TIADA PERASAAN. TIADA RASA CONNECTION BILA BACA ALQURAN. TIADA KHUSYUK KETIKA SOLAT
.
Hargai lah diri anda yang mudah menangis. Client yg ini datang berjumpa saya kerana tertanya tanya apakah masalah beliau. Beliau amat jaga solat. Tapi tiada khusyuk. Beliau rajin pergi ke majlis ilmu tapi tiada perasaan bila baca AlQuran. Usaha beliau untuk dekatkan diri pada Allah banyak. Tapi kenapa rasa sama saja. Tiada perubahan hidup dirasakan. Yang beliau bertambah pelik, kenapa beliau TIADA PERASAAN, TAK RETI MENANGIS. Beliau mahukan Allah. Sudah mencuba banyak. Beliau tidak tahu bagaimana rasa connect dgn Allah walhal usaha banyak.
.
bila melihat personal coaching form, SAYA TIDAK NAMPAK SEBARANG MASALAH. Hidup beliau amat mudah. Kerjaya, family, masa, segalanya ada. Sungguh terserlah impak solat dan Alquran dalam kehidupan beliau. Yg beliau mahukan adalah RASA.
.
Sungguh tough. Saya tidak tahu mahu cakap apa. Yang saya tahu
– Allah Maha Cepat Hitungan HisabNya.
– Allah itu Maha Dekat.
– The moment kita nak Allah, Allah “berlari” kepada kita.
.
3 ayat Alquran ini bermain di fikiran saya. Saya tidak tahu mahu jawab apa. Saya ajak beliau pergi makan dulu. Mahu kenal karakter beliau. Oh rupanya beliau adalah jenis brain processor 5 (BP5) . Memang logic pun tiada perasaan. Saya validate lagi dengan berikan pelbagai soalan. Kesemua sepuluh soalan mengesahkan.
.
Allah ilhamkan sesuatu. Alhamdulillah Tabarakallah.
.
Lantas saya ajak pula beliau utk ke masjid. Setiap orang Allah kurniakan default brain processor yg berbeza. Ia menentukan kita banyak pakai bahagian otak maana. Secara praktik vs secara default. Cara untuk upgrade connection dgn Allah boleh di leverage kan berdasarkan input ini. Ini usaha kita.. Kalau Allah nak bagi melalui apa cara pun boleh.
.
But for her case, Allah belum izinkan…
.
Di masjid, saya berikan cara UTK PERSIAPKAN HATI untuk solat. Biasa je aktiviti nya.
.
Istighfar
Solat zohor
Solat hajat
.
saya katakan kepada beliau..
Puan solat je. Minta pada Allah direct. Sebab Allah je yg boleh bagi. Lepaskan pergantungan puan kepada sesiapa termasuk saya. I am nothing too. Lakukan aktiviti persiapan hati tu..
.
Saya menunggu.
Dan berdoa
Dan baca AlQuran
.
Saya hanya boleh menyampaikan. Allah sahaja yg boleh bagi.
.
Selepas 30 minit. Beliau katakan
.
Puan! Saya ada rasa GETARAN DALAM HATI! splash! Saya rasa sangat seronok! Khusyuk!
.
Tiba tiba beliau jadi banyak cakap. Padahal sebelum nya tanya sepatah jawab sepatah..
.
Saya katakan alhamdulillah… Allah bagi. Means puan boleh. So sekarang, kita mahu buat coaching part. Saya berikan pilihan pada puan.. Nak duduk kat masjid ni atau ke tasik?
.
Beliau memilih tasik. Saya bawakan beliau ke sana. Sampai di tasik, saya katakan padanya “puan pilih lah nak duduk kat mana..” dan beliau pilih spot ini. Ia mengesahkan lagi bahawa beliau BP5.
.
di situ saya mencuba cari apa punca yg sebabkan beliau berpuluh tahun tiada rasa itu. Urgency beliau adalah lagi 2 minggu nak pergi haji. Beliau mahu mencintai Allah. MASYAALLAH!
.
Saya tidak jumpa. Aduh!
.
Tinggal lagi sejam. Aku mahu ke penang pula. Membantu 40 counsellors di sana. Ya Allah.. Tolong bantu..
.
Saya baca surah al ikhlas. Mohon pertolongan dari Allah.. Kemudian teliti kembali personal coaching form. Dan ternampak satu character beliau. Rupanya seorang yg pemarah. First impression, saya nampak beliau seorang yg amat tenang, cool dan tiada perasaan.
.
Dari situ di gali…
Di gali
Di gali..
.
Rupanya jumpa lah isu utama beliau.
Rupanya beliau sedang di Upgrade bahagian Percaya kepada Qada and Qadar. The same ujian dihadapi utk 20 tahun! berdasarkan cerita beliau..
.
Beliau Sayang suami.
Hormati suami
Selalu mohon maaf pada suami.
.
Hypothesis saya menjangkakan beliau tidak dapat REDHA SUAMI. saya tanyakan beberapa perkara lagi to validate. Semakin jelas. Nusyuz character itu ada. Saya validate lagi. Hinggalah CONFIRM ITULAH ISUNYA IAITU TIADA REDHA SUAMI
.
Redha bukan sekadar lafaz di bibir atau tindakan romantik sayang.ia adalah sesuatu yg tidak boleh ditipu kerana ia lahir dari hati. Impaknya ada pada kehidupan.
.
Apabila mahu merangka action plan utk menyelesaikan masalah beliau, saya tanyakan lagi.. Sesuaikah action plan itu dgn character beliau.
.
Ego
Malu
Segan
Mana mungkin untuk minta maaf dengan suami..
.
Sesuatu yg sukar dilakukan. Alquran diperlukan utk menundukkan keakuan beliau. Saya gunakan surah Ibrahim, kombinasi dengan surah al ikhlas dan surah al falaq.
.
Lantas saya berikan 5 pages action plan.saya jangkakan ambil masa 14 hari untuk selesai. Sesuai dgn timing beliau nak pergi haji..
.
Beliau seorang yg pantas bertindak. Pagi tadi apabila baca message, beliau sudah selesai
.
Pelbagai transformasi peribadi yg tidak boleh dikongsikan berlaku overnight. Allahuakbar! Allah Maha Pantas!
.
Tiada daya dan upaya melainkan bantuan Allah semata-mata..
.
Alquran is truly beyond perfect!