Skip to main content

Tema travel kali ni adalah snap gambar haiwan by Ammar..

Tema travel kali ni adalah snap gambar haiwan by Ammar.. Bila scroll phone, ada sekitar 35 haiwan! Padahal bukan pergi zoo pun..
.
Ammar : ammar nak buat video haiwan. Mama ajar lah.
Mama : OK.. Meh mama tengok apa yang ammar dah snap..
.
Ermmmmm.. Banyak nya gambar helang. Ammar tahu tak kisah helang?
.
Ammar : ada dalam Quran ke?
Mama : kisah burung ada dalam Quran. Tapi yg mama nak cerita ni pasal yang lain..
.
Helang.. Bila dah umur 40 tahun.. Dia ada pilihan. Sama ada untuk bunuh diri atau teruskan hidup.
.
Ammar : kenapa dia nak bunuh diri?
Mama : masa tu, dia ada 3 halangan untuk terus hidup.
.
– bulu dia lebat sangat dan berat hingga sukar kan dia untuk terbang.
– Paruh dia panjang sangat hingga sukar kan dia untuk makan
– kuku kaki sangat panjang hingga sukar untuk tangkap makanan
.
Ammar : haaa? Pastu dia kena buat apa Mama? (wajahnya penuh tanda tanya)
.
Mama : kalau dia nak teruskan hidup.. Dia akan lalui kesengsaraan. Dia akan pergi ke gunung dan cari batu yang kuat.
.
1)Kat situ dia akan patahkan dan cabut paruh nya. Kemudian tunggu paruh baru tumbuh..
.
2) kemudian, dengan paruh baru tu.. Dia akan tarik dan cabut kesemua kuku kaki. Dan tunggu kuku baru pula tumbuh
.
3) kemudian, dengan paruh dan kuku baru tu.. Dia akan tarik dan cabut semua bulu badan yang lebat dan berat tu..
.
Ammar : susahnya Mama. Sakit lah dia! Berapa lama sakit mama?
Mama : semua sekali tu 5 bulan. So helang yang boleh survive, akan mampu hidup hingga 70 tahun..
Ammar : kalau tak tahan sakit?
Mama : tak boleh survive.. Mati.
.
Tapi manusia, Allah bagi rahmat kasih sayang sangat banyak, kalau kita ikut apa yg Allah kata dalam Alquran.
.
Ingat ni ya
1- jaga Solat dan Zakat.
2- Syukur
3- jangan sekutu kan Allah
4- buat baik pada PArents
5- yakin apa sahaja yang kita lakukan, di BALas oleh Allah.
6- berKOmunikasi dengan baik
7- SErah diri pada Allah..
.
Ammar : banyaknya Mama…
Mama : yang Allah bagi lagi banyak!
Ammar : ni surah apa mama?
Mama : surah lukman..
.
So nak jadi seperti helang yang kuat atau helang yang give up?
.
Ammar : nak jadi ammar yang Allah sayang..
.
😂😂😂😂😂
.
#rumahngaji
#savingfamilies

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Open chat
Hello 👋
Selamat datang ke FormulaMasa.com
Biar saya bantu anda mencari servis yang sesuai untuk keperluan anda. Sila klik 'Open Chat' di bawah untuk berkongsi keperluan anda dengan kami