Skip to main content

Personal coaching hari ini sungguh unik..

By October 16, 2018Blog, Kisah Inspirasi

Personal coaching hari ini sungguh unik..
.
Seseorang yang terlebih masa. merasakan “i have everything” dan tidak tahu apa yang harus dilakukan.. Hinggakan suaminya berkata..
.
U ada banyak talent yang tak diusik..
U ada banyak benda boleh buat..
Indeed, memang banyak perkara yang sedang beliau lakukan.
.
Melihat personal coaching form..sudah jelas dan nyata apa yang harus dilakukan. Ternyata beliau sedang di Upgrade dalam surah al Lail 92 : 1-21 Keseluruhan nya..
.
Beliau lepaskan perniagaan yang sudah teramat maju. Beliau lepaskan masa berharga yang teramat diperlukan oleh ramai orang. Beliau mencari Tuhan. Beliau mempelajari al Quran dengan ramai guru..perjalanan hidup beliau sudah cantik.
.
NAMUN, BELIAU BUNTU DENGAN MASALAH PERIBADI BELIAU. kenapa tiba tiba moody semacam. Kenapa tiba tiba suka bertangguh melampau. Walaupun tahu banyak kerja harus dibereskan.
.
Saya berikan 5 muka surat action plan yang harus dilakukan…dan saya katakan Perumpamaan ini.
.
“u know what.. Puan ada 1 kereta. Bukan wira. Bukan mercedes. Puan ada kereta Bentley yang dalam nya ada tilam, fridge, meja, lengkap. Isu puan adalah stereng rosak..walaupun kereta nya bagus. Tak boleh berjalan.”
.
Ramai orang mempunyai banyak kelebihan, ilmu, pengalaman, sesuatu yg orang lain mahu. Tapi kelebihan itu termendap. Hanya dek kerana akal dikuasai oleh fizikal. Fizikal yang di kawal oleh Amygdala. Yang mahukan tuannya berada dalam comfort zone sahaja..terlebih comfort sehingga potensi akal untuk dikuasai oleh roh termendap. Walaupun sudah solat. Walaupun sudah selalu baca alquran. Apakah ia diaudit. . Sekiranya ia tidak menggerakkan fizikal untuk sebarkan fungsi diri kenapa masih di hidupkan.
.
Melihat vision board beliau.. Saya tersenyum. Kerana Allah itu Maha Memakbulkan. Apa yg dialami sekarang benar benar PROSES UNTUK IMPIAN ITU DIMAKBULKAN. 100% Allahuakbar!
.
Dan beliau katakan ini…
.
I am amazed. Bagaimana puan tahu isue saya ni. Even the first 30 minutes at this location, sudah banyak persoalan saya terjawab..and how do u know exactly this is the thing that i needed the most??
.
Saya katakan..
Problem manusia semuanya berkitar di rukun iman, rukun islam dan ihsan. Apa yang kita mahukan (vision board) diterjemahkan kepada drama harian. Dalam drama yang kita panggil problem ada 1000 jawapan dan hadiah..it is all in the quran..Allah has all the answers.. Allahuakbar!
.
Gotta uncode it..
.
Sekarang ada contest utk dapatkan premium personal coaching pantauan sebulan. Terbuka kepada semua. Joinlah! Boleh lihat komen pertama..
.
===========
Ermmmmmm beribu wanita yang ada problem unsolved. Bertahun tahun. Come and see me..

HusnaHaron

Leave a Reply