Skip to main content

Perubahan drastik hidup ke arah efficient

By April 15, 2015October 21st, 2016Kisah Inspirasi,

Nama : Hani

Pekerjaan : Surirumah Berbisnes

Bilangan Anak : 3

Kehidupan sebelum join FormulaMasa : Sebelum Seminar TimeREVAMP Supermommy. Saya selesai membaca module 1 yang saya download pada Nov 2014 pada Feb 2015.. Hampir 3 bulan! Pernyataan tersebut saya kira cukup untuk menceritakan inefficiency saya dalam mengurus diri, masa, rumah, suami, anak-anak dan paling sedih bisnes online saya. Bagaimanapun, apa yang saya pelajari dari module 1 sangat membantu dan beri sedikit kelapangan masa kepada saya. Namun, saya masih langgar dinding dalam mengurus semua hal, ada sahaja backlog di sana sini, tetapi banyak lagi hal yang saya kena uruskan secepat mungkin, contoh, jadual rutin bersih rumah dan urus bisnes saya terbengkalai bila anak sering demam. Pendidikan al-quran anak-anak terabai bila saya cuba nak selesaikan semua backlog. Dan saya masih terpaksa curi masa untuk urus marketing dan tempahan bisnes online saya… Mode bekerja sentiasa dalam tak tenang.. Energi pun rendah.. sentiasa letih dan nak marah- marah.

Kehidupan selepas join FormulaMasa : Selepas Seminar TimeREVAMP Supermommy. Seminar cuma 2 hari, tapi perbezaan ketara amat dirasai diantara hari pertama dan kedua. Energi saya meningkat. Tenang meningkat. Sabar juga meningkat. Saya lebih mudah mengawal emosi dan reset semula kepada mode tenang, apabila bersama anak-anak.. masa kualiti untuk suami dan anak-anak mula nampak hasil walaupun baru hari kedua. Suami agak teragak-agak dengan perubahan baru, tapi anak-anak jelas nampak lebih mendengar kata. Malah, pada malam hari kedua kursus, suami tegur, Eh, tak nampak letih pulak hari ni?, walhal pada malam sebelumnya (hari pertama seminar) saya keletihan macam orang demam. Saya cuma senyum, sebenarnya pada pagi itu, saya amalkan dulu semua yang diajarkan pada hari pertama, untuk lebih energi, lebih tenang dan lebih sabar. Alhamdulillah, result memang superb!!! Saya boleh tidurkan anak-anak tanpa rasa nak marah lagi, kerana kebiasaannya anak-anak saya sukar untuk tidur awal. Saya juga rasa lebih yakin dan nampak jalan untuk melaksanakan perubahan yang besar pada hidup saya. Sebelum ini saya sentiasa merasa rendah diri tentang pengurusan rumahtangga saya. Sekarang tidak lagi!!! Saya nak buat perubahan total secepat mungkin. NO MORE INEFFICIENCY!!! Watch Out!! Jangan terkejut, OK! 😉

 

perubahan drastic hidup ke arah efficient
[mashshare]

Husna Haron

Leave a Reply