Skip to main content

NO… ITU MASIH TAK CUKUP.. 

By February 21, 2018Blog, S - Spiritual

NO… ITU MASIH TAK CUKUP..
.
Tak cukup meminta dariNya yg Maha Unlimited
Sedangkan Allah tempat bergantung dan memohon pertolongan itu (surah al ikhlas) sudah pun meyakinkan kita bahawa “mintalah padaKu,, PASTI AKU AKAN tunaikan” (surah al mukmin).

Namun, di dalam hati masih lagi ragu.. Sudah banyak usaha.. Kenapa belum berhasil. Kenapa belum dapat apa yg dicitakan. Terkadang kita lupa bahawa “Pasti ditunaikan” itu harus melalui PROSES. itulah Law of Journey. Semasa sedang diproses itu banyak impian yg lain dimakbulkan.. Sebab kepada penyebab. Apabila kita kurang jelas dengan apa yg kita mahukan… Maka, kita juga kurang jelas dengan apa yg datang pada kita…. Ketika dipandu emosi negatif, kita akan nampak ia sebagai masalah dan ujian.. Bila dipandu emosi positif yg bergantung Kepada Allah, apa jua yg datang.. Semuanya adalah Hadiah, proses salah satu impian dimakbulkan…
.
Perasaan kita menarik apa yg kita fikirkan…. Fikir negatif, lebih banyak masalah datang menimpa… Fikir positif dan baik sangka padaNya, lebih banyak kebahagiaan dan ketenangan datang kepada kita…(Surah alzalzalah, surah al a’raf, surah al anfal). Dengan mengingati Allah, hati pasti tenang… (Surah ar rad)
.
Persoalannya.. Sudah cukup positif kah? Sudah align kan apa yg kita impikan itu selari dengan jalan menuju Allah? Atau hanya sekadar utk kepentingan diri?
.
Subhanallah.. Terima kasih wahai anjing kecil.. Memerhati kamu berusaha mencari makanan memberikan pelbagai jawapan untuk diri saya yg mudah terlupa ini. Alhamdulillah terima kasih ya Allah… Kerana mengingati Mu, melalui alquran ini.. Mudah untuk saya memandu fikiran agar sentiasa kawal fikiran.
.

HusnaHaron

Leave a Reply