Sebolehnya kita mahu sediakan makanan segalanya dari tangan kita. Kalau boleh nak tanam sayur dan bela ayam sendiri lah kerana terbukti sihat, baik, bersih. Setiap kali masak, petik dari kebun. Ikan kail di sungai.
.
Angan angan ni tinggi melampau untuk wanita bekerja. Kerana batas masa, tenaga dan wang.
.
Balik dari India, inilah perkara pertama yang saya lakukan..minggu lepas saya ada share post dari seseorang tentang “bagaimana simpan makanan basah”
.
Saya sudah biasa beli banyak banyak dan jadikan stok. Malahan, ada 1 hari yang saya namakan sebagai kitchen setting day. Masak pes makanan utk stok sebulan. Fresh kah? Rasa sama kah dengan baru? Soalan ini yang saya selalu terima.
.
1) fresh kah?
Sekiranya susu ibu boleh di bekukan, apakah isunya di sini?
.
2) rasa sama kah?
Pada pendapat lebih sedap kerana “rasa sudah mesra”. Kalau saya, saya asingkan protein dan paste. Bila nak masak baru campur. Tahukah anda bahawa kebanyakan restoran buat mcm ni?
.
Cara mcm ni.. Ambil masa hanya 15 minit utk 3 lauk. Sayur masak fresh. Telur pun.
.
3) suami tak suka, mcm mana?
Sila utamakan suami. Redha nya penting. Cuma, tanyakan pada suami.. Kalau masak segalanya dari awal mungkin ambil masa 1 jam 30 minit. So, terpaksalah skip perkara berikut
– exercise setiap hari 30 minit
– ajar anak Alquran 30 minit
– kemas rumah 15 minit
.
Suami boleh sediakan pembantu, lebih bagus. Atau suami yang buatkan. Sekiranya tiada? Ayuh baca AlQuran banyak banyak. Agar masuk ke dalam dunia yang SIDE EFFECTS adalah MASA YANG DIPANJANGKAN
.
Harus ingat, bahawa setiap masa manusia ini serba terbatas.. ALLAH YANG TIADA BATAS.
.
SEMUA DI ATAS BOLEH DILAKUKAN KALAU
1- jaga solat
2- banyak kan baca AlQuran
3- ADA SISTEM DI RUMAH.
4- sistem yang boleh maintain dan semua follow.
.
Dah bersistem, barulah mudah nak fokus kepada SIDE INCOME.
.
Ni baru bab makan.. Bagaimana pula dengan lipat baju? Kemas rumah? Mainan anak? Sedangkan ni semua hanyalah PERKARA RUTIN HARI HARI..
.
Takkanlah asyik buat benda yang sama aja.. Sedangkan seluruh alam ini Allah cipta untuk kita semakin kenalNya.
.
Solusi? Timerevamp.
.
Weekend ni di JB,
Next week di Damansara
Then Denai alam.. Terengganu.. Sabah
.
TimeREVAMP ; Revealing the secret of Quranic Time and activities Management.
.
Bab yang ni semua cover 5% je content. Lagi 95% lagiiiii best 😍😍😍
.
Bila di rumah tiada sistem, maka akhirnya wanita bekerjaya iaitu IBU yang akan jadi mangsa.
.
Terpaksa korban tidur.
Terpaksa korban rehat
Terpaksa korban baju cantik sebab tak perlu iron
Terpaksa korban dengan bersepah
Terpaksa korban metime
Terpaksa korban BACA QURAN
Terpaksa solat akhir akhir
Terpaksa solat dalam terkejar kejar
Terpaksa hadap life yg tak best
Terpaksa setiap masa berleter
Terpaksa hidup dalam keadaan TAK BERSYUKUR
terpaksa sugul…
.
Di pejabat, wanita ini merasakan “bebas sekejap” kerana hanya 1 perkara yang perlu difokuskan.
.
Demi tanggungjawab segalanya dikorbankan. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.
.
SEDANGKAN KITA ADA PILIHAN
Kalau boleh bekerja dan didik anak, kan best
Kalau boleh bekerja dan masak sendiri, best juga.
Kalau bekerja, boleh MeTime khas untuk Allah lagi best.. Kalau bekerja dan boleh banyak baca AlQuran Allahuakbar memang itulah yang diidamkan
.
Kalau boleh solat dengan khusyuk di rumah? Inilah impian utama ibu yang ada anak kecil.
.
Saya ingin membantu anda..
Kerana SOLAT YG TERBURU BURU ADALAH SIA SIA
Tiada masa baca AlQuran, adalah penyebab tiada masa. Sibuk bekerja tapi tidak bersedekah /berzakat.. Punca hidup rasa amat sempit. Regardless berapa pendapatan anda.
.
Sekiranya anda rasa post ini bermanfaat, silakan share.. Anda tahu siapa yang harus dibantu.
.
Melalui anda juga saya dibantu untuk faham lebih ayat Alquran. Anda juga adalah guru saya..