TANGISAN KERANA ORANG TIDAK MEMAHAMI MALAHAN BERIKAN PELBAGAI MASALAH
.
Personal coaching paling panjang yg saya baca adalah dari client ini. Teramat bagus. Lebih mudah untuk saya fahami. Untuk mencari di Bahagian manakah kehidupan beliau yg sedang di Upgrade. Beliau di Upgrade pada bahagian yg sama rukun iman selama 30 tahun.
.
drama kisah hidup beliau terlalu banyak linangan air mata. Orang sakiti hati beliau teramat lah banyak. Air mata sudah menjadi teman baik. Beliau mahu personal coaching kerana impian yg teramat penting. Penting untuk ummah. Namun beliau asyik dihimpit pelbagai masalah kewangan, hubungan dgn teman/keluarga yg timbul tenggelam. Dan beliau sudah putus harapan.
.
Saya minta izin pada beliau untuk Audit Aqidah. Hanya Allah yg layak menilai. Saya cuma mahu Melihat aqidah itu untuk mencari Solusi dari Alquran.
.
Disebabkan isu beliau agak berat, kami ambil masa 9 hari untuk selesaikan. Dan durasi itu menjadi lama kerana saya serahkan kepada beliau untuk lakukan sendiri uncode process. Kalau buat bersama saya, dgn izin Allah mungkin boleh setel dalam masa 1 hari. Tapi bukan itu Solusi yg terbaik.
.
Rupanya beliau terkena sihir. Saya bukanlah orang yang tepat utk berbicara tentang sihir. Namun di dalam Alquran ada 69 kali kisah sihir diceritakan.
.
Ramai orang silap faham tentang sihir. Kita dimomokkan sihir itu ada Ahli sihir yang bermantera. Dan sihir itu amat luar biasa boleh mengubah orang yg disihir. BENAR SEKIRANYA KITA TERIMA BULAT BULAT DAN JADIKAN IA SEBAGAI SISTEM KEPERCAYAAN KITA.
.
Alquran pula jauh lebih hebat non comparable to sihir. Valid hanya kepada orang yg upgrade percaya kepada Allah dan kata kata Allah iaitu Alquran.
.
Mengikut kefahaman saya.. Sihir itu adalah pengumpulan energy hasil dari emosi yg amat kuat. Energy tidak boleh dicipta atau dimusnahkan. Ia boleh berubah bentuk. Tanpa disedari empunya badan juga menyihir diri sendiri. Dan apatah lagi dari sumber luaran.
.
Emosi yg teramat kuat yg dizahirkan oleh orang lain kerana dendam, marah, bengang dll juga boleh transfer kepada orang lain. Tanpa mereka sedari. Ini juga adalah sebahagian dari sihir. Surah al falaq menjadi sandaran sebagai solusi asas.
.
Maka solusi yg saya berikan banyak menggunakan ayat Alquran untuk Mengubah belief system beliau yg sudah corrupt dengan pelbagai input. Harus diingatkan yg mencipta diri kita adalah Allah. Yg menciptakan emosi kuat hingga tersihir diri sendiri juga Allah hasil dari kezaliman diri sendiri. Yang Menciptakan penyihir juga Allah. Yng menciptakan life drama juga Allah.
.
Maka solusi pertama haruslah Upgrade yakin dan Upgrade kembali kepada Allah.
.
Client ini begitu bersungguh melakukan action plan yg telah dibincangkan. Isunya jauh lebih besar untuk beliau ber ego dengan diri saya yg jauh lebih muda. Saya amat kagumi kesungguhan beliau. Apa bila ego wujud, ia bukan Di antara saya Dan client. Tetapi ia membataskan diri client untuk release energy. Dan ternyata client ini seorang yang amat bijak.
.
Akhirnya…
Problem 30 tahun selesai dalam masa 9 hari Menggunakan Alquran. DENGAN IZIN ALLAH YG MAHA BERKUASA.
.
Dan beliau bangkit untuk membantu lebih ramai orang! Allahuakbar!
.
Tiada daya dan upaya melainkan bantuan Allah semata-mata.