Skip to main content

SEDIH, KECEWA, BENGANG, MARAH Nak buat apa?

By October 21, 2018Blog, I - Ilmu

SEDIH, KECEWA, BENGANG, MARAH
Nak buat apa?
.
tersangat normal sebenarnya untuk ada pelbagai perasaan. Usahlah tertipu dengan segala post saya yang NAMPAK SEGALANYA POSITIF. Semua orang ada jalan cerita masing masing. Saya tidak berkecuali.
.
Saya tidak akan bercerita masalah peribadi yang belum selesai kepada orang. Tidak mahu menyumbang masalah emosi dan serabut kepada orang lain. Saya hanya mahu gembirakan orang. Itukan sedekah juga..
.
Bila apa jua masalah sudah selesai, baru saya akan berkongsi kisah masalah peribadi itu. Bukan kisah itu yang dipertaruhkan. SOLUSI DARI ALQURAN YANG DIKETENGAHKAN. ACTION PLAN DARI ALQURAN YANG DIWAR WARKAN
.
Kisah perjalanan untuk dijemput Haji…
Penuh dengan debaran, air mata.. Tapi lihatlah bagaimana Alquran begitu pantas memberikan solusi. Allahuakbar. Allah yang Maha Pantas.
.
Maka, untuk merasai kepantasan itu.. Kita lah yang terlebih dahulu perlu
.
1- berbaik sangka pada Allah atas segala perkara. Atas apa pun yang terjadi.. ALLAH MAHA PEMURAH DAN BERTERUSAN PEMURAH KEPADA DIRI KITA..ALLAH MAHA PENYAYANG DAN BERTERUSAN PENYAYANG KEPADA DIRI KITA.. Ini lah maksud dari sudut bahasa.. Lafaz Bismillahirahmanirahim…ini 113 surah semua ada lafaz ini!
.
2- bersihkan hati cepat cepat untuk delete prasangka kepada Allah dan takdir. Lagi cepat bersih hati, lagi cepat tenang, lagi cepat berbaik sangka, lagi cepat mudah solat, lagi cepat baca AlQuran.. Lagi cepat bersedekah.. Lagi cepat berusaha. Ini praktikal surah al baqarah 2:1-5
.
3- UPGRADE YAKIN kepada Allah atas apa jua permohonan. Inilah asas tauhid, aqidah. Allah sahaja yang Maha Membantu. Aktiviti dalam upgrade yakin ini adalah dalam Rukun Iman.. Terlalu banyak ayat Alquran ada pasal upgrade yakin ni. Jomkita baca AlQuran
.
4- FEEL THE LOVE SEPANJANG PROSES
Apa jua masalah ia menyakitkan bila kita menggunakan upaya sendiri. Tak cukup dengan hanya berdoa. Usaha tetap perlu. LALUI Proses TRANSITION DARI SELF DEPENDENT KEPADA ALLAH DEPENDENT DI DALAM HATI. Saya masih bertatih dalam perkara ini. Itu masih ada menangis, bengang, marah benci.. Saya raikan semua perasaan as boosters. Itu pun hadiah dari Allah.. Pembacaan Alquran berterusan amat membantu. Asmaulhusna sangat membantu..
.
5- tugas Allah lah yang mengurniakan ilham, pertolongan yang berduyun duyun, penyelesaian. KITA HARUS LALUI PROSES PENYELESAIAN ITU. Melalui proses takdir itu banyak diceritakan dalam surah Yusuf, surah Maryam, kisah nabi Musa.. Banyak surah
.
Sampai satu ketika PROSES MENGHAFAL ALQURAN DIRASAKAN ENJOYING untuk membantu setiap masa keadaan hati. Saya ulang hafazan untuk ditenangkan hati yang berkecamuk. Saya baca surah yg dihafal untuk upgrade yakin.
.
Walaupun baru juzuk amma yang dihafal.. It is ok.
.
Sampai satu peringkat.. Kita tak boleh hidup tanpa Alquran. Ada urgency utk menghafal..
.
Permulaan bukan sebab mahu menghafal itu
Permulaan sebab tak mahu lama lama berada dalam emosi yg “tak best”
.
Bila hafal Alquran.. Speed utk DIPUJUK DAN SWITCH kepada positif berlaku amat pantas.
.
PROBLEM DAH SELESAI ATAU TIDAK itu hal no 2.
Tapi mengawal keadaan hati agar setiap masa berbaik sangka itu lebih utama..
.
Asas kepada SOLAT DAN SABAR.. In shaa Allah
.
Al-Baqarah 2:45
.
Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk;
.
Jomkita! AMAL ALQURAN..
.
Ini lukisan emotion expression by Ammar..

HusnaHaron

Leave a Reply