Skip to main content

SURI RUMAH MAHU PERGI UMRAH STRUGGLE DGN MASA DAN KEWANGAN .

By October 21, 2018Blog, Kisah Inspirasi

SURI RUMAH MAHU PERGI UMRAH STRUGGLE DGN MASA DAN KEWANGAN
.
Golden dream semua suri rumah. Beliau seorang yg hebat..mempunyai latar belakang pendidikan di luar negara. Punyai pendapatan yg lumayan sebelum ini. Dek kerana impikan keluarga bahagia dan mendidik anak anak sendiri, beliau nekad berhenti kerja. Sudah 5 tahun.
.
Apa yg dilalui setiap hari begitu rutin. Melayan anak, masak 3x sehari, kerja rumah, membaca, melayan smartphone. Tiada focus. Umpama kapal yang hilang kemudi. Hanya ikut sahaja angin tolak. Buat side income sikit sikit. Nak pi umrah? Tak tahu lah saving tu bila mahu beranak pinak..
.
Melihat coaching form.. Saya tidak hairan dengan dilema yang dilalui. PERUBAHAN MESTI DILAKUKAN. untuk client ini, simple sahaja action plannya. Hanya 2 sudut sahaja. Rukun islam sahaja yang goyang.
.
Menggunakan 4 ayat Alquran untuk diamalkan di dalam proses perubahan ini, kami merangka bersama sama, bagaimana beliau boleh pergi umrah bulan april tahun hadapan. In shaa Allah. Ia boleh dipercepatkan sekiranya milestone pertama boleh ditempuhi dgn bijak menggunakan Alquran.
.
Sesuatu yg unik tentang beliau… Saya meminta beliau utk membaca Alquran. MasyaAllah.. Bacaannya cantik.. Namun, apabila proses audit dilakukan.. Saya melihat bagaimana Alquran memberikan side effect kesihatan.
.
Beliau rajin baca AlQuran, menjaga solat. Tapi mudah kepenatan. Malahan sukar bangun tidur. Sungguh tidak synchronise side effects Alquran itu. Maka saya audit bacaan beliau dan memberitahu pembacaan Alquran bagaimana kah yang memberi side effect kepada kesihatan, increased focus dan efficiency.. Allahuakbar!
.
Apabila di restructure kan focus beliau.. Saya melihat 3 impian utama. Alhamdulillah, 3+2 impian beliau telah pun kami sama sama strategisekan taufik tindakan agar ia mampu dilaksanakan.
.
Memberi action plan kepada client memerlukan saya untuk menilai kemampuan client utk bertindak. Considering keadaaan keluarga, kewangan, masa, pasangan, minat dan emosi.
.
Bahagian ini mudah di explore apabila berjumpa depan depan. Sebab itu personal coaching perlu berjumpa.
.
Saya katakan kepada beliau…
.
Saya nampak ia mudah untuk dilaksanakan. Sebab tidak banyak perubahan rutin yg puan perlu laksanakan. Hanya perubahan cara ia dilakukan. Yg utama, rukun islam untuk diri puan perlu di Upgrade dahulu.. ini plan kita.. Ini apa yang bakal diusahakan. Yg utama malam ini dan seterusnya BERDOA BERMOHON KEAMPUNAN DARI ALLAH.. astaghfirullahalazim..
Astaghfirullahalazim..
Astaghfirullahalazim..
.
Dalam masa yang sama upgrade la khusyuk solat, upgrade sedekah dan upgrade hubungan dgn suami…
.
Allahuakbar!

HusnaHaron

Leave a Reply