Skip to main content

PESAN ABAH…

By April 12, 2018June 21st, 2018Blog, S - Spiritual

PESAN ABAH…
.
Abah call tadi. Dengan penuh kegembiraan. Sebab dapat cucu no. 24. Cucu kali ni special kerana ayahnya terlebih special. Siapakah ayahnya?
.
Saya pernah postkan pasal adik saya yg no.8..terlalu nakal.. Jaga beliau seorang umpama jaga 5 orang. Tiada harapan untuk jadi bijak. Semua cikgu hebat surrender dengan kenakalan beliau.. Hatta dihantar ke sekolah swasta, cikgu minta anak ini dibawa pulang.. Tingkatan 1 masih tiada tanda minat belajar..markah? Ada markah pun mujur..
.
Dengan hampa, ma dan abah bawa balik anak ini.. Ma tumpu kan sepenuh perhatian kepada beliau. Yang diajar hanyalah 2 perkara iaitu ALQURAN DAN MATEMATIK…
.
Di pendekkan cerita.. Anak ini berjaya masuk universiti. Sudah graduate. Sudah memiliki perniagaan. Seorang contactor yg sangat kemas binaannya. Sangat berdisiplin..project bertalu talu masuk..
.
Segala pesan abah diikuti..dari tak lekat solat kepada makin jaga solat.. Dari malas baca AlQuran kepada hafal Alquran.. Malahan pelbagai formula business beliau perolehi. Kini beliau sedang hafal Alquran juga. Asbab utk jadi imam. Tak mahu baca surah biasa biasa aja.. Dari smoking kepada berhenti smoking… Dari yg teramat nakal, kepada teramat berdisiplin….dari kedekut kepada Pemurah.. Apa sahaja dilakukan utk menggembirakan ma dan abah..
.
MasyaAllah…
.
Apakah pesan abah?
.
1) taat Allah
2) taat rasul
3) taat parents..
.
Alquran is miracle of life… Pesan Abah itu adalah summary yg kita biasa dengar.. Namun tidak diperincikan pelan tindakan nya..
.
Alquran perlukan tindakan…..

HusnaHaron

Leave a Reply