Skip to main content

Pen 10 warna..

By April 12, 2018Blog, S - Spiritual

Pen 10 warna..
.
Ammar hadiahkan saya pen ni bulan lepas… Sebab Saya suka colors tapi tak mahu banyak pen..I really love this pen.. Kerana ingatan beliau..
.
Hari ni.. Allana guna pen ni dan tertekan 2 colors. Pen ini pecah. Rosak. Saya sedih. Saya rasa bersalah. Trying my best supaya ammar tak tengok pen ni.
.
Tiba tiba terfikir, baru ni sharpener ammar yg baru berusia 2 hari pecah… Dengan mudah saya menuduh (judge) beliau tidak bersyukur.. Tidak pandai jaga.. Tidak appreciate apa yg saya bagi. Walaupun beliau menafikan..
.
Astaghfirullahalazim..terkadang being a mom, saya terguna “kuasa veto”.. Hohoho how bad I am.. How pity ammar..
.
Malahan.. Saya rasakan tertampar kow kow dengan surah lukman ayat 16 ni…ffuhhhhh sungguh pantas, balasannya..
.
(Luqman menasihati anaknya dengan berkata): “Wahai anak kesayanganku, sesungguhnya jika ada sesuatu perkara (yang baik atau yang buruk) sekalipun seberat bijih sawi, serta ia tersembunyi di dalam batu besar atau di langit atau pun di bumi, sudah tetap akan dibawa oleh Allah (untuk dihakimi dan dibalasNya); kerana sesungguhnya Allah Maha Halus pengetahuanNya; lagi Amat Meliputi akan segala yang tersembunyi.

-Sura Luqman, Ayat 16
.
Ohhhh Ammar… Mama minta maaf….
Terima kasih pen 10 warna…
.
Dan lepas repair, pen ini pulih seperti sedia kala.. Alhamdulillah..

HusnaHaron

Leave a Reply