Skip to main content

RESULT EXAM VS SOLAT..

By April 13, 2018June 13th, 2018Blog, Didik Anak

RESULT EXAM VS SOLAT..
.
Exam yang lepas..saya langsung tidak pantau apa apa. Tidak minta ammar study.. Tidak juga study sama sama. Plan dalam hati, mahu tunjukkan kaitan antara solat dan result exam.
.
Mama : bila ammar jaga solat, side effect nya adalah fokus meningkat, tenang, Allah tolong banyak.. Ideas datang bila tak tahu nak jawab exam..
.
Ammar : apa kaitan solat dengan exam? ammar jawab exam je…
.
Mama : ya… Exam, kerja, main game, baca komik, belajar, semuanya perlukan fokus..Ammar tak nampak side effect orang yg jaga solat.. Tapi impaknya sangat banyak dalam hidup ammar..
.
Kalau tak mana mungkin ammar dapat 90% above utk semua paper?
.
Main bola banyak itu improve kesihatan
Main game banyak itu improve integrasi otak
Baca komik banyak itu improve imaginasi
Tidur cukup..
Makan cukup..
Tu semua fizikal..
.
Solat improve connection ammar dengan Allah.
Baca Quran banyak pun sama..
.
===========
.
Journey mendidik anak untuk jaga solat kow kow.. Ramadan ini, saya tidak fokuskan utk ammar berpuasa. Sebab beliau belum baligh. Belum wajib untuk beliau.. Beliau mahu puasa 1/2 hari boleh.. Mahu puasa penuh 25 hari sahaja pun boleh.. Nak puasa kemudian nak buka, pun boleh.
.
Ramadan ini fokus utk beliau adalah solat yg khusyuk, solat di awal waktu, solat roh..
.
Bila Kebergantungan kepada Allah dimantapkan.. Puasa menjadi mudah. Kerana faham fungsi puasa itu untuk mengawal nafsu serakah. Nafsu yang sebabkan jiwa kita TIDAK FOKUSKAN ALLAH.
.
Otherwise kids keep on struggling to fast.. Orang dewasa pun macam tu..
.
Solat is relevant bila kenal Allah
Alquran is relevant bila kenal Allah
Puasa is relevant bila kenal Allah
Life is relevant bila kenal Allah
.
Kerana dari Allah kita datang
Kepada Allah kita dikembalikan.
.
Relevance itu adalah proses yang berterusan.
.
TIDAK OK UNTUK TINGGAL SOLAT.
it’s OK utk tinggalkan puasa dalam konteks beliau belum baligh..
.
Training puasa mudah. Training solat perlukan latihan bertahun tahun hingga masuk ke dalam subconscious mind. Hingga rasa resah kalau tak solat..
.
In shaa Allah
.

Itu aja…

HusnaHaron

Leave a Reply