Skip to main content

ketika membancuh pancake, sengaja saya lebihkan sedikit. Mmg sudah diniatkan utk diberikan kepada burung..mahu respon kepada ayat alquran tentang sedekah..
.
Lantas.. Di lemparkan pancake ini di tepi pokok bunga raya.. Menunggu burung datang… Namun, tak sampai 10 saat.. Terus pancake dihurung oleh ratusan ekor semut hitam…sungguh sensitif antenna rezeki semut… 
.
Sungguh rajin mereka bekerja.. Mengutip rezeki yang disalurkan melalui perantaraan saya..terfikir, bagaimana Allah menjentikkan hati saya utk masak lebih utk disedekahkan kepada makhlukNya ini..
.
Ermmm manusia struggle (bertungkus lumus) mencari rezeki..
.
Manusia struggle mencari ilmu utk tambah rezeki..
Manusia struggle bertindak dengan pelbagai cara utk tambah rezeki..
Manusia struggle bernetworking utk menambahkan kenalan agar rezeki bertambah…
.
Yaaaaa.. Tu semua usaha…
Yg paling mahal dan bernilai adalah menjaga hubungan dengan Allah.. Yg Maha Mengetahui dan Maha Memberi Rezeki.. Menjentikkan rasa dan dorongan kepada sumber rezeki utk datang kepada kita… Usaha tetap perlu.. Hubungan dgn Allah lebih perlu..
Hubungan kerana mencintaiNya.. Bukan berhubung utk “merasuah”.. Yg membezakan adalah niat.. Very fine line that differentiate it.. 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Open chat
Hello 👋
Selamat datang ke FormulaMasa.com
Biar saya bantu anda mencari servis yang sesuai untuk keperluan anda. Sila klik 'Open Chat' di bawah untuk berkongsi keperluan anda dengan kami