Ini biasanya berlaku pada kebanyakan ibubapa konservatif. Contohnya melihat anak lelaki yang suka mengusik, nakal, ibubapa suka mengatakan,
“Alah, anak lelaki memang begitu” atau ketika melihat kakak dan adik bertengkar, ibunya berkata “maklumlah … namanya juga anak anak”. Atau ketika si anak memukul teman, ibubapa masih juga membela dengan mengatakan ” maklumlah namanya juga anak anak. Tak sengaja . “
Bila kita selalu membela dan memanjakan tindakan salah yang dilakukan anak-anak, automatik si anak berfikir sikapnya betul, dan akan menjadi teruk jika terbawa sehingga ke dewasa.
Apa yang sebaiknya kita lakukan?
Tidak perlu menerangkan hal yang tidak perlu, kita harus mendidik setiap anak sesuai dengan sifat dasarnya. Setiap anak boleh dididik dengan tegas [ingat: bukan keras] sejak usia 2 tahun.
Semakin awal usianya, semakin mudah untuk dikendalikan dan diajak kerjasama. Anak kita akan bekerjasama jika kita selalu mengajaknya dialog dari hati ke hati, tegas, dan konsisten. Ingat, tidak perlu menunggu sehingga usianya dewasa, kerana semakin bertambah usia, semakin tinggi tahap kesukaran untuk mengubah sikap buruknya.
Gambar : http://caageorgia.com/images/babyeating.jpg
Tips dari : http://chentazulya.blogspot.com/…/37-tabiat-ibubapa-memberi…



