Skip to main content

Assalamualaikum, saya Puan Rodziana. Syukur alhamdulillah kehidupan saya serba lengkap di pandangan mata manusia tapi bukan pada pandangan Allah.
Saya seorang yang banyak masalah yang saya fikirkan; duit, anak², suami dan keluarga sampai tahap stress yang perlukan kaunseling. Bila penat semua org salah di mata saya ada jak yang ndak kena. Anak² dan suami yang ndak bersalah pun kena marah😂😂. Bila sya solat dan baca quran ndak juga tenang, istghfar pun ndak juga tenang. Hari demi hari perangai saya makin teruk😂😂

Pernah juga terfikir sampai bila perangai ndak diubah kerana anak² makin membesar. Sedih juga saya tidak tau mau bermula dari mana. Akhirnya 1 hari kawan sya mengajak saya hadir seminar Auditlife Supermommy. Saya berat juga hati namun apabila difikirkan dan lihat kepada apa yang akan dikongsi oleh Puan Husna, saya rasa tertarik.

4 Dec 2018 di Lahad Datu. Saya hadir seminar banyak yang saya belajar antaranya cuci hati,Talk To Allah, terapi Al-Fatihah, terapi Alhamdulillah dan banyak lagi yang saya rasa 1 hari tu tidak cukup. Selepas dari seminar Auditlife Supermommy, kehidupan saya rasa bahagia sangat², tidak lagi marah², solat pun rasa tenang, baca AlQuran juga tenang 😊 dan yang saya teramat bersyukur pada Allah adalah suami izinkan saya hadir ke seminar Full Timerevamp (FTR) di Kota Kinabalu pada 29-31 Disember 2018. Perjalanan saya dipermudahkan dari Lahad Datu sehingga sampai di Kota Kinabalu.

Bila hadiri FTR bertambah banyak lagi ilmu yang dikongsi oleh Puan Husna saya perolehi. Di FTR, saya banyak belajar proses cuci hati sentiasa, istighfar setiap perkara yang berlaku dan Alhamdulillah untuk setiap masalah dan kebahagiaan yang saya dapat.

Di sini saya mulakan kehidupan saya dengan bangun awal pagi untuk tahajjud, baca AlQuran dan berzikir. Selepas itu saya bersenam 20-30 minit sehari dan lain² kerja di rumah saya perutukan masa supaya sya dapat perbanyakkan masa bersama AlQuran, masa dengan suami dan anak². Sangat best sekali apabila setiap hari saya berjaya membaca surah pilihan di waktu pagi dan selepas asar 1 juz AlQuran saya dapat amalkan dengan izin Allah. Di sini kehidupan saya makin bahagia dan gembira saja😄😄. Tipu lah kan kalau kata tiada langsung masalah tapi setiap masalah saya atasi dengan terapi AlFatihah, Istghfar, Selawat, doa minta Allah bantu permudahkan segala masala yang saya hadapi dan sya juga mendapat nasihat dan kata² motivasi dari SR Roser saya, Puan Annalee bahawa setiap masalah itu pasti ada sebab Allah sayang.

Semasa saya menjemput peserta² untuk hadir seminar Auditlife Income, tujuan saya untuk mereka rasa sendiri kebahagiaan dan ketenangan seperti saya rasai sewaktu saya hadir seminar Auditlife Supermommy dan FTR. Di sini juga alhamdulilah saya terjentik hati ingin menjadi MO untuk seminar Auditlife Income di Lahad Datu. Alhamdulilah, saya berjaya menjadi MO dan saya juga berjaya mendapat Personal Coaching dari Puan Husna. Di sini juga saya bersemangat mengajak peserta alumni ini untuk menjadi MO seperti saya.Di sini juga Puan Husna ada berkongsi penyelesaian masalah melalui AlQuran, maka saya mengajak sahabat² saya untuk menjadi MO kerana penolakan atau penerimaan peserta itu sangat² indah walaupun perit dirasakan tapi indah rupanya pada Allah.

Saya juga sangat² bersyukur kepada Allah kerana diberi peluang dan ruang bertemu dengan seminar Auditlife dan FTR kerana dapat menyelesaikan masalah saya melalui Puan Husna dan dengan bimbingan SR Roser saya Puan Annalee. Terima kasih Allah hadirkan saya insan² yang sangat² baik 😘.

Teruskan berusaha berdakwah seperti Rasulullah yang tiada rasa untuk berputus asa dan yakin setiap usaha pasti ada kejayaan.

Setiap penolakan walaupun perit kita rasa ingat indah rupanya pada Allah dan sentiasa mendoakan mereka² yang menolak dibukakan pintu hati mereka hadir seminar😊😊