Alhamdulillah, dengan izin Allah Yaa Razzaq, selepas mengikuti Full Timerevamp (FTR) di Kota Kinabalu pada Disember 2018 yang lalu. Kehidupan semakin indah tanpa rasa terkejar2, tanpa rasa stress.
Segala urusan dan perjalanan seharian semakin tersusun.
Masa untuk diri sendiri, masa untuk beribadah, masa untuk ber ‘Me Time’, masa dengan keluarga dan yang paling BEST masa untuk dating berdua bersama suami tanpa anak2 juga telah berjaya disusun dengan baik dan dinikmati dengan bahagia.
Dan yang INDAH lagi, saya memiliki masa yang panjang untuk bercinta dengan alQuran
Sejujurnya, jika sebelum ini, agak gagal mengawal emosi dengan baik. Pemarah, mudah stress, cepat kalut semua ada.
Selepas belajar dengan Puan Husna dalam FTR, saya berjaya mengawal emosi rendah (emosi negatif) dan tidak berlama-lamaan dalam emosi tersebut.
Dalam FTR, kami diajar untuk menyusun jadual masa dan membuat sistem untuk keseluruhan perjalanan kehidupan harian agar tidak lagi terkejar-kejar, tidak lagi merasa stress, tidak lagi bertangguh segala urusan.
Dengan sistem yang telah tersusun, kita akan merasakan terlalu banyak masa yang kita miliki, masa yang panjang dan lapang. Jangan lupa untuk terus memohon agar Allah permudahkan dan lancarkan sgala sistem dan urusan kita.
Setiap kita punya impian masing2. Walaupun hanya sekadar suri rumah sahaja, namun saya juga memiliki impian-impian besar dalam hidup ini.
Untuk mencapai impian2 tersebut haruslah kita berusaha. Namun, sebelum kita berusaha. Perkara pertama yang perlu kita lakukan adalah berdoa. Saya akan minta pada Allah, andai impian itu baik buat kita di sisiNya. Maka tunaikanlah. Dan tunaikanlah pada waktu dan ketika yang terbaik biat kami hambaMu.
Always Talk To Allah, doa dan minta banyak2 pada Allah. Allah Maha Besar, kita hambanya sahaja yang selalu minta kecil2.
Apa pun yang kita usahakan dan lakukan dalam kehidupan ini. Jangan pernah putus untuk terus berdoa dan kembali Allah.
Syukuri segala nikmat yang Allah berikan dengan sepenuhnya hati walau bertimpa cabaran mendatang.
Set kan juga dalam minda kita segala perkara yang baik2 dan indah2 sahaja. Juga dalam perbuatan dan percakapan kita. Agar yang baik2 dan indah2 akan terus mewarnai kehidupan kita.
Jangan dilayan energy rendah dengan lama.
Bagaimana mahu untuk sentiasa dalam energy tinggi? Haaa, jom hadiri program, seminar atau talk yang dibuat oleh Puan Husna Haron.