Skip to main content

MENYESAL YANG TIADA PELUANG KEDUA..

By October 21, 2018Blog,

MENYESAL YANG TIADA PELUANG KEDUA..
.
Yakin pada Allah dan kalamNya bukan hanya di bibir. Ia harus diterjemahkan dalam kehidupan. Bagaimana kita UPGRADE YAKIN DGN ALLAH bila ada problems. Hingga kan. Pertolongan itu benar benar dirasai.
.
Apa jua yang berlaku dalam KEHIDUPAN KITA DI DUNIA ini mencerminkan di akhirat. Di dunia kita ada peluang untuk berubah. Trials. Di akhirat, ia pasti. Ketika inilah syafaat pertolongan Alquran diperlukan.
.
Cycle of life hidup di dunia, yang memberikan impak kepada kehidupan di akhirat. Di mana di akhirat, ahli neraka Penuh penyesalan..
.
Surah as sajdah is soooooooo special. Pasti bersebab hingga surah ini sering dibacakan ketika solat subuh berjemaah. Permulaan hari. SUCH HUGE REMINDERS from Allah.. Tema surah “Tunduk pada Allah”. Bukan pada duit, anak, pasangan, masa.. Bukan pada kuasa, pengaruh, kerjaya. Itu semua dipergunakan utk LEBIH KENAL ALLAH.
.
Asas tadabbur memahami utk amal adalah..
“ketika membaca Alquran, setiap ayat ditujukan kepada DIRI KITA SENDIRI”
.
bukan merujuk kepada orang lain yang belum islam. Bukan merujuk kepada orang lain yang ingkar. MAKA KITA TAK BOLEH SYOK SENDIRI BAJET BAGUS KONON KONON AKU ADALAH AHLI SYURGA hanya kerana selalu memegang Alquran.. Sekurang nya, dengan Alquran, kita boleh self audit.. “kalau aku mati sekarang, gamaknya aku ke mana?”
.
Ia mengubah cara kita membawa diri kita. Cara berfikir. Cara berinteraksi dgn orang lain. Cara UPGRADE QUALITY CONNECTION DENGAN ALLAH..
.
Maka, setelah membaca Alquran.. Pasti ada perubahan yg PASTI DILAKUKAN. Kalau setelah buat medical checkup, ada cancer stage 4..pasti akan ada perubahan lifestyle yg kita lakukan kan? Ini Perumpamaan sahaja.
.
Tak perlu tunggu perkara yg besar terjadi. INGAT MATI sebenarnya sudah cukup memberikan kita peringatan.
.
Syurga itu adalah impian akhir. Dan bersama Allah, Allah perbetulkan akhlak kita, aqidah kita agar AKHIRNYA kita layak ke syurga.. In shaa Allah.
.
Majikan yang Beriman kepada surah as sajdah ini membuatkan enforcement dilakukan
– prepare back up segala kerja
– Segala kerja ada SOP kalau staff meninggal, ada reference
– menukar cara kita bekerja bahawa kerja adalah cara BERSEDEKAH ILMU, SKILL, KNOWLEDGE DAN TENAGA. Bukan hanya utk ambil gaji. Beza langit dan bumi org yg drive kerja sebab komitmen tugas vs gaji. Kerja dari hati vs terpaksa. Proaktif vs kena follow up baru buat kerja
.
Quran utk DUNIA, MENUJU AKHIRAT YG KEKAL
Jomkita! Ambil Alquran dan self reflect diri kita dan keluarga.
.
P/s disclaimer ni bukan tafsir surah assajdah

HusnaHaron

Leave a Reply