TAJAAN..SEDEKAH YANG TERBAIK ITU..
.
apabila saya katakan saya menaja.. Saya pastikan ia dari yang TERBAIK.. Sedaya boleh cuba amalkan ayat Alquran Surah Al-Baqarah 2:267
.
“Wahai orang-orang yang beriman! Belanjakanlah (pada jalan Allah) sebahagian dari hasil usaha kamu yang baik-baik, dan sebahagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu. Dan janganlah kamu sengaja memilih yang buruk daripadanya (lalu kamu dermakan atau kamu jadikan pemberian zakat), padahal kamu sendiri tidak sekali-kali akan mengambil yang buruk itu (kalau diberikan kepada kamu), kecuali dengan memejamkan mata padanya. Dan ketahuilah, sesungguhnya Allah Maha Kaya, lagi sentiasa Terpuji.
.
Ayat Alquran ini banyak mengubah cara saya bersedekah. Dari sedekah sesuatu yg kita tak nak.. DIUPGRADE KEPADA sedekah dari yang TERBAIK DAN YANG KITA SAYANGI..
.
Apakah yang sayangi? MASA! Ia bukan sekadar 1 hari seminar ini. Malahan masa untuk lakukan “marketing” mengajak orang utk hadir. Mungkin ambil masa secara total 4hari. Sekiranya 4 hari itu difokuskan kepada corporate training…bertambah lah pendapatan. MASA ITU YANG SAYA SEDEKAHKAN.
.
Bukan sekadar itu… Ia dari yang TERBAIK.. apakah tindakan nya?
.
– workbook bukan sekadar fotostat biasa. Malahan cover di design cantik, di print atas kertas bersinar.. Sebab saya mahukan ilmu untuk kenal Allah ini DIHARGAI, DIAMALKAN, DAN RASAI PERUBAHAN NYA
.
– bukan sekadar itu.. Saya ambil masa utk mengenali setiap peserta melalui Online Questionnaire. Analyse APAKAH YANG DIPERLUKAN OLEH SETIAP PESERTA. maka, ayat Alquran yang saya kongsikan adalah berbeza beza mengikut peserta. HANYA ALLAH YG MAHA MENGETAHUI
.
– malahan, peserta dikongsikan secara praktikal Audit Life. Bukan sesuatu yg pelik. Lafaz alhamdulillah dan istighfar sahaja. TETAPI PESERTA DIPASTIKAN IA DIFAHAMI CARA PRAKTIKAL. kalau balik buat sendiri boleh dilakukan.
.
Tidak cukup dengan itu… Peserta Diminta untuk kongsikan apakah experiential learning yg dirasakan ketika itu juga. Kerana membaca Alquran SEPATUTNYA DENGAN JANTUNG HATI.. bukan hanya sekadar di bibir…
.
Atas asbab usaha kecil ini… PESERTA LAH YANG LAKUKAN USAHA 100%.dan pasti Allah lah yang memakbulkan usaha itu…
.
Guarantee saya tetap kosong…. Usahlah anda datang ke seminar kerana expectation yg tinggi. Sungguh.. Saya tiada daya dan upaya melainkan bantuan Allah semata-mata….
.
Allahuakbar!