Ajar anak al quran ketika beliau masih kecil dan bonus jika anak kecil dapat menghafal al quran. Tidak lupa juga ajar anak memberi kepada orang lain iaitu bersedekah.
ROBIN HOOD dan SEDEKAH
.
Dalam kereta tadi, Allana tiba tiba mahu saya pasangkan surah yang ada perkataan “jibaalu”.. Hoho beliau ingat Mama dia sudah hafal 30 juzuk 😂😂😂 (amin).. Setakat gambar Surah yang saya lukis.. Ada banyak juga jibaalu (bukit /gunung)
.
Tiba tiba teringat bahawa beliau baru bercerita tentang Nurul anak Istiqamah Qamah. Sebaya beliau. Hafal surah al waqiah. Dan Allana terhafal 10 ayat pertama surah tu melalui video kawan nya..
.
Lantas saya pasangkan surah al waqiah…
.
Beliau ikut baca… Takat yang beliau tahu… Dan tiba tiba….
.
Allana : Mama, kenapa ada Robin dalam surah ni? Robin ke Robbun? Surah ni pasal sedekah ke?
Mama : ohh Robin Hood kisah lain.. Yang dalam surah ni pasal Muqarrobun. (Al-waqiah 56:11)
.
Muqarrobun ni maksudnya orang yang dekat dengan Allah.. Allah sayang dia.. Dia pun sayang Allah.
.
Allana : lana muqarrobun?
Mama : semua orang nak jadi muqarrobun. Allana makin hampiri*. Sebab dah rajin solat, dah makin rajin tolong mama abah… Muqarrobun ni lebih lebih lagi… Tak De gaduh dengan orang.. Tak De marah marah.. Tak De tinggal solat.. Allana tengah upgrade ke arah tu lah tu…
.
*jawapan yang encourage.
.
Allana : lana tahu! Kena buat baik pada Anak yatim juga kan? Mama nak duit! Nak letak dalam tabung ni!
.
===========
Anak kecil tak dipertanggungjawabkan pun. Begitu berkobar kobar… Orang dewasa? Bila disibukkan, kita mungkin sudah tidak endah dengan apa jua status jiwa….. Astaghfirullahalazim…
.
Thanx allana…