TIDAK PUAS HATI DGN PENCAPAIAN DIRI?? post ini utk anda…
.
Sedang mengkaji surah ar Rahman.. Tertanya tanya kenapa terlalu banyak ayat “nikmat mana lagi yg mahu didustakan”.. Betapa banyak nikmat yg Allah berikan yg kita tidak hargai.. Dari perspektif asbabunuzul, tadabbur, dan makna perkataan… Terlalu banyak input yg para ustaz kongsikan. Maka, sebab itu alquran perlukan perantara guru. Yang mana, Allah akan berikan kefahaman yg lebih mendalam apabila kebergantungan kefahaman alquran adalah pada Allah… Bukan pada guru yg menyampaikan.
.
Puas mendengar penjelasan guru…
Apabila kita ‘nampak’ kaitan antara ayat Quran dgn diri kita dan apa yg kita alami… Al fatihah utk semua guru Quran kita…
.
Apabila kita membaca alquran.. Kita akan mengeluarkan tenaga (energy) dan menyerap tenaga. Kita akan mengeluarkan gelombang fikiran Frequency dan menyerap frequency. Kita akan mengeluarkan getaran dan menerima getaran..
.
Getaran yang kita keluarkan amat amat dipengaruhi oleh bacaan tajwid dan fokus kita. Sebab itu, belajar tajwid tidak pernah habis silibus Nya. Agar berterusan belajar.
.
Getaran yg rendah, mengeluarkan Frequency yg rendah..
Getaran yg tinggi, mengeluarkan frequency yg tinggi..
Cuba lihat gambar ke 3… Sains menunjukkan bagaimana getaran yg tinggi menarik kelebihan yg kita mahukan dgn izin Allah…
.
Ultimate consciousness is super wowwwww. Dalam seminar boleh hurai panjang.. Tapi utk fb post ni..saya akan share sikit bagaimana dengan mudah kita boleh tingkatkan vibration, frequency dan menarik energy yg lebih tinggi utk apa yg kita mahukan…
.
Dah ready?
.
Ok.. Kita menarik apa yg kita fikirkan..
Terkadang bila sesuatu yg negatif, masalah, musibah terjadi.. Kita mudah utk layan emosi negatif. Emosi negatif energy dan getaran rendah. Maka, lebih banyak lah yg negatif kita akan tarik.
.
Maka di sini lah sebahagian fungsi alquran..
Yg mana.. Bila kita faham maknanya (dgn baca terjemahan).. Kita akan dipujuk, di positif kan, dan di ingatkan apa yg kita terlalai..
.
Proses ini akan sebabkan kita menukar emosi kepada yg positif lebih pantas… Maka sepantas itu lah kita akan tertarik yg positive.
.
Pasti ada adabnya…
Yg wajib adalah YAKIN DAN PERCAYA KEPADA ALLAH
yg mengawal segalanya. Tuhan langit dan bumi dan segala di antaranya.
Yg wajib juga adalah YAKIN DAN PERCAYA KEPADA KALAM ALLAH ALQURAN…
.
Apa yg saya ceritakan ini adalah side effects aja. Ni pun dah best melampau.
.
Pic 2 and 3, credit kepada Christie Marie yg membicarakan aspek sains… Saya nampak fungsi alquran mempermudahkan apa yg beliau terangkan…. Alhamdulillah syukur ya Allah mengurniakan alquran. Benar benar mukjizat…