Skip to main content

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Allahumma solli ‘alaa Muhammad

Bila diri dapat merasa nikmat bersama Al-Quran, mesti nak ajak lebih ramai untuk sama-sama merasa, nikmatnya dapat ‘merasai’ Al-Quran.

Baca sekadar baca sampai khatam, ramai yang boleh khatam, malah ada yang pulun sebulan Ramadhan khatam 2 kali. Ya ada pahala untuk itu. Hafaz sekadar hafaz, ramai yang dapat lakukannya. Pasti, ada pahala untuk itu.

Tapi tak ramai yang dapat merasai dan menjiwai, lalu memahami dan cuba untuk mengamalkannya. Itulah saya, orang dok post macam-macam ayat, sekadar baca sambil lalu. Thats it. Nama-nama surah pon tak tahu. Bila dah mula nak bercinta dengan Al-Quran baru la sedar, eh ada surah nama mumtahanah, jasiyah, taghabun, mujadalah etc… Ooooo…

30 tahun lebih, 114 nama surah pon tak boleh ingat, apa lagi nak tahu apa isi quran tu. Terukkan, Allahuakbar! 😔

Bukannya tak baca Al-Quran tu. Baca. Baca bila ada masa terlebih, baca bila rasa sedih. Cuba baca terjemahan, baca je lah, tapi tak sampai ke hati.

Dalam tercari-cari, selalu nampak post Pn.Husna Haron yang dah lama sgt saya follow sebenarnya. Mula join webinar formulamasa.com then ke Terengganu utk Quran Talk. After that, dalam mencuba untuk kekal tapi sokmola tergelincir lagi untuk Quran.

Then I joined Auditlife Supermommy. Super awesome for wanita. Sudah-sudahlah jadi supermommies, cukuplah dengan jadi hamba Allah. Baru realised kenapa ‘quran’ lari dari kita. Kenapa quran reject kita. Mcmana nak urus masa utk solat dan quran, utk kehidupan sehari-hari itu lebih tenang dan teratur. Macamana nak dapat rasa bila baca Quran, nak dapat nikmat waktu solat. Subhanallah.

Upgrade Solat. Itu yg saya lakukan dulu, upgrade solat, dan mula memahami al-Quran dengan taddabur. Sangat indah, Subhanallah. Tak perlu kisahkan orang lain dulu, kisahkan diri sendiri dulu. Untuk kita nak orang sekeliling kita berubah, kita dulu yang kena berubah. Then akan rasa so many beautiful things around us berlaku.

Full Timerevamp, last December, while my husband in Makkah. Satu doa dari saya pon saya tak kirimkan pada dia, tunggu habis timerevamp tu. Sebab dalam kelas 3 hari tu, asyik rasa kena penampor jek 😂. Apa tujuan ko hidup kat dunia ni sebenarnya? Ko cari duit, ko nak kaya tapi ada ko ikut apa yang Allah bgtahu dalam Al-Quran? Ko nak mintak macam-macam kat Allah, apa tujuan semua tu, untuk Allah atau untuk puaskan hawa nafsu?

Dua tujuan utama manusia dihidupkan di dunia ni, menyembah Allah dan menjadi khalifah. Dah betul-betul sembah Allah, bukan dalam hati tu penuh dengan macam-macam hal yang dibesarkan melebihi Allah? Dah jalankan tanggungjawab menyampaikan kebenaran, perkenalkan Allah dan sebarkan Al-Quran? Allahuakbar 😭😭😭

Dah terlalu banyak nikmat Allah bagi tapi tak cukup disyukuri, rasa malu nak mintak macam-macam kat Allah. I cried when i texted my husband, today we learn about keramat hidup, obor hidup, suami. Kerana saya tahu saya belum cukup menjadi bidadari buatnya. And sepanjang menulis doa untuk beliau sampaikan di Makkah, Allah saja yang tahu perasaannya. Berubah cara meminta-minta dengan Allah. Dan antara doa itu, membuatkan saya semakin kuat untuk menyebarkan cinta pada Al-Quran.

And the most precious time was when my husband agreed to join Auditlife Income early february 2019 yang lepas. Bila orang yang paling rapat, orang yang kita paling tahu bagaimana kehidupannya, orang yang kita paling tahu cabaran yang dihadapinya bersetuju untuk bersama-sama menggali ilmu untuk bersama dengan Al-Quran untuk mengemudi kehidupan menuju Allah, walaupun ilmunya lebih tinggi dan hebat dari saya. Subhanallah ❤

Terasa sungguh kasih sayang Allah itu mengalir dalam diri 😭😭😭. Banyak lagi masalah belum selesai? Ya masih ada, masih banyak, masalah akan sentiasa datang dan pergi. Tapi bagaimana cara kita hadapinya, bila Allah dan Quran bersama kita. Beza, sangat berbeza. Saya juga masih belajar untuk hadapi segala cabaran ini dengan bergantung total pada Allah.

Saya dan suami yang hampir 24 jam aku tengok ko, ko tengok aku di rumah dan di office, lagilahhh sangat-sangat perlu jaga hati. Tapi since dah belajar bab hati, emosi dan tenaga badan ni. Takut ooo nak marah tak pasal, merajuk tak tentu, nak bebel2 sambil ketung ketang kat dapur tu, hangin bila suami dgn anak tak tolong, takutt… Takut hati jadi kotor. Sbb bila hati kotor, quran pon reject kita, emosi tak tentu hala, tenaga badan jadi lemah tu jadilah mcm2 sakit itu ini.

Alhamdulillah, since balik dr auditlife supermommy rasanya sakit bahu saya ni yang selalu lenguh, rasa berat, sakit kepala dah takde. Terasa seolah-olah hilang segala bebanan berat yang ditanggung selama ini. Allahuakbar! Kalau datang rasa sikit2 tu, dah tahu mcmana nak handle dengan Quran Healing dan terapi2 lain yang diajar. Allahuakbar!

Waktu premium pagi setiap hari adalah waktu-waktu yang ditunggu setiap hari. Saat paling tenang dengan Allah dan Al-Quran. ❤

Jomlah korang, jom kita sama-sama ada ‘rasa’ dengan Al-Quran, sama2 rasa kebesaran Allah, dari hidup yang melalui roller coaster sepanjang hayat, kepada hidup melalui jalan yang lurus berpandu Al-Quran menuju Allah. Setiap masalah ada solusinya dalam Al-Quran. Apa jua yang anda rasa, hadap sekarang tujuan Allah hanya satu, untuk kita kembali padaNya.

Lahawlawala quwwata Illabillah
Allah Maha Baik ❤

Bekerja di syarikat suami sendiri, memberi saya kemudahan dalam mengatur masa yang lebih fleksibel. Waktu pagi saya dan suami berpeluang untuk meluangkan masa tanpa anak sebelum dan dalam perjalanan ke pejabat. Ada masanya saya diizinkan masuk lambat untuk selesaikan urusan rumah dan hadiri kelas-kelas agama jika tiada urusan yang segera di pejabat. Urusan anak-anak juga mudah bila bekerja sendiri. Alhamdulillah atas rezeki masa yang Allah kurniakan ini.

Bekerja sendiri sentiasa memberi cabaran roller coaster buat kami, terutama dalam urusan kewangan. Sebelum hadiri seminar, roller coaster ride itu membuatkan hidup bercelaru. Tapi satu persatu terungkai selepas seminar dan selepas PC. Dan masih banyak lagi action plan yang wajib saya laksanakan untuk merubah kehidupan kepada lebih baik dalam menuju cinta dan rahmat Allah.

Impian untuk bebas kewangan, bukan lagi untuk mendapat kehidupan serba serbi mudah dan mewah. Tetapi berubah untuk mendapatkan rahmat Allah, diberikan kelapangan kewangan agar dapat membantu ummah dengan kapasiti yang lebih luas dalam usaha mengajak lebih ramai orang untuk kembali pada Allah melalui apa sahaja pekerjaan yang kami lakukan. Terasa sukar, tapi tiada apa yang sukar dan mustahil bagi Allah.

Allah itu Maha Baik. Mintalah apa sahaja padaNya, tetapi kembalilah dahulu padaNya. Dan saya sedang dan akan sentiasa belajar untuk setiap masa kembali padaNya.

Sejak mula menghadiri seminar Puan Husna, saya sering tertanya-tanya apa cara untuk aku belajar sebarkan kebaikan pada orang. Melihat mereka (MO) yang bersemangat sewaktu mengendalikan seminar, teringin untuk menjadi sebahagian dari mereka tapi masih ada rendah diri dalam hati kerana siapalah diri ini masih bertatih untuk berubah. Kerana sejujurnya saya bukanlah seorang yang banyak cakap, mudah berborak dengan orang apalagi orang yang tak kenal. Saya sekadar sebarkan apa sahaja ilmu yang saya dapat melalui Facebook, tapi Subhanallah asbab itu Allah hadirkan lebih ramai insan-insan hebat dan pencinta Al-Quran yang sama-sama memberi dorongan dalam menyebarkan cinta pada Al-Quran dan kembali pada Allah.

Apabila diapproach samaada berminat untuk menjadi MO, seperti bulan jatuh ke riba rasanya. Ya, satu semangat padu terasa masuk ke dalam diri, kerana berada bersama mereka yang sentiasa bersemangat menyebarkan kebaikan. Sentiasa mendapat video-video semangat dari Puan Husna menambahkan lagi semangat ini.

Dan tanpa disangka-sangka, dalam tempoh masa yang singkat, saya ditawarkan menjadi Roser. Allahuakbar, ada sesuatu yang Allah ingin sampaikan padamu Hanani melalui tawaran ini. Walaupun dirimu belum sempurna, Allah ingin saya pegang amanah ini untuk sama-sama menarik mereka yang juga masih belum sempurna seperti saya ini ke satu level yang lebih tinggi menjalankan kerja-kerja da’ie mengajak orang kembali kepada Allah.

Berpegang teguh pada niat, dan sentiasa meletakkan kebergantungan total pada Allah. Bantu semua orang yang Allah hadirkan kepada kita, bantu mereka bagaimana untuk kembali kepada Allah dahulu, dengan tidak meletakkan kepastian mereka untuk hadir ke seminar itu sebagai matlamat utama. Itu yang saya tekankan kepada MO di bawah saya. Segala apa yang kita bantu, itulah sebenarnya yang mendidik hati dan diri kita, kita yang sedang di ajar melalui mereka. Allahuakbar!

« of 3 »