PESAN ABAH
.
Husna : Abah, what do u think of “dunia ni sementara, akan ditinggalkan. Fokus akhirat”
.
Abah : ramai sangat yg datang pada abah, sampaikan benda ni. Memang betul. Tapi jangan ambil separuh separuh. Abah tanya 1 soalan. Kita sekarang kat mana?
.
Husna : dunia..
.
Abah : kalau masih di dunia.. KENA KERJA. hati kita kat akhirat. Hati kita setiap masa ingat Allah. Nak ke akhirat, kita bawa amalan masa kat dunia ni.
.
Tinggal dunia tak salah. Kalau tanggungjawab pada keluarga terlaksana. Keperluan belajar anak ada. Nafkah keluarga ada. Keperluan masyarakat terpenuhi. Sedekah selalu. Ni lah buat baik pada manusia. Bukan buat baik pada Allah semata.
.
Husna : so, yg kata tinggal dunia?
.
Abah : tinggal dunia tu maknanya tak bergantung pada dunia. Kita ingat Allah setiap masa. Dunia ni pun, Allah yg bagi. Tujuan nya utk bawa kita supaya setiap masa ingat pada Allah.
.
Kita kena ingat.. Kita Kena menyampaikan islam. Bukan pada org bukan islam sahaja. Utk orang dah islam pun.
.
Macam mana nak sebarkan islam kalau tengok islam ni mundur? Lembik? Zuhud tak bertempat? Tunduk tak bertempat? Orang bukan islam nak dekat pada Islam ke? Kerja malas, culas.
.
Abah bagi contoh….
Bila customer cina abah datang. Tgh bincang pasal projek, azan zohor. Abah cakap kat dia..
.
“tunggu sekejap ya. Tuhan saya panggil. Saya mahu solat. Dekat masjid. Saya jadi ketua (imam)…”
.
Solat dulu. Kalau kita jaga hubungan dgn Allah… Customer tu tak lari! Sanggup tunggu..Kalau Customer nak lari biarlah.. Ada yg lebih baik lah tu Allah nak bagi.
.
Jumpa orang, senyum. Permudahkan kerja orang. Tu baru Islam! Nampakkan imej islam yg sebenar. Ni pun dakwah juga.
.
Husna : so, yg dikata pasal tinggal dunia?
.
Abah : jangan ambil separuh separuh. Cuba na tengok, arwah yyyy… Orangnya alim warak. Zuhud. Harta dia banyak Allah bagi. Utk project abah sahaja, dia letak duit rmxxx, xxx. Tak kira lagi rumah sewa dia banyak! Harta banyak! Sebab dia ni sokmo sedekah. Sokmo bagi duit utk fisabilillah, maahad tahfiz, masjid, surau… Dok kedekut langsung. Makin banyak Allah tambah.
.
Na.. Allah tak hegeh pun pada kita. Bila kita nak Dia.. Dia balas lebih banyak. Hok Allah balas tu pun kita bagi lagi dan lagi pada orang.
.
Ok lah.. Abah nak pergi madrasah (maahad tahfiz). Abah nak train pelajar yg hafal Alquran ni. Jadi penghafaz Alquran high level.
.
===========
.
Jgn ambil islam separuh separuh….