SMARTPHONE : BEST FRIEND ATAU MUSUH DALAM SELIMUT?
.
terang dan nyata, Smartphone banyak mempermudahkan hidup…jika disenaraikan kita ada sekurangnya 50 sebab utk pegang smartphone..
.
Komunikasi, cari info, reminder, jadual, tengok berita.. Eh macam macam. Anda pernah check, berapa kali buka smartphone 1 hari? Dan sekali pegang berapa minit? Or berapa jam?
.
Smartphone bijak.. Tapi bijak kah anda? Credit kepada iklan finas.
.
Penggunaan smartphone TANPA KAWALAN Sebabkan kita dikawal smartphone. Hinggakan kita dapat pelbagai side effect negatif
– kerja terbengkalai
– fokus kepada orang tersayang sekeliling terabai
– masa jadi tak cukup
.
Inilah PUNCA UTAMA KENAPA ALQURAN JADI KALAH DENGAN SMARTPHONE..
.
Alquran itu penuh dengan keberkatan. Penuh dengan fungsi. Tetapi ia tidak dibuka. Kerana empunya diri tidak explore fungsi Alquran sebagaimana Smartphone di explore…
.
Alquran lebih banyak di explore.. Lebih kebahagiaan dirasakan..
.
Smartphone lebih banyak di explore, kerja banyak setel.. Tapi kerja terbengkalai asbab exploration yg banyak itu, JUGA BANYAK!
.
Cuba anda senaraikan kelebihan dan fungsi smartphone dalam hidup anda…
..
Dan cuba senaraikan kelebihan Alquran dalam hidup anda..
.
Ia menjawab kenapa masih struggle nak baca AlQuran.
.
Praktikal surah as sad 38:29 menemukan saya dengan 1782 (as per now) fungsi Alquran. Yang sebabkan saya tak boleh tinggal Alquran.
.
Sad 38:29
(Al-Quran ini) sebuah Kitab yang Kami turunkan kepadamu (dan umatmu wahai Muhammad), -Kitab yang banyak faedah-faedah dan manfaatnya, untuk mereka memahami dengan teliti kandungan ayat-ayatnya, dan untuk orang-orang yang berakal sempurna beringat mengambil iktibar.
.
Sejauh mana kita berakal untuk fikirkannya..inilah yang saya kongsikan dalam seminar TimeREVAMP weekend ni.
.
astaghfirullahalazim..
Astaghfirullahalazim..
Astaghfirullahalazim..
.
Terima kasih waffle yang hangit kerana ingatkan saya.