Skip to main content

POKOK, VARIASI, ALQURAN

By June 5, 2017QURAN, Travel

Saya pun pelik kenapa trip kali ini.. Saya lebih tertarik kepada variasi pokok pokok di sini. Padahal, kami yg sudah biasa Camping di dalam pelbagai jenis hutan, tidaklah pula tertarik kepada pokok..
.
Ya… Saya sanggup berhenti di tepi jalan untuk tengok texture daun dan kulit pokok. Negara 4 musim, pokoknya pasti berbeza dengan Malaysia yg tiada musim… Yg lebih pelik, negara 4 musim lain pun saya tidak berperasaan utk mencari pokok…
.
Ada ayat alquran di dalam setiap alam pokok ini..
Apabila cukup keperluan biologinya (cahaya, air, nutrien), pasti pokok ini membesar. Manusia juga begitu.. Fizikal makin membesar. Namun apakah bila sudah sampai tahap matang.. Manusia tidak lagi membesar? Ya selain besar kerana lemak..
.
Sepatutnya manusia juga lebih berkembang dari aspek Spiritual. Kerana dari Dia kita datang, kepada Dia kita kembali. Spiritual yang makin berkembang, pasti akan diterjemahkan kepada peningkatan di dalam kehidupan. Peningkatan ketenangan sehingga mencapai tujuan utama kehidupan menjadi khalifah. Membantu lebih ramai orang..
.
Jom kita audit diri..
– apakah kehidupan kita masih lagi terperangkap di dalam kesibukan? Kesibukan yang berkitar di tempat yg sama seperti hamster dengan rodanya. Disibukkan untuk menjadi sibuk, sehingga terlupa Dia. Lupa di dalam ingat. Ingat kerana rutin budaya beribadah. Bukan beribadah utk mendapatkan cintaNya.
– atau kita sibuk yang kita rasakan peningkatan. Peningkatan Spiritual yang sebabkan misi kehidupan juga meningkat. Seronok dengan kesibukan ini. Sibuk bercinta denganNya..
.
Aduh! Sakitnya tuh di sini!

HusnaHaron

Leave a Reply