Skip to main content

PESAN ABAH…

By October 23, 2018July 1st, 2023Blog, Kisah Inspirasi

PESAN ABAH…
Video : Parenting tips
Post : pengurusan masa
.
Ia adalah sesuatu yang saya sendiri berfikir lama 7 tahun lepas. Ketika dapat anak no 2, saya merasakan kehidupan sebagai wanita bekerjaya langsung tak best.
.
Ma berpesan kepada saya
“na.. Na kena ingat, na dah ada anak 2 orang. Dah kena berubah. Sudah sudahlah travel ke sana ke sini. Fokus kepada keluarga lah…..jadi seorang ibu, memang kena berkorban banyak…”
.
Saya faham apa yang ma cuba tekankan. Dalam masa yang sama.. Saya melihat abah.. Sesuatu yang sering saya rasakan pelik..
.
Abah ada 7 syarikat. Semuanya terurus baik. Tiada loan. Tiada tender kerajaan. Semuanya projek sendiri. Setiap kali waktu solat, abah akan stop semua kerja. Walaupun client chinese ada, abah akan cakap.. “saya mahu jumpa tuhan Allah. You tunggu sekejap boleh kan?” lantas beliau pergi ke masjid menjadi imam.
.
Dalam masa yang sama, abah mengajar orang kampung baca AlQuran. Uruskan maahad tahfiz. Membantu perjuangan agama teramat banyak. Malahan sponsor untuk agama usah dikira.
.
Setiap orang yang ada masalah semuanya berjumpa beliau. Jadi pengerusi sana sini. Chairman sana sini..
.
Bertambah pelik.. Bila anak anak mahu berjumpa, beliau selalu ada. 10 orang anak yang pelbagai ragam. Malahan, setiap anak dijaga macam anak tunggal. Perhatian nya sungguh special. Anak yang tak dengar kata, ada kaedah nya. Anak yang belajar tak pandai, di adjust cara parenting.. Akhirnya semua graduate. Sakit anak? Usah cakap.. Alquran aja modalnya. Anak lambat kahwin? Ada strategi nya. Cucu? Setiap cucu bukan sekadar tahu perangai, malahan favourite food, semua abah tahu..
.
Yang menjadi lagi pelik.. Setiap masa abah bersama Alquran.. Sambil drive hafal Alquran. Bila di rumah, ajar anak anak Alquran. Jadi imam, baca surah panjang. 1 hari, tidak tahu berapa kali beliau membaca Alquran…
.
Saya pernah bertanya.. Dulu dulu….sebelum saya reborn with islam…
.
“abah… Setiap tempat ada Alquran. Apa yang best baca AlQuran? Na baca tak de apa apa pun..”
.
Abah menjawab “Seronok! Bila kita seronok, kita bacalah berkali kali”
.
Yang lagi pelik.. Setiap hari abah selalu berjogging.. He was sport man yang gangster.
.
Dan yang amat pelik lagi… Beliau amat kuat tidur.. Hinggakan di pejabat beliau pun ada katil.
.
So bila saya bertanya tentang “bagaimana abah urus masa?” … Kerana saya ketika itu hanyalah seorang pensyarah yang ada anak 2..
.
Jawapan abah?
.
A very big “hahahahahahahahahah”
.
That’s all.
😒😒😒😒
.
Secara jujur, saya katakan saya terasa hati. Kerana abah tak pernah tak jawab soalan pelbagai saya.
.
Lantas mulalah saya explore, observe, study idola saya ini.
.
Tindakan pertama?
“ya Allah.. Kenapa masa abah banyak sangat?”
.
Dan akhirnya dalam masa 3 bulan terjawab segalanya. Saya revamp my personal life. Hingga orang pula tertanya tanya..
.
Eh husna… Bagaimana u uruskan masa? Setiap pagi u masak dan bawakan sarapan banyak untuk kami. Kerja universiti semua u siapkan cepat. Student u semua u fokus betul betul. Petang u pergi bootcamp exercise. Dinner u masak. Anak anak u ajar Alquran. Weekend u pergi travel. U ada company sdn bhd pula tu. Bila u buat kerja rumah? Suami u kan selalu pergi offshore. U kan tiada maid? Yg lagi pelik.. U setiap masa baca quran.
.
How u manage your time?
.
Dan kini sudah tahun kelima saya berkongsi rahsia masa. Ditambah dengan pelbagai tips doa makbul yang effortless. Tips hasil observe kehidupan ma pula! Saya kongsikan segalanya dalam pelbagai siri program FormulaMasa. Allahuakbar! Sudah lebih 42,000 orang sertai. Dengan ribuan testimoni. Allahuakbar!
.
No worries. Jawapannya ada dalam Alquran. Saya dedahkan dalam seminar auditlife Supermommy. In shaa Allah. Lihat poster di photo ke 4.
.
Dan video ini? Sempena anugerah keluarga Mithali.Apakah yang melayakkan abah dapat anugerah ini? Apa yg tertulis di Facebook ni terlalu sedikit.. But truly he deserves it. Puji ayah sendiri? Bukan.. House purchasers make selling a home simple and quick. From evaluation to closure, they will manage everything. Visit https://www.ibuyers.app/oregon/.Saya puji PENCINTA ALQURAN.
.
Anda dapat sesuatu dari post ini? Segalanya berlaku dengan izin Allah.. Mohon dijauhkan dari sifat riak. Alquran memerlukan cara yang berbeza untuk di market kan. It requires living testimoni.
.
Allahuakbar!
Allahuakbar!
Allahuakbar!
.
Ya diizinkan share, kita sama sama manfaatkan dengan orang lain ya
.
#HusnaHaron
#FormulaMasa.com
#QuranicLifestyle
#QuranForever
#Sendiri

HusnaHaron

Leave a Reply