TERSILAP KEPADA ANAK…EGO VS MOHON MAAF
.
Ammar dan saya sedang bermain badminton. Perasan macam Lin Dan lawan Wong Mew Choo. Ahaks! Tengah main.. Bulu tangkis yg dihantar ammar smash kena bahu saya. Aduh! Tengah bermain kan. Belasah saja lah..
.
Sedang main lagi.. Saya melambung bola tinggi.. Silau dengan cahaya matahari.. Ammar terlepas bulu tangkis dan terkena matanya. Hilang sudah semangat sukan.. Menangis lah beliau. Tiada lagi semangat play like a man. Yang beliau harapkan adalah pujukan seorang ibu..
.
Husna Mew Choo ππ pun pergi lah kepada Ammar Lin Dan πππ.. Memujuk tapi tergelak. Kerana kesakitan itu sikit saja. Ammar bertambah marah…kerana hanya beliau yg tahu sakit itu..
.
Dalam diri saya.. The small little voice Bersuara..
– “bukan salah kau Husna. Kecederaan dalam sukan kan normal”… Ditambah lagi..
– “kau kena train anak untuk jadi lebih “jantan”..
– “ni baru badminton lah.. Bukan rugby. Suami ko main rugby lagi ganas”
– hey! Ko kan ibu! Takkan nak minta maaf dengan anak..
.
Teringat ayat alquran yang tiba tiba datang. Perihal
Menjaga hubungan dgn Allah dan dengan Manusia (surah ali imran 3:112)
.
Sedang kan anak ini adalah salah satu tabung yang diharapkan berterusan berdoa kepada ibu bapa setelah mati. (hadith)
.
Lantas saya katakan
Mama : sorry ammar.. Terkena… Nak rehat dulu atau nak quran?
Ammar : (dengan suara yang penuh berharap) mama, mama tolonglah doa pada Allah. Nak Allah. Nak Quran.
Mama : ok..ok..mama maaf ya.. Mama doa ya..
.
Ya Allah.. Mama minta maaf.. Mama main badminton. Kena mata ammar.. Sakit.. Allah tolonglah ammar.. Mama nak baca AlQuran ni. Allah tolong ya…
.
Lantas saya bacakan surah alfatihah..tiba di ayat yang kelima.. Saya ulang 3x.
.
Al-Fatihah 1:5
.
Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.
.
Ammar semakin tenang…. Dan mula tidak lagi menangis..
.
Allahuakbar!
===========
.
Small little voice itu bukan lah membisikkan sesuatu yg negatif. Ada benarnya juga dengan apa yang dibisikkan. Small little voice itu aka syaitan hanya mampu sarankan ilham. Apa jua ilham tertakluk kepada ketakwaan dan kejahatan (surah AsySyams 91:8).
.
Dengan padanan surah al imran 3:112 di atas.. Ia mengubah diri saya yang sebelum nya ego untuk minta maaf…kepada memohon maaf.. Tidak jatuh maruah seorang ibu meminta maaf. Malahan, setelah itu… Ammar memeluk saya tanda sayang dan terima kasih kerana berdoa kepada Allah..
..
Sakit mata itu sebenarnya tidak sakit. Yg sakit adalah hatinya yang tidak dipujuk. Ditambah beliau juga pasti ada small little voice.
.
Lihatlah.. Alquran mengubah cara kita berfikir dan cara kita bertindak..
.
πΉπΉπΉπΉπΉ
.
Ammar : mama… Jomlah main lagi! Baru 9-6
Mama : eh dah tak sakit ke?
.
Anda? Ada ego nak minta maaf pada Anak? Atas apa jua kesalahan?