Siapakah kita???
.
Apabila kita melihat diri kita dari aspek manusia.. Kita akan “ralat” dengan keislaman kita.. Sedangkan di dalam Alquran begitu detail diceritakan tentang status manusia.
.
Tujuh tahun lepas, saya bekerja di sebuah universiti di mana 95% adalah non Malaysian. Pada asalnya, saya “bergaduh” dengan seorang kawan yg dulunya adalah Muslim. Kini Kristian. Setiap hari beliau akan cari points utk menampakkan diri saya tentang keburukan islam. Dan apa yg beliau sampaikan adalah fakta. Allahuakbar.
.
Namun, dalam proses menjawab semua soalan itu.. Saya merasa subhanallah..Allahuakbar.. Beliau membuatkan saya banyak berfikir! Kononnya mahu mengislamkan beliau kembali. Namun, apa yg terjadi.. SAYA YG DI ISLAM KAN.. Dari islam agama warisan..
.
Islam agama warisan adalah dilahirkan islam dan menurut saja rutin ibadat kerana di suruh. Kerana budaya. Kerana adat.. BUKAN KERANA ALLAH yg lahir dari jantung hati.. Allahuakbar!
.
Alhamdulillah.. Tugas parents saya sudah selesai..Dan saya amat bersyukur dikurniakan parents dan family yg amat titik beratkan solat, Alquran dan sedekah.. Saya hadiahkan Al fatihah utk ma dan abah, yg masih hidup.
.
Namun IMAN TIDAK BOLEH DIWARISI. astaghfirullahalazim..
.
Saya belum berserah diri.. Belum beriman dalam konteks yg boleh kembali kepada Allah. Ternyata, selama 25 tahun saya hidup dalam munafiq!
.
Bukan salah ibubapa.. Bulan salah guru.. Bukan salah sesiapa. Salah diri sendiri yg TIDAK MENCARI TUHAN! Astaghfirullahalazim..
.
Di dalam alquran.. Allah ceritakan tentang
1) manusia biasa yg belum mendapat hidayah
2) Muslim, (Al imran 3:67)manusia yg berserah diri
3) kuffar, Muslim yg ingkar (Al baqarah 2:89)
4) mukmin, (al-imran 3:179)manusia yang beriman. Yang benar benar menyakini dengan jantung hati akan Allah
5) munafik, perhaps bahasa mudah adalah hypocrite.
6)mukhlisin, orang yg ikhlas..(albaqarah 2:265)
.
Astaghfirullahalazim.. Di mana kah kita ? Tatkala saya sedang audit diri.. Saya merasakan diri saya pada No 1? Atau no 3? No 5?
.
Allahuakbar.. Hajat di hati mahu menjadi Muslim yg upgrade kepada mukmin dan mukhlisin
.
Ternyata melihat kepulan awan yang makin menebal memberikan,message besar… Snowfall yg begitu tebal, ribut snow, avalanche menyebabkan kami harus patah balik.. Tidak boleh landing..
.
Astaghfirullahalazim.. Saya harus patah balik kepada Islam.. Patah balik. kepada, masuk Islam secara total (albaqarah 2:208). Dan Alquran adalah the best guidance utk kembali kepada Allah (alkahfi 18:2) . . Tidak mahu ‘mati’ lagi selagi belum kembali.
.
Syukur ya Allah.. Matikan lah kami dalam keadaan kembali kepadamu. Husnul khatimah bukan hanya sembang di bibir. It should be portrayed in our life.. Allahuakbar..
.
Apabila kita tidak tahu.. Maka, kita perlu bertanya kepada Ahli Zikir. (Al anbiya 21:7)..moga Allah temukan kita dengan mereka.. Yg utama, Allah yg ajarkan kita. In shaa Allah..
#surah