Ajar dan didik anak bersedekah tidak kira dari segi apapun bukan hanya tertumpu kepada sedekah dengan memberikan wang semata.Banyak lagi barang recycle yang boleh disedekahkan
.
project recycle rupanya teramat lah menyeronokkan bila nampak impaknya di dalam kehidupan. Tak perlu tunggu masa banyak baru nak buat. Wujudkan sahaja tong recycle. Kemudian isi.
.
Mama : ammar, boleh tolong masukkan recycle items ni dalam tong recycle kat luar? Kita sedekah kepada yg kutip sampah ya..
.
Ammar : mama, kenapa sedekah sampah? Mama kata, kalau nak sedekah.. Dari yg terbaik. Kenapa sampah?
.
Mama : mama tak panggil ni sampah. Mama panggil ni recycle items. Bendanya teramat elok. Bagi pengutip sampah, inikan harta.. Jgn pandang rendah pada pengutip sampah.. Melalui dia, kita dibantu sebenarnya..
.
Ammar : bantu kita? Macam mana?
.
Mama : bantu amalkan ayat Alquran. Allah kata dalam surah Ibrahim, “barang siapa bersyukur, pasti Allah tambah nikmat”. Bila kita beli barang, kita beli sekali dengan packaging nya.
.
– Ada ‘duit’ di dalam tin yg kita buang
– Ada ‘rezeki’ di dalam botol yg kita tak pakai ni
– ada ‘rahmat’ di dalam kotak yg kita kata sampah ni.
.
Selagi ia ada fungsi, barang barang ni tetap rezeki dari Allah. Kita jangan nilai rezeki Allah hanya dengan nilai Wang ringgit. Memanglah bila dijual dapat berapa sen aja. TAPI SEKURANGNYA KITA HARGAI SEGALA REZEKI YG ALLAH BAGI.
.
Ammar : boleh tak letak juga mainan yg tak pakai.. Baju yg ammar dah tak muat.. Buku masa darjah 1….
.
Subhanallah… Allah yang Maha Mengajarkan…