Skip to main content

2.9

YouTube Opick : Cahaya Hati (sila klik)

Allah engkau dekat

Penuh kasih sayang

Takkan pernah engkau

Biarkan hamba Mu menangis

Karna kemurahan Mu

Karna kasih sayang Mu

Hanya bila diri Mu

Ingin nyatakan cinta

Pada jiwa jiwa yang rela

Dia kekasih Mu

Kau yang selalu terjaga

Yang memberi segala

Allah Rohman Allah Rohim

Allahu Ya Ghofar Ya Nurul Qolbi

Allah Rohman Allah Rohim

Allahu Ya Ghofar Ya Nurul Qolbi

Di setiap nafas di segala waktu

Semua bersujud memuji memuja asthma Mu

Kau yang selalu terjaga

Yang memberi segala

Setiap makhluk bergantung padaMu

Dan bersujud semesta untuk Mu

Setiap wajah mendamba cinta Mu cahaya Mu

 

 

Gambar :https://upload.wikimedia.org/wikipedia/id/6/65/Cahaya_Hati.jpg

REVIEW

Lagu ini telah membuatkan aku sedar akan fakta yang aku sering lupa yang Allah tak akan pernah melupakan kita. Kadangkala bila diberi rintangan dalam hidup, aku sering lupa yang Allah takkan memberi ujian yang kita tak mampu harungi. Aku sering lupa yang segala penyelesaian harus dibuat kerana Allah.

Allah sengaja beri ujian supaya aku senantiasa beringat kepada Nya. Itu membuktikan yang tak terbatas cinta Allah terhadap hamba Nya yang alpa dan sombong ini.

Walaupun aku tak banyak meminta dengan Allah, Allah tetap menyediakan segala. Kadang-kadang Allah beri rezeki yang lebih daripada apa yang aku dapat bayangkan. Yang paling penting sekali, Allah beri aku banyak masa untuk bertaubat.

Moga aku takkan lupa diri lagi bila gembira. Moga aku sentiasa beringat yang Allah maha pengasih, maha penyayang, maha pengampun. Moga aku tidak lupa yang hanya Allah yang menyinarkan cahaya ke dalam hati supaya kita nampak jalan untuk terus berjaya dari dunia sampai ke akhirat. Insyaallah.

Husna Haron

Leave a Reply