Skip to main content

Tukar Cara Berfikir & Cara Kerja untuk ada Masa

By March 24, 2015October 21st, 2016Kisah Inspirasi,

Nama : Maznah

Pekerjaan : Kerajaan – Kaunselor Hospital

Bilangan Anak : 2

Kehidupan sebelum join FormulaMasa : Kisah saya sebelum revamp ialah rutin harian saya yg kelam kabut di pagi hari. Saya jenis bangun awal sebab tidur awal. Menariknya anak pun sama. Jadi saya sering rasa tiada masa buat kerja rumah spt sapu, mop, basuh pinggan mangkuk periuk, sidai baju, memasak dengan fokus, sebab saya selalu nak spend masa special untuk anak sahaja tanpa ganggu kerja rumah saya. Petang lepas kerja, saya akan bawa anak beriadah di padang atau playground hingga akhir petang. Kemudia balik mandikan anak, diri, memasak simple, solat jemaah bersama, makan mlm dan ajar alquran. Sehari sekali sahaja dapat ajar (sebab awal pagi saya kelam kabut, walau bangun 5am lebih untuk buat kerja rumah semalam x siap).

Kehidupan selepas join FormulaMasa : Selepas baca ebook puan husna yang premium pertama pada Jun 2014 lalu, saya nampak dan berfikir kenapa saya mesti asingkan aktiviti kerja rumah yang tak sudah habis ni dengan aktiviti special time dengan anak. Kenapa saya perlu bangun malam semata nak sapu dan mop rumah, kemas mainan anak bersepah? Sy jenis suka asingkan sebab nak special time dengan anak tanpa gangguan. Sy ubah paradigma pemikiran saya dahulu, iaitu saya tidak perlu jadi maid di rumah sendiri. Sy mula libatkan anak dan kaji swot kami semua. Bahagi tugas, Setujui bersama suami isteri. Memandangkan saya dan anak jenis morning person, awal pagi saya gunakan untuk tasmik hafazan anak surah lama sebab aura pagi sebelum subuh lebih baik untuk oksigen dan minda. Saya ajak anak untuk berkayuh basikal awal subuh yang segar. Jika sempat, suami tlg basuhkan pinggan mangkuk periuk semua di tgh malam kerana saya tidur awal. Kini anak juga sudah sangat matang dan boleh kemas mainan, lap air tumpah, sapu, mop, sidai baju dan paling best dia sendiri rasa kesannya bila mainan sepah vs rumah kemas!!! Semuanya kerana anak dilatih dan kita ubah cara berfikir serta buat 2 in 1, bukan asing-asing. (kebetulan juga mungkin kerana faktor usianya genap 3 lebih matang wallahualam, namun saya percaya jika tak dilatih awal takkan tiba tiba dia berubah magic mcm tu). Sebab saya cuti pantang, lagi la saya ambil kesempatan homeschoolingkan anak penuh untuk catch up mana yang saya tak sempat dan anak lemah bab membaca huruf di buku (hafazan dia jenis ok, dah masuk surah ke 18, membaca yang dia lemah dan stress). Video (email): anak kedua dan anak pertama diajar alq awal pagi, anak pertama memang mandi awal pagi. anak kedua tu belum dimandikan lagi tapi nampaknya jadi morning person juga macam kami 😀

 

 


[mashshare]

Husna Haron

Leave a Reply