Skip to main content

MATA WANG ASING, ALQURAN VS PAHALA..
.
Saya mengemas wallet yg digunakan utk travel ke luar negara. Terjumpa pelbagai mata wang asing. Bukan Banyak pun. Ada 7 jenis negara. Walaupun sedikit, takkan nak buang kan… Walaupun sekecil SATU Qatar Riyal.. Ia tetap wang. Cuma tidak laku di Malaysia.
.
Dengan muka tebal.. Saya hantarkan sahaja ke money changer. Tidak kisah berapa kadar yg dikenakan, saya tidak kisah. Asalkan saya tidak berlaku zalim pada mata wang ini.
.
Dari 7 mata wang ini, yang dari Mesir tidak diterima. Kerana tiada permintaan di situ. Sedangkan yg itulah yang paling banyak. Hadiah daripada Parents ketika kami pergi Umrah tahun lepas.
.
Harta yang banyak.. Juga tidak diterima di akhirat nanti. Wang ringgit tidak valid di sana. Ia harus ditukar dahulu kepada PAHALA membantu lebih ramai orang.. Sedekah, amal kebaikan, anak yg soleh yg mendoakan, dan ilmu bermanfaat…yg banyak timbangan amal, dapatlah syurga.. (Surah al qariah)
.
Sejauh mana kita sudah CONVERT HARTA KEPADA CURRENCY AKHIRAT? Ermmmm cukup ke tidak? Syafaat pertolongan Nabi? Cukup ke selawat? Syafaat pertolongan Alquran? Cukup ke?
.
Allahuakbar….
.
Terima kasih currency Egypt. Walaupun harus ke Kuala Lumpur utk tukarkan kamu.. Sekurang nya, daripada kamu #HusnaHaron dapat reflexy “cukup ke currency akhirat”.. Terima kasih juga, melalui kamu.. #HusnaHaron perlu study lagi surah al qariah..
.
RM166.56.. Nak buat apa ya?

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Open chat
Hello 👋
Selamat datang ke FormulaMasa.com
Biar saya bantu anda mencari servis yang sesuai untuk keperluan anda. Sila klik 'Open Chat' di bawah untuk berkongsi keperluan anda dengan kami