Skip to main content

PENANTIAN GOLDEN DREAM ITU..

PENANTIAN GOLDEN DREAM ITU..
(seriously highly recommend to read. Masa diambil adalah 10 minit)
.
4 kali gagal.. Bukan gagal selamanya. Bangkit lah cepat dengan Allah melalui Alquran.. Boleh bayangkan golden dream anda?
.
Berusaha untuk pergi mekah untuk haji/umrah bukanlah sesuatu yg sukar untuk Allah makbulkan. Kerana Allah sudah berfirman “Mintalah padaKu, nescaya Aku tunaikan (surah al ghafir 40:60). Sekiranya tidak dimakbulkan, pasti Allah mempunyai agenda yang lebih baik untuk takdir kita. Allah mengikut sangkaan hambaNya. Namun, apakah usaha kita terhenti begitu sahaja. Sedangkan Allah berfirman dalam surah Al-Baqarah 2:202
.
“Mereka itulah yang akan mendapat bahagian yang baik dari apa yang telah mereka usahakan; dan Allah amat cepat hitunganNya.”
.
Apakah yg telah kita usahakan untuk melayakkan diri? Apakah cukup dengan hanya berdoa, bersyukur, dan simpan duit? Itu yang kebiasaan orang lakukan.
.
(teruskan membaca! Ada point utk golden dream anda)
Dari 2014 – 2017 saya berusaha untuk tunaikan haji. Setiap bulan haji, saya bercuti. Dengan harapan, kalau dijemput kami boleh pergi at anytime. Namun, belum dijemput. Hatta, bila sudah ada peluang, faktor lain pula yg menghalang. Saya gagal kali ke 4 😭😭😭
.
Maka Haji 2018 saya mula berfikir..bagaimana untuk upgrade amal surah al baqarah ayat :202 di atas. Saya mula audit aqidah saya. Audit aqidah orang lain di dalam personal coaching, Allah izinkan apa jua masalah diselesaikan, impian tercapai .. How about my own personal dreams?
.
Aqidah ada 3 bahagian utama iaitu Ehsan, rukun iman dan rukun islam. Setelah nampak, bahagian mana aqidah saya tidak on track,maka saya mula design action plan untuk diri sendiri.
.
Apa pun jua impian atau masalah, pasti ayat Alquran yg pertama yg kita patut respond dahulu adalah surah ar ra’d 13:11
.
“Allah tidak akan ubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka sendiri mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri”
.
Astaghfirullahalazim… Saya sendiri repeat the same test 4 kali!
.
So apakah action plan untuk dijemput haji/umrah?
.
YAKINILAH statement ini…
ALLAH TIDAK MENJEMPUT ORANG YANG MAMPU. NAMUN, ALLAH MEMAMPUKAN ORANG YANG DI JEMPUT.. Hayatilah..
.
maka, apakah yang melayakkan kita untuk dijemput??
.
Di sinilah kita lihat balik kenapa kita dihidupkan. Saya suka melihat dari aspek surah al baqarah 2:31 iaitu menjadi khalifah. Membantu lebih ramai orang. Dalam apa jua aspek.
.
Maka, untuk itu.. Faktor lain juga perlu dilihat.
Ingatlah acronym ini❤️❤️F.A.I.L. S.U.L.I.T. Pro❤️❤️
.
Tindakan yang dilakukan semuanya berbalik kepada surah al baqarah 2:1-5 dimana Quran Solat dan Sedekah di Upgrade dengan kadar yg luar biasa. Sekiranya itu yg bakal membuatkan kita DI MAMPUKAN UNTUK DIJEMPUT.
.
3 minggu sebelum ramadan, saya mula merangka Pelbagai siri Quran Talk untuk jangkamasa 5 minggu. segalanya percuma. Ditaja. Hasilnya..
.
320 orang menerima ilmu bagaimana untuk persiapkan hati sebelum setiap kali membaca Alquran dan solat.. Tiada daya dan upaya melainkan bantuan Allah semata-mata yang mempermudah kan urusan tajaan ini dilakukan. Dalam keadaan terbatasnya kewangan, diberikan pelbagai peluang. MasyaAllah Tabarakallah!
.
Dalam masa yg sama.. Sebanyak 213 biji Quran Terjemahan yg saya taja hasil kutipan wang yg diberikan kepada saya.
.
Saya semakin teruja untuk dijemput haji. Namun apa yg terjadi sungguh mengejutkan! Tiba tiba 2 minggu sebelum ramadan, saya terperangkap dengan Hutang bernilai RM100, 000 dan habis barang kemas saya terpaksa di gadai! Tanpa menyalahkan sesiapa.. Saya menangis.. Mahu pergi haji, mestilah segala hutang dilunaskan dahulu.. Lantas saya audit lagi bagaimana mahu setelkan hutang tersebut. Hati kecewa. Terpaksa ditangguhkan ke tahun 2019 kah impian haji ini? Menangis.. Menangis.. Menangis… 😭😭😭 Seiring dengan tangisan itu.. Saya membaca Alquran lagi dan lagi… Sambil teresak esak.. AUDITLIFE.
.
Namun, tatkala membaca surah Maryam keseluruhan nya.. Saya seolah mendapat kekuatan baru. Apa yg ku sangkakan impossible adalah kerana menggunakan upaya diri yang serba terbatas. Sedangkan Allah itu tiada batas! Lantas saya besarkan lagi tajaan Quran Talk. Free talk, free notes, free transport..Duit yang ada bukan di simpan..tetapi di sedekahkan lagi dan lagi.. Sudahlah Quran Talk adalah program percuma, ikut mana tak tahu duit akan masuk utk bayar hutang. Most of my time saya kerahkan kepada membantu orang.. MEREDAH SEGALA PERKARA YANG LOGIC. yang logic DI UNLOGIC KAN. kerana dengan Allah tiada apa yang mustahil.
.
Hingga menjadi 3,243 peserta keseluruhannya. Secara live dan secara webinar. MasyaAllah! Sungguh, Allah memberikan kekuatan luar biasa kepada FormulaMasa team.
.
Tiba tiba… Rezeki yang tak disangka sangka muncul! Dari sumber yang sungguh luar biasa.. Hanya kerana saya pernah membantu ESQ membuat website mereka tanpa bayaran kepada diri sendiri.. Yg saya offer berdasarkan surah alfajr.. Yang saya sendiri tidak tahu kenapa saya berikan free service 6 bulan itu.
.
Apakah rezeki tanpa sangka itu? Terlalu peribadi untuk diceritakan pada waktu ini. sungguh benar janji Allah. Lantas saya membayar baki hutang rm100k yg berjumlah rm87k.
.
Rentetan dari itu juga.. Allah juga memberi rezeki tanpa sangka dari sumber ke2. Saving 15 tahun lepas yang BELUM BOLEH dikeluarkan kerana belum matang tiba tiba dipermudahkan untuk keluar.. MasyaAllah! Tiada yang Mustahil bagi Allah. Lantas.. Jumlah wang ini digunakan untuk menebus barang kemas yang tergadai dan dizakatkan. Juga disedekahkan.
.
Kini yang tinggal hanyalah loan yang sudah ada schedule monthly payment. MasyaAllah! Semuanya kembali on track dalam masa sebulan! Sungguh Allah Maha Pantas! Saya teruskan untuk berdoa dan berusaha lagi…
.
Namun, minggu ke 3 Ramadan, rezeki saya seolah terbatas. Saya auditlife lagi. Di Upgrade quality solat. Di Upgrade quality puasa. Di Upgrade quality syahadah.. Namun, rezeki masih terbatas.. Lantas saya baca lagi Alquran memohon ilham dari Allah. Apakah salah saya?
.
Tanpa saya sedari..apabila di auditlife itu, ada sesuatu yang terjadi. Asbab wang rm87k itu, suami izinkan pembayaran hutang itu.. Namun, redha di dalam hatinya tercalar. Saya memohon maaf kepada suami. Sepenuh hati. Beliau berkata “antara kita tiada kaitan dengan rezeki. Tiada kaitan rezeki ina dengan redha abang. I always redha pada ina. No problem langsung dgn wang itu..”
.
Itu kata beliau. Namun, saya tetap mohon maaf sepenuhnya.
.
Akhirnya.. Rezeki masuk dengan lancar. MasyaAllah.. Saya sedaya mungkin auditlife dengan Alquran. Tidak tahu apa lagi variables yang perlu di adjust untuk jemput rezeki.
.
Tiba syawal… Kami menerima surat. Rayuan tabung haji ditolak. Ohhh my god!😭😭😭 Despite all efforts above.. Saya masih belum layak.. Apa lagi yg harus dilakukan? Saya membaca Alquran lagi. Terpandang pula surah al mursalat.
.
Surah tentang penyesalan melampau ahli neraka. 😭😭😭Saya berusaha lagi. Berdoa ya Allah what else i should do? Dan kali ini di tambah dengan surah maryam 19:1-10. UPGRADE YAKIN TAHAP INFINITY SEOLAH TIADA APA YG MENGHALANG..
Dan Nothing else. Back to surah baqarah 2:31 dan surah Maryam 19:11. Teruskan menyampaikan kepada lebih ramai orang tentang alquran..
.
Kali ini saya nekad.. Segala ilmu yg Allah pinjamkan kepada saya.. Saya upgrade lagi sedekah nya
.
Bermulalah lagi tajaan seterusnya
Free 150 tiket seminar Audit Life
Free Quran Terjemahan 15 biji
Free tiket seminar Full timerevamp
Free Personal coaching
Free personal coaching pantauan sebulan bernilai Rm5999
.
Bukan sekadar itu.. Saya usahakan lagi mencari cable. MasyaAllah!
.
Ada 4 cable orang dalam tabung haji
-1 yang diperkenalkan oleh peserta seminar
– 1 yang kawan suami
– 2 cable terkuat penyewa kedai abah.
.
Keyakinan naik mencanak. Usaha digandakan lagi. Sambil menunggu action plan seterusnya dari Alquran.
.
Hingga lah 3 minggu lepas, dimaklumkan oleh cable semuanya.. Nama kami masih tiada dalam senarai 😭😭😭😭 ya Allah.. Hatta cable terkuat ada pun, kami masih belum dijemput. Apa lagi yang harus kami lakukan ya Allah.
.
Bagaikan tersentap dengan surah ar ra’d 13:14.
.
Allah menampar smack down diri saya agar bergantung total kepada Nya. Bukan kepada makhlukNya. (ini adalah action plan. Bukan tafsir)
.
Mulalah saya lakukan solat sunat taubat. Taubat nasuha. Berjanji kepada Allah untuk menjaga aqidah.
.
Hati masih menangis.. Ya Allah.. Tawaran Haji sudah tutup. Semua orang dah dapat surat. Apakah saya tiada peluang ya Allah. Selagi waktu haji belum sampai, saya tetap akan berusaha. Pasti ada jemaah yang dijemput yang tidak dapat pergi last minute. Sebab wang, meninggal, tiada mahram, kesihatan apa sahaja! Pls invite me ya Allah….
.
Saya tertidur di dalam tangisan..
Bila terjaga tidur.. Dibuka whatsapp. Terkejut melihat ada offer pakej. Bukan melalui muassasah. Namun, melalui agen swasta. Harga? Terbeliak mata. Mana aku nak cekau duit dalam masa 3 minggu..
.
Namun, sekali lagi Allah izinkan rezeki tanpa sangka datang. Ada hamba Allah yg teramat baik hati membayarkan jumlah yg besar itu. 😭😭😭😭 Dan kami suami isteri mula lah menghantar passport untuk urusan visa.
.
Malu dengan tawaran itu.. Sedangkan usaha saya teramat sikit.. Lantas saya bersedekah lagi. Pelbagai personal coaching dilakukan. Saya mula keluar kan rahsia ilmu dari Alquran. Bagaimana mahu auditlife advance kepada 50 client yg terpilih. MasyaAllah Tabarakallah.. Segalanya dnegan izin Allah. Masalah dan impian clients ini selesai dgn cepat.
.
Malahan sepanjang 3 minggu banyak jemputan seminar TimeREVAMP yang saya terima..💃💃💃Boleh bersedekah lagi! Terfikir bagaimana mahu membayar wang dari insan mulia itu.. Sedangkan segala hasil seminar saya tidak ambil untuk personal. Gaji saya tetap sebagai Managing Director sahaja. Tidak cukup utk bayar. Belum sempat habis berfikir….
.
Tiba tiba…
.
Mendapat message dari agen haji. Visa sangkut. Tidak diluluskan.😭😭😭😭 Ohhhhhh ya Allah.. Ternyata aku belum layak untuk dijemput. Tiba tiba juga.. Kakak ipar terbersalin awal. Kakak ipar ini lah yang bakal jaga ammar dan allana. Awal 2 bulan! 😭😭😭😭 Ya Allah.. Apakah message mu di sebalik semua perkara ini?
.
Dibaca lagi Alquran. Memohon dipujuk hati yang remuk. Terus baca.. Terus baca..
.
Keesokannya.. Upgrade lagi sedekah. Solat hajat. Kepada setiap client personal coaching, semuanya saya berikan action plan bagaimana mahu pergi umrah dalam masa 4 bulan. Walau apa pun masalahnya. Saya kongsikan rahsia pergi umrah berkali kali dalam keadaan tiada wang. Malahan boleh travel every week. Sedangkan saya tidak mempunyai saving yang banyak..
.
Hingga satu ketika saya sudah tiada wang untuk membayar duit minyak kereta. Duit dalam bank tinggal RM30 je..my Husband gelak! Laaa pakai lah duit saving kita tu! Tak yah lah nak ikat perut!.
.
Saya katakan kepada suami
.
“abang.. Ina dilahirkan dalam keluarga yang kaya. Disambut oleh abang yang berduit. Ya ina ada some properties. Ina tahu.. The moment I need money, ma dan abah pasti akan tolong. Abang pun pasti akan tolong.
.
Tapi sampai bila ina nak bergantung kepada kalian? Ina mahu berlatih bergantung total kepada Allah. It’s ok.. I don’t want to use the money… I want to read the quran..pasti ada action plan dari Alquran.”
.
Membaca Alquran.. Solat taubat.. Istighfar cuci hati.. Solat hajat lagi. Berdoa dalam keadaan duit yg kering, pastilah desperate nya tinggi!
.
Keesokannya saya berseminar untuk kerajaan negeri Selangor. Dan MasyaAllah tiba tiba petang nya, ada seorang kawan lama datang melawat. Mahu JV utk satu business. Dan business itu memang menggunakan kepakaran saya yang sudah mendap lama. 😍😍😍. Hari pertama mengusahakan business itu, MasyaAllah Allah izinkan sales nya banyak!
.. Allahuakbar.. Lantas saya mula berzakat, bersedekah dan mula bayarkan insan istimewa yang mendahulukan wang utk pakej haji ini.. Sedikit demi sedikit..
.
Saya terus berusaha. Kali ini fokusnya kepada Keluarga pula. Di gembirakan ammar dan allana. Di gembirakan suami. Digembirakan ma dan abah..sedekah yg lebih afdal adalah kepada yang terdekat. Saya sedekahkan Alquran terjemahan kepada jiran jiran. Dan ahli keluarga yg belum ada.
.
Visa belum dapat..
Malahan drama nya lebih mendebarkan. Ada orang interfere.. Setiap kali terima Berita pasal haji.. Saya tersentap. Allah belum MEMAMPUKAN aku 😭😭😭 aku belum layak dijemput..
.
Lantas dibacakan lagi alquran.. Saya pergi sahaja ke kursus haji walaupun belum confirm perg. Saya teruskan exercise dan practice ihram. Saya gandakan visualisation nya. Yg utama, hati ku bulat yakin dan percaya bahawa Allah maha mendengar.
.
Hinggalah saya ke penang utk berseminar di sana. 2 jemputan. Dan terpandang 1 statement
.
Sesungguhnya Hati Manusia itu Mati,
Kecuali mereka yang berilmu..
Sesungguhnya mereka yang berilmu itu lena,
Kecuali mereka yang beramal..
Sesungguhnya mereka yang beramal itu tertipu,
Kecuali mereka yang ikhlas..
~ imam al ghazali
.
Lama saya merenung kata kata ini. Sambil bersandar di dinding. Sambil mulut mengulang hafazan surah al ghafir. Surah al insyirah. Surah al mulk. Surah AsySyams..
.
Saya flash back semua perjalanan untuk dijemput haji… Penuh dengan harapan. Penuh dengan paksaan kepada Allah. Dalam itu, tetap segala kebaikan Allah balas dengan sungguh banyak. Surah alzalzalah…
.
Hingga saya realise..
.
Bukankah sepanjang perjalanan utk dijemput haji ini banyak “komunikasi antara diriku dengan Allah melalui Alquran”..Allah itu yang ditemui dirasai kewujudannya. Allah itu yang didambakan membantu SETIAP KALI diperlukan. Bukankah ALLAH ITU MAHA INDAH?
.
lantas… Saya tunduk malu..
.
Astaghfirullahalazim..
Astaghfirullahalazim..
Astaghfirullahalazim..
.
Untuk apa pergi haji kalau kewujudan Allah tidak dirasai? Utk apa solat kalau bukan zat Allah yang didambakan? Utk apa????
.
Bukan kah hubungan dengan Allah itu adalah hadiah terindah??
.
Husna.. Kau sudah berusaha sedaya mungkin. Serahkan kepada Allah. Boleh pergi haji atau tidak bukan urusan kau.
.
Allah MEMAMPUKAN orang yang dijemput..
Dan ternyata Allah MEMAMPUKAN kau untuk membantu lebih ramai orang.. Keupayaan untuk audit aqidah ehsan, rukun iman dan rukun islam itu sesuatu yang tersangat indah. Bukankah itu yg diperlukan untuk total action menunaikan haji?
.
That moment of time… Saya melepaskan impian haji.. Allah tiada banding lebih nikmat dari haji itu.
.
Saya redha..
Saya pasrah..
Saya gembira..
.
Allah maha indah…
.
Dan hari ini 5 ogos 2018, pada hari jadi yang ke 36..saya mendapat hadiah istimewa
.
1) Makan di restoran Terengganu. Masakan asli nasi dagang dan keropok lekor. Makanan yg lama saya tinggalkan kerana sedang menurunkan berat badan. Thank you my husband Ubai Ambiah
.
2) dikurniakan hadiah Guru Hafazan personal. Tatkala sibuk berseminar dan bersedekah, Allah izinkan saya menghafal Alquran dan tasmik bersama ustazah di dalam kereta anytime bila ada masa. Malahan, guru Alquran ini tersangat mulia.. Memahamkan saya utk setiap surah yang dibaca. Tiada daya dan upaya melainkan bantuan Allah semata-mata.
.
3) akhirnya.. Saya faham apakah itu ESQ 165 audit aqidah di dalam kehidupan seharian. Ia adalah hukum alam. Applies kepada semua umat manusia. Proven di dalam setiap saat kehidupan saya.. Malahan telah dibuktikan kepada total 89 orang client personal coaching. Terima kasih Dr Ary Ginanjar! Dan Pn Sh. Noorul Huda
.
Memahami aqidah ini tidak lah menjadikan saya sempurna dari segala salah. Pasti saya ada lakukan kesalahan. In shaa Allah, dengan izin Allah Alquran pasti membantu.
.
4) Alquran sungguh indah. Sedekah sungguh mengujakan. It took me 4 years untuk kumpul duit rm10, 000 utk pergi haji muasasaah. Masuk keluar tabung haji berulang kali. But it took us only 2 months dgn izin Allah untuk kumpul beberapa ratus ribu. Dari sumber yang tak disangka dan yang diusahakan.Allahuakbar! Sungguh Allah beyond logic! As per now? Saya gembira kosongkan account bank dengan cepat… Target utk loan pula. In shaa Allah. Yg utama sedekah bila kita sendiri tak cukup ada formula lagi!
.
5) yg utama.. Akhirnya, di atas segala yang diatas.. Visa Haji sudah approve, flight ticket sudah ada. Finally, kami akhirnya DIMAMPUKAN UNTUK DI JEMPUT OLEH ALLAH.. 😱😍😍😍😭😭😭❤️❤️❤️❤️❤️
.
Malahan yang lebih mengujakan adalah.. Disebabkan ia adalah private package,
.
– semua hotel 5 bintang dan dekat dengan masjid
– tiada bermalam di khemah ketika di mina, muzdalifah. Namun, mendapat bilik hotel special di sana
– yg lebih mengujakan adalah “boleh hafal Alquran full time sepanjang kerja haji”
.
Atas segala hadiah di atas… Saya merasa kan begitu kerdil.
.
Selagi tidak sampai di mekah dan kerjakan haji.. Saya tetap berusaha menyampaikan. Cuma kali ini saya tidak lagi memaksa Allah. Seandainya saya mati sebelum pergi.. Saya redha. Seandainya something happens.. Saya redha.. Kerana Allah setiap masa indah. Dan maha membalas segalanya.
.
Pergi haji saya happy
Tak pergi haji pun saya happy
Kerana Allah cukup untuk saya setiap masa happy. Goods or bads everything is good. Alhamdulillah.
.
Sungguh Allah Maha Baik
Segalanya yang terjadi semuanya kerana izinNya. Sy tiada apa apa. Yang saya usahakan hanyalah untuk ready mati at anytime. In shaa Allah. I miss Allah…
.
6) hadiah terindah pastilah doa ma dan abah yg berterusan. Special post for this. Dan along the way.. Penghargaan terima kasih seumur hidup kepada guru tercinta iaitu Ubai Ambiah ❤️❤️❤️❤️ yg banyak mendidik sepanjang masa..
.
So apa khabar golden dreams anda? No worries Allah tahu apa yang terbaik.. Jomkita Usahakan dengan Alquran.
.
DisclImer ; mengamalkan Alquran memerlukan kita utk WAJIB UPGRADE YAKIN DAN PERCAYA KEPADA ALLAH. tanpa yg ini, prosesnya penuh ragu ragu. mohon cari guru Alquran untuk mendidik anda. Kebahagiaan anda nikmati dan risiko anda bertanggungjawab. Bagaimana mahu upgrade yakin?
.
Jemput datang ke seminar auditlife 10 Ogos di Gombak. Poster seperti photo.
Thanx for reading 👇👇👇👇

HusnaHaron

Leave a Reply