Skip to main content

PARENTING CHALLENGE!

PARENTING CHALLENGE!
.
Alamak! Nak buat macam mana ni? Errr…🤔🤔🤔
Setiap kali stuck. Biasa kan alami? Bila anak ber ragam. Parents ter batas kemampuan..
.
Seumur hidup perlu belajar. Setiap orang dikurniakan jumlah anak dan perangai anak, SESUAI MENGIKUT KEMAMPUAN MASING MASING.. Seiring dengan perkembangan anak yang makin membesar, ibubapa juga perlu upgrade parenting skills..
.
MasyaAllah! Hatta parenting skills pun Allah gariskan di dalam Alquran. Ada 9 pesan Lukman kepada anak. Kita sebagai anak. Kita juga sebagai parents.
.
Mengajar anak Alquran sungguh challenging. Namun, kalau mampu consistent TABIK SPRING KEPADA DIRI SENDIRI. 😂😂😂 Allahuakbar!
.
Tatkala mahu mengajar ada sahaja drama penghalang. Di sinilah DEGIL TEGAS TEGAR IBU MAINKAN PERANAN. ia umpama kawalan diri yang teramat bagus..
.
Contoh :
.
Lana : Mama.. Boleh tak baca 2 page je? Lana sakit perut lah..
Mama : boleh! Lepas dah habis baca 2 page.. Lana pun dah kuat. Sebab Alquran ni kan syifa. Allah dah sembuh kan. So nak say thank u pada Allah? (surah lukman 31:12)… Kita baca lagi 2 page ya….
.
Ammar : mama.. Homework banyak lah mama. Baca quran esok boleh?
Mama : boleh! Esok kita baca Quran ya. Sebab homework ammar banyak, kita baca Quran dulu.. Minta Allah tolong bagi idea siapkan homework cepat. (surah lukman 31 : 13) Jom 4 page..
.
Ammar : Mama..kenapa kalau belajar dengan YYY tak de pun macam ni?
Mama : sebab.. Mama ajar ikut keadaan ammar, bukan copy paste ikut turun temurun.. (surah lukman 31:21)
.
Suami : nak kopi..
Mama : boleh! Lagi 10 minit na hantar ya! (sempatlah cover 2 page dgn anak)
.
TERLALU BANYAK DRAMA HARIAN yang bakal menyebabkan AJAR ANAK ALQURAN TERTANGGUH…
.
Hinggakan semua orang TERDISIPLIN dengan Alquran. Alhamdulillah tiada daya dan upaya melainkan bantuan Allah semata-mata..
.
Ramai orang cakap.. Ajar anak Alquran, syaitan banyak hasut. Banyak menggoda. Itu benar. Tapi kenapa nak ikut cakap syaitan? Syaitan hanya mampu seru je. Kita yang bertanggungjawab atas keputusan masing masing. (surah ibrahim 14 :22)
.
Dan berkatalah pula Syaitan setelah selesai perkara itu: “Sesungguhnya Allah telah menjanjikan kamu dengan janji yang benar dan aku telah menjanjikan kamu lalu aku mungkiri janjiku itu kepada kamu; dan tiadalah bagiku sebarang alasan dan kuasa mempengaruhi kamu selain daripada aku telah mengajak kamu lalu kamu terburu-buru menurut ajakanku itu; maka janganlah kamu salahkan daku tetapi salahkan diri kamu sendiri. Aku tidak dapat menyelamatkan kamu dan kamu juga tidak dapat menyelamatkan daku. Sesungguhnya dari dahulu lagi aku telah kufur ingkarkan (perintah Tuhan) yang kamu sekutukan daku denganNya”. Sesungguhnya orang-orang yang zalim (yang meletakkan sesuatu pada bukan tempatnya) beroleh azab yang tidak terperi sakitnya.
.
Apabila kawalan diri semakin lemah… Itu lah yang terjadi membuatkan mudah ikut kata syaitan. Bisikan diri sendiri yang malas.
.
Tak yah nak impress sangat. Ada time saya pun ke laut juga…😂😂😂 Surah Ibrahim di atas tu kena kat saya lah! Pasal saya pun lalui… Saya cakap pasal diri sendiri ni. U know bila kena penampar peringatan bila baca AlQuran..😫😫😫..
.
but at least cerita pasal Allah tak pernah miss lah..
.
Astaghfirullahalazim..
Astaghfirullahalazim..
Astaghfirullahalazim..
.
Jomkita! Ajari untuk dicintai AlQuran ❤️❤️❤️❤️
Kita cuba sama sama ya..

HusnaHaron

Leave a Reply