Skip to main content

PERMUDAHKAN ANAK UNTUK JAGA SOLAT

By October 10, 2018Didik Anak, QURAN

PERMUDAHKAN ANAK UNTUK JAGA SOLAT (part 2) ikuti 5 langkah mudah ini, langkah ke 3 yang utama.
.
Post ini untuk parents, guru, guru Alquran, majikan, pusat latihan dan semua…
.
====
Saya berjanji pada diri sendiri untuk hadiahkan ammar “ajar nikmat solat” untuk hari lahir ke 9 beliau. Ada 1 tahun untuk praktis. Usia 10 tahun, sekiranya anak tidak solat, boleh pukul. Maka, ada 10 tahun latihan memperkenalkan Allah dan keindahan Solat. SEHINGGA ANAK RASA SOLAT ADALAH UMPAMA ANGGOTA BADAN. amat diperlukan.
.

Islam itu indah. Bukan pukul yang mahu ditekankan. Kerana pukul itu sudah tidaK lagi diperlukan bila langkah pertama dilakukan dengan PENUH KASIH SAYANG. pukul adalah solusi terakhir peringkat ini. Surah lukman begitu sempurna memberikan solusi.
.
Post ini ambil masa 10 minit untuk dihadamkan. Sekiranya perlu, silalah print.
.
Saya amat percaya mendidik anak solat adalah PROSES YANG BERTERUSAN. solat lengkap itu bagus. tapi yang lebih utama adalah untuk anak setiap masa INGAT ALLAH DAN BERGANTUNG pada Allah pada setiap nafas hidup mereka.
.
Dalam proses yang saya akan kongsikan ini, nikmat mengajar anak jaga solat in shaa Allah menyebabkan ibu bapa yang jatuh cinta pada Allah.
.
================
Langkah 1: PERKENALKAN ALLAH DAN BERGANTUNG PADA ALLAH.
================
Solat sudah wujud sebelum Nabi Muhammad S.A.W. . Zaman para rasul sebelum nya lagi. Solat diwajibkan untuk umat islam setelah berlakunya isra mikraj. Dan ia berlaku setelah 12 tahun wahyu pertama turun. Fasa itu berlaku di mekah. Tema utama fasa ini adalah berkaitan TAUHID. Maka, PERLU KENAL KEINDAHAN DAN MAHA BAIKNYA ALLAH.
.
Keindahan Allah amat mudah diceritakan apabila kita bantu anak untuk hargai apa sahaja nikmat yang mereka peroleh. Sama ada melalui dari kita sebagai ibu bapa, atau melalui persekitaran beliau.
.
Syukur ya Allah.. Hari ini mama masak sup ayam sedap..
Syukur ya Allah.. Ammar dapat semua A exam.
Syukur ya Allah.. Allana dah tak sakit perut.
Syukur ya Allah.. allana dapat hadiah dari kawan
Syukur ya Allah.. Ammar main bola, dapat goal.
Syukur ya Allah.. Allana tidur cukup.
.
Ya semudah itu. Dalam setiap saat kehidupan anak ALLAH ADA BANTU. maka, setiap kali kita bersama dengan anak, KITA LAH YANG PERLU LAFAZKAN kesyukuran itu dengan suara yang lembut agar anak dengar.
.
Langkah ini adalah dari surah Luqman 31:12
“Dan sesungguhnya Kami telah memberi kepada Luqman, hikmat kebijaksanaan, (serta Kami perintahkan kepadanya): Bersyukurlah kepada Allah (akan segala nikmatNya kepadamu)”. Dan sesiapa yang bersyukur maka faedahnya itu hanyalah terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yang tidak bersyukur (maka tidaklah menjadi hal kepada Allah), kerana sesungguhnya Allah Maha Kaya, lagi Maha Terpuji.”
.
Apabila Allah itu dihargai. Barulah, solat itu menjadi mudah. Allah tak perlukan manusia untuk dihargai. Tapi manusia yang perlukan Allah untuk dilafazkan syukur. Side effects syukur? Nikmat bertambah.
.
Orang yang banyak bersyukur, hidupnya tiada banyak complain. Happy sentiasa. Mempengaruhi kesihatan. Mempengaruhi kebijaksanaan. Bijak di sekolah.
.
Kerana bila makin kenal Allah, rasa bergantung pada Allah makin meningkat. bagaimana Allah diperlukan dalam setiap saat kehidupan anak di dunia dan di akhirat. Bukan parents. Bukan pelajaran. Contoh,
.
kalau anak sakit sebab terjatuh. Ini yang saya katakan
.
“allana.. Doa pada Allah dulu. Bukan cakap pada mama atau minta ubat. Mama dan ubat adalah USAHA.” saya akan tunggu allana berdoa baru saya akan pujuk dan tenangkan beliau. Doa lagi pada Allah sebagai ibu, yang doa Allah izinkan mustajab. Kemudian baru sapu ubat sekiranya perlu.
.
Proses ini adalah berterusan. namun, amat mudah kerana setiap masa bila anak bersama dengan kita, kita boleh cakap. AGAR ANAK BERGANTUNG KEPADA ALLAH. yang lain adalah usaha. Usah kita latih anak bergantung kepada kita. Walaupun peringkat kecil memang mereka bergantung kepada kita.
.
Surah Luqman 31:13
Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, semasa ia memberi nasihat kepadanya:” Wahai anak kesayanganku, janganlah engkau mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar”.
.
Secara peribadi saya telah pun memperkenalkan Allah kepada Ammar dari lahir. Saya meletakkan tugas ini 100% kepada diri saya. Ibunya. Bukan sekolah. Bukan ustaz. Discuss lah bersama pasangan anda.
.
Concurrently, langkah 2 boleh dilakukan.
.
=========
Langkah 2 : DENGAR CERITA ANAK
=========
.
Anda biasa dah dengar cerita celoteh anak yang comel tu kan? Haa bagus! Sila teruskan ☺️☺️
.
Apabila kita selalu bersembang dengan anak pasal Allah, automatik anak akan selalu nak bercerita dengan kita. Pastikan penceritaan tentang Allah /Alquran itu ADA KAITAN DENGAN ANAK. Bukan bercerita pasal kekuasaan Allah yang anak tidak boleh kaitkan dengan diri sendiri. Proses mengajar anak membaca Alquran DAN FAHAM Alquran mempermudahkan proses ini.
.
Proses ini akan sebabkan anak ADA TRUST PADA KITA. Percaya dan lantas dengar kata. Tanpa trust ini, sukar untuk mendidik apa apa pun. Kalau buat, kerana terpaksa atau dipaksa.
.
Luqman 31:14
Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).
.
Bila anak trust kita, anak akan mudah bercerita macam macam. Saya dengar semua cerita anak. Walaupun mereka bercerita tentang hoki, lukisan yang tak jadi, kisah potong pemadam kontot untuk share dengan kawan. SEMUA SAYA DENGAR.
.
Kerana dari situ kita boleh kesan sesuatu.
Satu hari Ammar bercerita…
.
Ammar : mama, ammar dah doa masa test tadi. Allah tak tolong pun. Mama kata Allah pasti tolong.
Mama : lepas solat ammar doa apa?
Ammar : =&2&4_£@&
.
Beliau jawab sesuatu. Dan dari situ saya dapati beliau hanya solat asar pada hari yang ada kelas Alquran. Sebab ustazah ajak solat. Selain itu, tidak solat asar di sekolah (isu pertama) . Tambahan, beliau tidak study. (kesan dari tidak solat)
.
Saya tidak marah (respon saya)
Tapi saya tahu ada tindakan yang wajib saya lakukan segera. Takkan marah kerana silap saya tak ajar. Takkan marah kerana saya tidak mahu beliau melihat solat itu memerlukan kekerasan. SOLAT PERLUKAN KEHADIRAN HATI.
.
Apabila beliau tidak dapat jawab 1 soalan test.. Saya akan ceritakan.. Setiap amal ada baik buruk.
.
Mama : ammar, kan ada 20 soalan. 19 ammar dapat jawab elok. 1 je yang tak dapat jawab.
Ammar: tapi ammar tak suka..sebab ammar tak tahu langsung.
Mama : ya lah. Ammar ponteng sekolah time tu (kerana ikut mama travel). Pastu tak tanya kawan apa yang tertinggal. Ia adalah akibat atas tindakan diri ammar sendiri. Yang ammar buat betul, mesti cikgu bagi markah.
Ammar : ya lah.. Yang salah? Salah lah kan?
Mama : ya.. Salah tetap salah. Tapi bukan kiamat terus. Buat salah tu normal. DAN kembali pada Allah setiap kali buat salah, itu perlu. itu asas taubat. SEPERTI SEMUA MANUSIA LAIN, SEPANJANG AMMAR HIDUP, AKAN ADA BANYAK LAGI KESALAHAN YANG BERLAKU.

Mama takkan marah kalau mama belum cerita Alquran kata apa. Allah pun tak marah. Asalkan selepas tu bertaubat dan janji tak buat lagi. Orang yang sedang bertaubat Allah belum hukum. Allah Maha Adil. Setiap kebaikan dibalas kebaikan. Setiap kejahatan yang TER buat, cepat cepat bertaubat sebelum kejahatan di balas kejahatan. Dan janji tak ulang lagi.
.
(isu kecil sahaja. Tapi itu adalah peluang untuk saya ceritakan message Alquran)
.
Luqman 31:16
(Luqman menasihati anaknya dengan berkata): “Wahai anak kesayanganku, sesungguhnya jika ada sesuatu perkara (yang baik atau yang buruk) sekalipun seberat bijih sawi, serta ia tersembunyi di dalam batu besar atau di langit atau pun di bumi, sudah tetap akan dibawa oleh Allah (untuk dihakimi dan dibalasNya); kerana sesungguhnya Allah Maha Halus pengetahuanNya; lagi Amat Meliputi akan segala yang tersembunyi.
.
========
Langkah 3 : UBAH CARA SOLAT DIPERKENALKAN
========
.
Apabila saya perhatikan, ammar bagus solat. Kerana di rumah atau ketika travel, kami solat berjemaah. Solat dipengaruhi oleh persekitaran. Diajak. Bila bersendiri di sekolah, solat zohor dilaksanakan kerana kelas belum bermula. Asar tidak solat kerana tiada ruang antara jadual. Kalau keluar nanti terlepas belajar. (punca sampingan)
.
Di sini saya tidak menyalahkan jadual. Atau pun guru. Kerana saya yang memilih sekolah yang ada pelbagai kaum. Maka, saya melihat silap diri saya yang TIDAK CUKUP PERKENALKAN KEPENTINGAN SOLAT.
.
Tindakan adalah TAMBAHKAN KEINDAHAN SOLAT. sekiranya anda mahu explore, solat mempunyai ribuan manfaat. Bab dosa pahala dan akhirat telah kerap ditekankan.
.
Luqman 31:17
“Wahai anak kesayanganku, dirikanlah sembahyang, dan suruhlah berbuat kebaikan, serta laranglah daripada melakukan perbuatan yang mungkar, dan bersabarlah atas segala bala bencana yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat melakukannya.
.
Kali ini saya Upgrade solat ammar dengan melihat dari aspek SIDE EFFECT kecil solat iaitu pada KESIHATAN. apa yang saya lakukan adalah
.
a) Beli buku solat yang baru. Berbeza dari buku sebelumnya. Supaya anak nampak informasi baru.
b) AUDIT SOLAT. Dan saya pilih 1 gerakan sahaja untuk difokuskan pada 1 masa. Sehingga menjadi. Contoh;
tengok buku, postur rukuk haruslah 90 darjah.
Anak rukuk, kita ambil Gambar rukuk anak
Bandingkan. Saya katakan kepada ammar

Mama :Bagus Ammar rukuk. Allah sayang Ammar. Cuba ammar tengok apa persamaan rukuk ammar dengan buku..
Ammar : ha ah sama mama.. Tangan, kepala, kaki..
Mama : haaa bagus! High 5! Cuba tengok perbezaan..
Ammar : ermmm.. Rukuk ammar melengkung. Rukuk buku straight.
Mama : yaaa… Tahu tak apa impaknya pada kesihatan kalau rukuk tu straight? Salur darah diregangkan sepenuhnya. Jadi darah mengalir sempurna. Oxygen dan zat makanan sampai ke otak dengan optimum. Fokus Ammar meningkat. Ammar jadi tenang.
.
Ammar : oh ada kaitan ke?
Mama : ya. Ingat tak ammar cakap masa test Allah tak tolong?
Ammar : ha ah..ammar dah doa. Tapi tak de ideas pun nak jawab.
Mama : Allah Maha Baik. Maha Pantas. Bukan salah Allah. Bila ammar skip asar, fokus ammar dah kurang. Ammar tak study. Maka tak dapat jawab test. Sebab tak usaha. Bukan sebab Allah tak tolong.
.
untuk langkah 3 ini saya sarankan anda ceritakan pada anak manfaat solat kepada
1- manfaat pada diri sendiri di dunia (ada 324 manfaat setakat ini yang telah saya explore. 1 minggu cerita 1 pada anak)
2- manfaat pada diri sendiri di akhirat. (ada 106 ayat alquran pasal solat, ulang ulang cerita pada anak)
.
yang di dunia boleh nampak kesan terus. yang sebabkan anak meyakini impak di akhirat. in shaa Allah.
.
=======
Langkah 4 : TINGKATKAN KEYAKINAN ANAK PADA SOLAT. (sila baca dalam konteks mendidik).
=======
.
4 hari berlalu.. Setiap hari saya ambil gambar rukuk ammar. Akhirnya berjaya dilenturkan menjadi lurus 90 darjah. Saya tunjukkan perbandingan rukuk ammar.
.
Selepas 7 hari, beliau katakan
Ammar : mama! Betul lah! Bila ammar jaga solat kan, test pendidikan islam dan bahasa arab tadi senang sangat! Ammar doa pada Allah. Allah tolong!
.
Soalan itu mungkin memang mudah. Itu hanyalah asbab.YANG UTAMA ANAK SENDIRI MERASAKAN KEBERKESANAN SOLAT ITU. dan yang utama, anak kaitkan kejayaan itu KERANA SOLAT YANG DILAKUKAN KERANA ALLAH. di situlah sebahagian kecil KEYAKINAN LEVEL 1 tentang solat dipertingkatkan. Dosa pahala adalah balasan automatik solat. Untuk akhirat. Ia harus ditekankan juga. Kerana kita harus didik anak, SOLAT SEBENARNYA KERANA ALLAH. Tapi untuk faham ke arah itu, ia memerlukan PROSES YANG BERTERUSAN OLEH IBU BAPA.
.
=========
Langkah 5 : BERTERUSAN TAMBAHKAN LAGI KEYAKINAN ANAK PADA SOLAT MELALUI MINAT ANAK
=========
.
Apa pun jua minat anak, dorong sahaja. Selagi ia tidak bertentangan dengan agama. KERANA MINAT ITU, BELIAU AKAN LALUI FASA HARAPAN, USAHA SUNGGUH SUNGGUH, KEKECEWAAN DAN KEGEMBIRAAN. di situ mudah untuk kita perkenalkan Allah lagi sebagai tempat bergantung.
.
Tiada bezanya dengan orang dewasa yang solat kerana Mahukan rezeki lebih. Mahu dipermudahkan hidup. Mahu itu ini.
.
DISINI PERLU UNTUK KITA TEKANKAN TENTANG PERBETULKAN NIAT. Impian dan harapan adalah asbab yang menolak diri untuk solat. Tapi bila mahu solat, perbetulkan niat. Ia adalah proses yang berterusan..
.
Selepas 9 hari, beliau katakan lagi..
Ammar : mama! Best lah solat. Sebab kalau dulu ammar buat bottle flip asyik tak jadi.

sekarang, ammar dah boleh buat bottle flip sampai 80 kali, semua menjadi! Sebab ammar tenangkan? Sebab ammar jaga solat kan? Allah tolong kan?
.
*bottle flip = air botol mineral yang berisi 1/5 air, dibaling dan mesti mendarat tegak. Tanpa goyang atau jatuh.
.
Dalam konteks ini, bottle flip itu sekiranya dilihat sepintas lalu ia adalah aktiviti buang masa. Saya yang TerPengaruhkan beliau melalui video YouTube Dude Perfect. Namun, saya melihat bottle flip itu adalah minat beliau yang mudah untuk di leverage kan. Banyak berfikir dan integrasi otak dan badan. Practise makes perfect.
.
=========
Langkah 6 : PANTAUAN
=========
Satu hari… Saya ambil beliau balik sekolah pukul 6ptg. Beliau masuk kereta dengan berkata
.
Ammar : mama! Cepat! Ammar belum solat!
.
MasyaAllah! Allahuakbar! Tiada daya dan upaya melainkan bantuan Allah semata-mata. Beliau sudah merasakan kepentingan solat itu.
.
Tiba tiba…
Mama : ammar, jem lah.. (belum sempat mama bercakap)
Ammar : takpe lah mama.. Solat di Petronas lah.
.
MasyaAllah! Allah izinkan beliau untuk mencari alternatif mudah.
.
Keesokannya.. Ketika solat subuh, ammar menjadi imam. Bersama allana. Selesai solat ammar bertanya..
.
Ammar : kenapa masa rukuk tadi ammar rasa sakit belakang??
Mama : mungkin ammar silap postur masa angkat barang ke. Masa tidur ke. Tak pe.. Ammar solat kan kerana Allah. Ammar doa pada Allah. Allah tolong betulkan nanti. Audit rukuk ammar lagi.. Nanti malam ok lah tu. In shaa Allah
.
Selesai solat zohor..
Ammar : mama! Betul lah! Dah tak sakit belakang! Magicnya solat ni mama!
Mama : Allah Maha Baik pada ammar yang jaga solat. Lama lama ammar akan rasa lebih banyak keseronokan solat. Hingga ammar akan solat KERANA ALLAH.
Ammar : mcm mana solat betulkan sakit belakang mama?
Mama : jomkita tengok video YouTube. Kita search pasal “Human Veins”
.
Cuba tengok ni.. Dalam badan kita mcm ni lah. Urat berselirat banyak. Cuba tengok tangan ammar. Ni ha warna hijau. Urat ni. Sama kan dengan video.. Bila ammar jaga rukuk, urat ni diregangkan.
.
Ammar : wahhh mukanya kagum
Mama : sebutlah MasyaAllah!
.
==========
Solat adalah proses berterusan untuk dipelajari. Ammar belum baligh. Jadi saya kongsikan kepada beliau cara audit solat secara berperingkat. Rukuk saja hampir 2 minggu.
.
Tukar cara didik anak daripada Suruh dan paksa Kepada “solat kerana mahukan Allah”
.
SOLAT PERLUKAN KEHADIRAN HATI.. MERASAKAN MEMERLUKAN ALLAH. inilah yang sangat banyak saya ceritakan kepada peserta seminar AuditLife Supermommy.
.
journey audit solat ammar masih banyak yang saya akan sentuh. In shaa Allah, Allah bantu permudahkan sebelum beliau baligh. Di mana segala amal bermula untuk dihitung…
.
Jomkita.. Ubah cara kita perkenalkan Allah dan Solat. Saya faham letih untuk menyuruh.
.
Untuk makluman anda, cara kita menyampaikan solat kepada anak, perlu melihat karakter anak juga. Ammar karakter yang suka berfikir. Maka, penerangan saya adalah melalui sains. Ada logic. Beliau perlu faham belakang tabir, apa yang terjadi pada badan. Allah izinkan, Ia berkesan kepada beliau.
.
Tapi untuk karakter yang berbeza, cara berbeza pula. Langkah di atas dilaksanakan untuk allana juga. Ada impak positif MasyaAllah. Namun, ada cara lain yang lebih tinggi impaknya.
.
Sekiranya anda perhatikan.. Langkah yang saya ceritakan di atas panjang bukan?
.
KERANA MELALUI ANAK IBU BAPA YANG DIDIDIK SEBENARNYA. Ibu bapa juga perlu Upgrade solat. Perlu upgrade bergantung pada Allah. Ia adalah proses yang berterusan.
.
Sekiranya anda mahu hantar anak ke kem solat, atau sekolah terbaik dunia yang mengajarkan tentang solat. Silakan. Bagus dan boleh teruskan. Namun, pantauan tetap perlu dilakukan. TIADA SHORTCUT DALAM PERKENALKAN ALLAH. Kerana nikmat nya ada di dalam PROSES ITU.
.
Tiada daya dan upaya melainkan bantuan Allah semata-mata.
Nikmat makin bercinta dengan Allah menyebabkan KITA enjoy mendidik anak. Bukan bererti kita pandai. Kerana kita tak pandai, kita perlukan Allah setiap masa.. Dari Allah kita datang, kepada Allah kita dikembalikan.
.
Allah yang kita mahukan sepanjang proses mendidik anak. Bukan hanya terperangkap dengan isu parenting tanpa menilai hubungan dengan Allah.
.
kita sama sama peruntukkan masa untuk upgrade hubungan dengan Allah. tak cukup masa? itu adalah impak kerana hubungan dengan Allah yang tak di upgrade. bagaimana mahu perbaiki? jemput lah sediakan MASA. untuk pelajari skills parenting , pelajari ilmu Alquran, untuk mendidik anak. Dan pantau . . in shaa Allah
.
So apa yang anda dapat dari post ini? Sila comment.
.
Ya diizinkan share, kita sama sama manfaatkan dengan orang lain ya. Dan tag kan orang yang memerlukan tips ini. bukan sekadar share, simple review akan mempengaruhi orang lain untuk sama sama BACA SAMPAI HABIS dan bertindak. in shaa Allah
.
Tahniah! anda baca sampai habis. Moga Allah permudahkan urusan kita mendidik anak anak dengan #QuranicParentingFM. In Shaa Allah.

#HusnaHaron
#FormulaMasa.com
#QuranicLifestyle
#QuranForever
#Sendiri

HusnaHaron

Leave a Reply