Skip to main content

Sebarkan cinta kepada semua..

By October 23, 2018Blog, QURAN

Sebarkan cinta kepada semua..
Untuk merasai cinta dari Nya..
Bila mana cinta itu menjadi agenda setiap nafas.. Maka, mulalah menjemput pelbagai cinta dari segala sudut
.
Ternyata mencintai yang baik itu mudah..
Mencintai yang tidak baik itu sukar..
Mencintai yang dibenci oh itu lebih sukar..
My first kebencian diambil maaa 4 bulan untuk cuci hati.. Lama lama nampak keindahan.. Lama lama kebencian yg seterusnya lebih pendek masa utk ditukar kepada menerima…
.
Cinta itu indah
Benci itu opposite
.
Tidak boleh bercampur.
.
Sekiranya memilih utk membenci, itu bermakna memilih utk tidak dicintaiNya. Itu perit dan sukar.
.
Sukar itu kerana cinta itu belum di Upgrade.
.
Akui kelemahan diri kerna yang memiliki Cinta Tak Terbatas itu adalah milikNya.
.
Lantas di cuci lagi hati.. Kerana dibenci itu dilihat dari sudut pandang hati yang kotor…sedangkan tiada apa yang Allah ciptakan sia sia.. Semuanya bersebab..
.
Hati sendiri kotor, maka menarik hati yang kotor juga untuk menghentam diri.
.
Hati yang dipenuhi cinta, maka menarik cinta
.
Tatkala anda jelek dgn post ini, ia menunjukkan hati anda yg kotor jelek…
.
Tatkala anda seronok dgn post ini, ia menunjukkan hati anda yg bersih seronok.
.
Yang pasti Maha romantiknya Allah, di dalam setiap yang baik dan setiap yang buruk. Sehingga dilempar berlian dirasakan berlian. Dilempar batu dirasakan berlian juga. Malahan berlian yang lebih berharga.
.
Hingga tiada buruk yang dirasakan. Segalanya indah.
.
Allah itu Maha Mysterious untuk kita terus explore keunikan Keunggulan ermm tidak tahu perkataan apa yang harus dinyatakan.
.
Ada banyak ayat Alquran yang diamalkan menyebabkan post ini ditulis sebegini rupa. Kini, kerana 1 ayat Alquran yang diamalkan dengan penuh rasa tak puas hati , aku menerima hadiah lagi bernilai ribuan ringgit. Aku terkedu. Oh sungguh Alquran ini magic! Bila ia di unlogic kan.
.
Bila diperhalusi, hadiah ribuan ringgit itu nikmat utk fizikal dilalaikan dari berterusan bercinta dgn Allah. SUBHANALLAH! Allahuakbar…. makin diperhalusi, Alquran begitu detail paling mikro guide.
.
Oh apakah ini perasan dan riak?
.
Astaghfirullahalazim..
.
And i make it exclusive contoh real life cases di dalam buku nanti ya.. Explosion of ilham… Sabar sabar sabar…
.
Apa khabar hatimu?
.
#HusnaHaron
#FormulaMasa.com
#QuranicLifestyle
#QuranForever
.
#Sendiri
#QuranicHajjJourney

HusnaHaron

Leave a Reply