Tiba-tiba ramai yang whatsapp Miza menceritakan masalah hidup yang dihadapi dan meminta sedikit pedoman untuk bangkit dari penceraian dan perpisahan.
Begini, ketika kagum melihat kebangkitan dan kekuatan miza tembuslah hanya melihat Allah dengan mata hati, Allah yang pinjamkan kekuatan itu.
Sesungguhnya Allah tidak penah zalim ;
“Sungguh, Allah tidak akan menzalimi seseorang walaupon sebesar zarah, dan jika ada kebajikan (sekecil zarah), niscaya Allah akan melipatgandakannya dan memberikan pahala yang besar dari sisiNya”. An-Nisa 4:40
Sesungguhnya semua ujian dan dugaan, semuanya berkadaran dengan kemampuan kita menanggungnya;
” Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya…”Al-Baqarah 2:286
Dulu Miza pernah cakap kat Adam Ainul sebelum sah bercerai, mujur ibu ada anak-anak ibu bersama, kalau tak, matilah ibu.
Lalu Allah menguji terhadap perkara yang paling miza rasa tak sanggup nak pikul. Bercerai dan terpaksa berpisah dengan mereka.
Tapi ehhh.. elok-elok hidup je lagi, makin tembam pulak tu. Haha. Takde pulak mati kerinduan.
Ujian Allah tiada satu pon sia-sia, semuanya tersisip berserta hikmah jika kita mensyukuri dan menghayati. Bukan berkeluh kesah dan merungut mempersoal “kenapa aku? Apa dosa aku?”
Perjalanan bangkit tak mudah, Miza bangkit dennen ilmu. Mula-mula dengan ilmu hati, Alhamdulillah nampak sinar hikmah (terima kasih Pn Diyana).
Kemudian Allah aturkan cantik perjalanan Miza, jumpa pula seminar Mini Timerevamp. Miza bermusafir ke Terengganu menuntut ilmu agar perjalanan bangkit dituntun redha Allah.
Allahu, manual agung yang Miza pandang sepi selama ini. Rupanya semua formula, resepi, panduan untuk hidup bahagia dan membahagiakan di dunia mahupon di akhirat telah tersedia ada untuk kita oleh pencipta kita. Siapa yang lebih tahu tentang kita jika bukan pencipta kita sendiri?
Bermula itu, satu persatu seminar Formula Masa Miza sertai, Quran Talk, Audit Life malah refresh lagi di mini timerevamp dengan membawa kawan-kawan turut serta jatuh cinta dengan kalam Allah.
Sanggup travel dari Kuantan ke KL tanpa rasa perlu tanya “Kat kuantan tak buat ke?”. Rasulullah SAW pon gesa kita tuntut ilmu sampai ke negara Cina. Setakat KL apalah sangat.
Miza ingat lagi kata-kata Puan Husna, jika di dunia lagi kita merasa “neraka”; hidup tak tenang, hidup tak senang, hidup penuh masalah, masa dirasakan tak cukup, hati kotor dengan prasangka dengki dan irihati. Kat akhirat nanti, Puan rasa kita di syurga kah? Huhu.
Miza masih jauh dari mencintai dan menjiwai al-Quran seperti mana Puan Husna seolah ketagih yang setiap inci kehidupan beliau menagih seribu satu rahsia keajaiban dari al-Quran tapi itulah impian dan cita-cita miza. Ingin sekali al-Quran hidup di hati, sebati dalam jati diri dan menghiasi peribadi.
Perjalanan Miza masih jauh, ilmu makin lama dicari makin terasa kebodohan. Namun, selagi hayat dikandung badan, mencari ilmu tetap wajib. Kerana dengan ilmu kita kenal, jika tak kenal maka tak cinta. Bagaimana mungkin kita ingin meraih cinta Allah tanpa ilmu?
Semoga asbab ilmu dari formula masa menjadikan miza sang pendosa ini sebagai pencinta dan dicintai Allah. Aamiin yra.
Dan seterusnya Miza terus berada dalam circle #quranenvironment yang sangat-sangat indah dan menenangkan. Semua tindakan dipandu Al-Quran.
Kesannya, masyaAllah 😍
Yang ketara nyata, miza lebih tenang dan tak mudah melatah dah. Kerana lebih tenang dan matang, urusan semakin dipermudahkan sebab orang disekeliling pon menerima tempias ketenangan. Alhamdulillah.
Jadi bila ditanya bagaimana nak bangkit ;
Kembalilah kepada Allah dan al-Quran. Itu sahaja asasnya.
Ilmu lain yang kita belajar hendaklah yang membawa kita akhirnya kepada Dia. Tadabbur al-Quran selain hanya membacanya untuk khatam, sangat memujuk hati.
Ada terapi dari al-Quran yang membuatkan anda rasa apalah sangat ujian aku ni. Ada dalam silibus full timerevamp.
Sungguh Miza tak pandai nak menerangkan, jadi Miza menawarkan diri menjadi Organizer seminar AuditLife Supermommy di Kuantan sehingga melayakkan diri menerima Personal Coaching pemantauan sebulan oleh Puan Husna.
Hidup Miza berubah 360 darjah. Dari rasa rezeki sempit. Resah dengan hutang. Tapi setelah diberi action plan oleh Puan Husna, dengan hutang pon rasa bahagia kerana hutang tu bawa miza berzakat dan banyak bersedekah. Kalau tidak, selalu rasa tak cukup nak memberi.
Juga tentang isu kritikal dalam hidup Miza. Belum selesai namun keadaan makin pulih. Alhamdulillah. Boleh baca di Facebook Miza ya.
Kita tak boleh buang masa lama meratap ujian hidup kita, kita ada tugasan kat dunia ni kerana Allah cipta dengan fungsi khalifah untuk menyebarkan kebaikan.
Saya berkerja sebagai staff admin di sebuah syarikat networking, sebelah malam dan hujung minggu sebagai home tutor mengajar tuisyen Matematik & Sains. Juga menjalankan perniagaan atas talian untuk mempelbagaikan sumber pendapatan.
Masa diatur mengikut waktu solat, dibahagikan mengikut keutamaan. Walaupon kadang kala kelam kabut jugak, tapi saya tahu salah sendiri kurang mencuci hati setelah dikotori.
Setelah PC, impian hidup saya bukan lagi jauh dari jangkauan akal saya. Ada progress dan penambahbaikan dari sebelum PC dan selepas PC. InsyaAllah satu persatu jalan terbuka untuk saya penuhi impian tersebut. Saya percaya pada masa dan ketika paling tepat pastinya termakbul.
Bekerja dalam kumpulan lebih baik dari berkerja sendirian. Tugas menyebarkan program jika dibuat seorang diri, bakal menduga motivasi perjuangan diri. InsyaAllah, saya juga tak pandai dan masih sentiasa belajar namun jika kita berusaha bersama sesuatu yang sukar pasti lebih mudah kan?
Saya akan membantu dari segi sebaran maklumat program dari Puan Husna sendiri, update terkini dan juga perkongsian ilmu, kisah motivasi dari al Quran melalui suppport whatsapp group.
InsyaAllah kita akan sentiasa berdiskusi tentang apakah metod dan kaedah bagaimana mahu menarik lebih ramai sahabat kita kepada program FormulaMasa.com. Saya juga berlapang dada untuk sebarang teguran untuk pembaikan cara saya membimbing kalian sebagai M&O saya.
Ayuh kita upgrade diri kita kepada 1 level yang lebih baik pada penilaian Allah. Activatekan fungsi kita sebagai khalifah, berdakwah menyebarkan tentang Allah Ya Rahman Ya Rahim.
Kita ambil Ibrah dari perjuangan para nabi berdakwah terutamanya dari kisah Nabi Hud. Allah tak tengok natijah & hasil dakwah kita, tapi Allah tengok usaha kita.
Sehingga Nabi Nuh kalau dikatakan kuantiti jadi ukuran kejayaan dakwah, memang kalah teruk sebab lama dah kot dakwah. 950 tahin berdakwah, yang beriman hanya 80 orang. Tapi Allah angkat darjat menjadi Nabi Ulul Azmi. Allahuakhbar.
Jom sertai saya sebagai Marketer dan Organizer FormulaMasa.com