Sedangkan wanita kan special?
.
.
Nampak sesuatu di situ? Bila kita boleh uruskan hati kita dengan message Alquran, kita mudah untuk bertenang. Dan maintain tenang. In shaa Allah. Maka, apa jua sistem, solusi untuk urus segala perkara mudah diselesaikan. Ia ada dalam alquran. Kerana Islam datang untuk memartabatkan wanita.
.
.
Apakah anda rasa dimartabatkan?
Atau sebaliknya..
.
.
Apakah diri kita rasa mendapat rahmat menjadi orang islam? Sedangkan itu yang dijanjikan Allah bila kita AMALKAN ALQURAN..
Al-Anbiya 21:107
وَمَآ أَرْسَلْنَٰكَ إِلَّا رَحْمَةً لِّلْعَٰلَمِينَ
Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam.
AMAL Alquran memerlukan ilmu.
Ilmu ada di mana mana.. Pilih lah yang mana sesuai untuk diri mu…
Tindakan
1- Anda sudah subscribe Siri Video Tenangkah? Sila tonton video pertama “10 Basics untuk Kehidupan yang Lebih Tenang” Click link ini dan masukkan maklumat login anda http://www.formulamasa.com/elearning
2- Untuk ketahui lebih lanjut tentang Quranic Time Management, boleh lah anda sertai program Online eAuditlife. Maklumat lanjut di sini Click ke http://www.formulamasa.com/auditlife