Pesan Guru..
.
“setiap orang, dikurniakan ilmu dan pengalaman yang berbeza. Tidak kira lah teknikal nya macam mana, asalkan sampai utk lebih kenal Allah. Asalkan ikut apa yg Allah kata dalam Alquran. Nak kenal Dia, buka lah Kitab Terbesar Alam ini.. ” buat apa nak crack pakai otak, kalau tahu kehebatan Allah”
.
Guru berpesan lagi..
.
“kosongkan fikiran.. Usah fikir banyak..ingat Allah sahaja.. Dalam fikiran kosong itu tersimpan Unlimited khazanah utk kita teroka. Kenapa mahu ikut acuan orang lain? U tentukan acuan u sendiri.. Sendiri pilih laluan. Semua laluan indah kalau kita mahukan cinta Allah. Semua yg baik adalah baik. Yg buruk juga adalah baik. Tiada apa yg Allah ciptakan sia sia”
.
Guru ini unik.. Kerana keunikan itu.. I love him just as he is. Don’t want to change him on anything. So what dia berantai leher, ber bangle, pakai Jeans koyak, berkasut Converse… Kerana melalui beliau, Allah Makin diperkenalkan.
.
Dan rupanya.. Melalui makhluk suami.. Aku memahami surah arrum 30:21
.
Tadabur tentang ulul albab.. Membawa kepada message ini. Subhanallah… Allahuakbar
.
Seorang isteri.. Sehebat mana pun di tempat kerja, tetap perlu kan redha suami. Redha di dalam jantung hatinya.. Bukan sekadar di bibir..