بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum wbt.
Salam perkenalan daripada saya hamba Allah yang mencari cintaNya. InsyaAllah jatuh hati lagi dan kemaruk bercinta setelah berkenalan. Bukan berkenalan dengan saya atau manusia ya.. Berkenalan dengan Al-Quran! Ya, itulah penangan cinta kepada Allah. Alhamdulillah, khalifah code activated dan transformasi demi transformasi setelah hadir Seminar anjuran Formulamasa.com.
Transformasi diri sedang berlaku dengan izinNya dalam kehidupan dan amat dipermudahkan dalam segalanya. Antaranya:
* Sebagai hamba Allah, alhamdulillah diizinNya untuk melaksanakan apa yang dituntut olehNya. Allah di hati dan disisi setiap masa! Solat berkualiti, Al-Quran dibaca, difahami dan diamalkan sentiasa, berzakat dan infaq dengan konsisten, dan pelbagai lagi dibuat dengan penuh yakin kepadaNya!
* Sebagai anak, alhamdulillah dipermudahkan dan diizinNya untuk membahagiakan kedua ibu bapa. Redha ibu bapa tu penting untuk mendapat redha Allah.
* Sebagai isteri, alhamdulillah hubungan lebih sempurna dan tanggungjawab menjadi lebih ikhlas. Redha suami tu penting untuk mendapat redha Allah ya! Redha di hati ya. Dah tak acuh-acuh atau bajet ok. Komunikasi makin efektif you! Suami pun alumni, towards supermommy + superdaddy bergabung untuk lahirkan superanak.
* Sebagai seorang supermommy, alhamdulillah dikurniakan anak syurga, anak-anak soleh dan solehah. InsyaAllah, mommy daddy akan berikan apa yang selayaknya kepada anak-anak semua bekalan kita di sana dan berusaha untui bentuk kalian dalam melalui kehidupan di dunia ini. Sesungguhnya, seperanak mommy daddy amanah yang dipikul dan diterima dariNya.
* Sebagai penjawat awam, alhamdulillah kerja menjadi superlancar, hubungan dengan officemate semua menjadi superbaik dan supertenang. Nak buat apa-apa pun toing.. toing.. datang ilham tu mencurah-curah. Stress dah masuk dalam recycle bin. Bye-bye..
* Sebagai ahli masyarakat, alhamdulillah sentiasa mendekati, mendengar, menyebar dan mengajak kepada kebaikan. #postivevibes #smile
InsyaAllah, kita akan perolehi lebih banyak transformasi dengan taufik dan hidayahNya. Kuncinya? YAKIN. Semoga Allah izinkan kita semua istiqamah untuk transformasi diri melalui Al-Quran di hati. Aamiin.
Segalanya dimulakan dengan TTA. Alhamdulillah. Miracles happen.
Segala yang hendak dilakukan lebih berstruktur dalam semua aspek apabila bergantung kepada Allah dan masa menjadi sangat baik dengan diri ini. Yes, Masa itu menjadi lebih berkualiti.
How? Action plan, schedule (planner) dan to do list sahabat sejati sekarang! Simple and easy. Angela pun ada.
InsyaAllah, kita semua mampu uruskan masa dan impian dengan cemerlang. Semoga Allah izinkan kita semua capai impian masing-masing. Aamiin.
Alhamdulillah Allah izinkan kita semua merasai nikmatNya yang terlalu banyak. Sedarilah tujuan hidup ini, ayuh sama-sama kita upgrade diri sebagai khalifah Allah di muka bumi ini.
فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin)? – Ar-Rahman 55:13
Last but not least,
Put ur trust in Allah & take action!
Put Allah first and u will never be the last!
Keep calm and love Allah & Rasulullah!