Skip to main content

Assalamualaikum saya Pn Annalee syukur alhamdulillah kehidupan saya serba lengkap bila dilihat melalui kaca mata manusia tetapi bukan pada Allah. Saya seorang insan yang ingin mendekatkan diri dengan agama islam dan memahami Qalam Allah. Biasanya saya boleh menyelesaikan masalah org lain tpi sukar kenal pasti masalah sendiri ha haa. Pelik kan tapi memang benar. 

Apa yang berlaku selepas ikuti seminar Full TimeRevamp selama 3 hari saya mulai sedar saya mula tahu bagaimana mengatasi masalah diri sendiri dan isu² yg berbangkit.

Niat serta hasrat hati saya pada satu ketika dulu saya selalu tertanya bagaimana saya boleh perbaiki diri saya dalam pendidikan serta pengetahuan agama membaca AlQuran.

Suatu hari saya di perkenalkan dengan program FULL TIMEREVAMP 14-16 July 2018. Saya tidak tahu kelas apa yang sedang saya ikuti tapi saya just follow je sampai habis.

Hari pertama FTR saja saya sudah mendapat banyak kesedaran tentang perkara yang saya inginkan dan impikan.Banyak sangat yang Pn Husna sampaikan hingga berlaku satu perubahan yang amat lain dari yang lain proses yg saya lalui tenang. Balik hari pertama Pn Husna pesan. SOLAT TAUBAT NASUHA. Buat TAHAJUD bukan 2 rakaat tapi 12 rakaat.

Pertama kali dengar proses cuci hati dan sentiasa Talk To Allah. 8 bulan telah berlalu perkara indah yg saya lalui adalah mendapat ANUGERAH dari Allah memperhalusi TERAPI AL-FATIHAH dengan izin Allah ianya tersemat dalam sanubari banyak Amazing thing happen sejak menjiwai terapi AL-FATIHAH.

Bermulalah saya jatuh cinta dengan program Formulamasa dan mengajak Pn Husna datang dan hadir di Sabah.

Comment dari sahabat:

“Saya memandang wanita cantik di depan saya ini dengan penuh minat. Dia sangat berbeza sekarang, jauh sangat bezanya dia dari dia yang pernah saya kenal dulu. Dia sangat tenang! Sangat-sangat tenang! Saya tertanya-tanya adakah ini yang kawan-kawan saya lihat dalam diri saya saat mereka menegur saya ini orangnya kelihatan tenang, sangat tenang?

Bicaranya sekarang penuh hikmah. Tuturnya teratur. Pendek kata duduk dengan dia kau boleh rasa damai, sangat damai. Tiada lagi kekalutan, ketakutan, kerisauan dari riak wajah nya.

“Kau tenang-tenang aja bah!” sebaris ayat nya pada seseorang membuatkan saya tersenyum. Kalau kau berkesempatan berkenalan dengan wanita ini yang dulu, kau tahu ini bukan dia.”

“ALQURAN MEMBETULKAN HIDUP BELIAU TERMASUK DARAH TINGGI MENURUN”

Beliau berusia 40 tahun. Bacaan AlQuran ketika ini adalah mengenal huruf. Masih keliru dengan  huruf bersambung. JANGAN MENILAI dulu. Kerana beliau mendapat Core Quran.

Setiap kali beliau punyai masalah, beliau akan membaca surah alfatihah. Beliau tahu bagaimana mahu mengawal keadaan hati. Berinteraksi dengan Allah melalui surah AlFatihah. HINGGA KETENANGAN HATI DAN KEHIDUPAN BERUBAH terus ketika itu juga…

Atas sebab itu.. Core Quran ini..

– Beliau mampu mengawal fikiran. Tiada lagi bermalas malasan.. Hingga setiap hari jogging 1 jam

– Setiap hari fokus kepada membahagiakan suami

– Kehidupan beliau jauh lebih tenang. Walaupun sebelum mengenal Core Quran, hidup amat kelam kabut..

Ini adalah personal coaching (pc) kali ke 3 utk beliau. Pc kali pertama, 3 impian Allah izinkan makbul dalam masa 1 bulan. Pc kedua, 3  impian juga makbul dalam masa 1 bulan.

Allahuakbar!

Usaha beliau 100% dan Allah makbul.

Pemakbulan impian itu pada pendapat saya biasa saja. Tidak memberi apa apa impak yang wow bagi saya. Kerana impian sekadar MENINGKATKAN KEYAKINAN KEPADA ALLAH. yang saya mahu fokuskan ketika PC utk beliau adalah UNTUK SETIAP NAFAS INGAT KEPADA ALLAH.. 

Tapi apabila beliau tercerita yg berikut, inilah impian yang lebih utama utk dicapai.

– Setiap hari beliau amalkan solat sunat tahajud malahan tak boleh tidur selagi tak tahajud

– Beliau diberikan kemudahan utk beristighfar 1000x sehari

– Setiap hari solat sunat taubat dan solat sunat syukur…

Side effects nya adalah DARAH TINGGI BELIAU SEMAKIN BANYAK TURUN DAN SEMAKIN NORMAL. Allahuakbar!

Maka, alhamdulillah.. Berjaya! Versi dunia. Ikut description dalam AlQuran seperti Surah Al-Mukminun. Moga moga ia berterusan ke akhirat. Kerana Alquran menggariskan tentang PENGAKHIRAN YANG HARUS DIFOKUSKAN.

Ad-Dhuhaa 93:4 – 5

“Dan sesungguhnya kesudahan keaadaanmu adalah lebih baik bagimu daripada permulaannya. Dan sesungguhnya Tuhanmu akan memberikanmu (kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat) sehingga engkau reda – berpuas hati”

Ini baru permulaan.. Kita tak pernah tahu pengakhiran mutlak. Kerana mati boleh berlaku at anytime. Moga moga Allah membimbing kita untuk setiap masa kembali kepadaNya. Amin.. Allahumma Amin.

Kali ini beliau mahu 3 impian lain pula…

Apabila di amati.. Rezeki beliau semakin bagus. Zakat yang perlu di improve kan. Hidup makin kelam kabut bila rezeki bertambah 😂. In shaa Allah Di bantu fix kan. 

Yang lain hanya lah isu kecil.

In shaa Allah beliau mudah… Kerana ada core Quran itu.. Hubungan dengan Allah itu.. Core Quran ini memang saya kongsikan dalam seminar TimeREVAMP. Sebab saya dulu nya juga bacaan quran berterabur. Hingga kini masih lagi belajar tajwid.

Tiada daya dan upaya melainkan bantuan Allah semata-mata.. Allahuakbar! Allahummasollialamuhammad!

Selama lapan bulan saya menjadi organizer dan sekarang merangkap Senior Rosers.

Alhamdulillah dengan izin Allah saya telah bantu membimbing Organizer KK (1) Labuan (1) Sandakan (1) Lahad Datu (1) mereka semua berjaya menjadi 8 ROSERS semuanya dan berjaya mendapat bimbingan dari Pn Husna sebagai tanda penghargaan berjaya menyediakan ruang seminar serta menjemput peserta di seluruh Sabah hampir 700 lebih telah menyertai seminar Auditlife Supermommy dan Fulltimerevamp dengan jaya nya maka Organizer serta Marketer mendapat Special perhatian dari Pn Husna Personal Coaching.

Sebarkan AlQuran dan share pada jiwa jiwa yang ingin dekat pada Allah serta bagaimana kita ingin mengenal Allah serta mencari cinta Allah. MO terus diterapkan Solat Taubat, Solat Tahajud dan Solat Hajat.

Setiap hari, 24 jam istighfar selawat ke atas Nabi SAW.

Bukan mudah ingin mengajak peserta. Saya sentiasa terapkan pada ROM saya kita berjuang mengikut perjalanan perjuangan Nabi Rasulullah SAW. Allah sentiasa hadirkan jiwa² yg sama frequency utk hadir dalam seminar.

« of 3 »