Skip to main content

REALITI SEBENAR KEHIDUPAN adalah kita hidup di dalam alam yang bercampur.

REALITI SEBENAR KEHIDUPAN adalah kita hidup di dalam alam yang bercampur.
.
Cuba ambil masa untuk hadam post ini.
.
Ada program agama, ada clubbing. Ada tutup aurat, ada serlah aurat. Ada jujur, ada menipu. Ada kawan baik,ada kawan tikam belakang.. Ya, kita boleh faham Alquran sekiranya hidup di dalam “alam malaikat”. Namun, praktikal Alquran sangat terserlah bila kita hidup di dalam alam yang baik seperti malaikat, dan alam yang jahat seperti syaitan.. Kandungan Alquran ada kedua dua sisi ini. PLUS SISI SPECIAL, HIDUP MATI HANYA UNTUK ALLAH.
.
Kita boleh jadi lebih baik dari malaikat dgn hati yang bersih. kita juga boleh jadi seperti syaitan dengan hati yang kotor.
.
Apakah anda ajar anak dan diri sendiri untuk protect diri…dalam konteks ini, Alquran yg juga dikenali sebagai alfurqan begitu pantas membezakan.
.
Apabila menonton wayang… Contohnya Filem Dead Pool 2….. 98% kandungannya berlawanan dengan Alquran. Usahlah di ambil. Tontonlah dengan protection ar rahman. Agar 98% itu tidak menjadi programming diri.
.
Di dalam nya ada 2% yang amat bagus. Berkisar tentang HATI YANG PERLU DIBERSIHKAN. Sejahat mana pun seseorang itu… Tetap ada ruang untuk kembali. Ruang untuk menjadi lebih baik.
.
Filem yahudi? Agenda mereka?
.
Siapa yang menciptakan mereka? Saya bukan menyokong. Namun, apa yang saya maksudkan.. Kita perlu kenal musuh untuk perkuatkan diri. Musuh yang nyata adalah syaitan.. Al-Baqarah 2:168
.
Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan; kerana sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu.
.
Kita HARUS KENALI THE OPPOSITE untuk kita kemudi ROH DI DALAM JASAD..
.
Saya raikan perbezaan pendapat. Apa yang baik, komen lah. Apa yg tidak baik.. Delete lah

HusnaHaron

Leave a Reply