Skip to main content

S.I.B.U.K.

By February 19, 2018Blog, M - Me Time

Meneruskan kehidupan ke arah yg lebih baik terkadang menyebabkan kita lupa bahawa ketika ini, saat ini adalah yg terbaik. Apa yg berlaku sekarang, adalah hasil pemikiran, tindakan, doa dan kata kata kita. Kita sedang menjalani takdir. Perbezaannya adalah apakah di dalam keadaan sekarang, kita lebih mengenali Pencipta kita. Tujuan utama dihidupkan.
.
Di dalam sibuk kita, kita memerlukan Dia utk uruskan masa, wang, kesihatan, sekeliling kita. Bukan menggunakan kemampuan terbatas kita. Agar ingatan kita untuk Nya.
.
Di dalam ruang waktu kurang disibukkan rilex, kita memerlukan Dia untuk difahamkan siapakah Dia. Mempelajari tentang Dia.
.
Di dalam kesempitan, kita memerlukan Dia untuk menguraikan segala permasalahan diri hingga mengurangkan masa untuk lebih melekat kepadaNya. MemerlukanNya untuk diajarkan bagaimana mahu Upgrade syukur, untuk diajarkan bagaimana mahu melihat rahmat di sebalik apa yang terjadi. Bagaimana untuk melihat di dalam sempit itu sebenarnya adalah lapang untuk membantu lebih ramai orang.
.
Di dalam kenikmatan dan kelapangan hidup pula, Dia tetap dipuja. Bukan terleka dengan hadiah fizikal hingga jiwa terabai.

HusnaHaron

Leave a Reply