Nama : Maznah
Pekerjaan : Kerajaan
Bilangan Anak : 2
Kehidupan sebelum join FormulaMasa : Sebelum Kelas Online “REVAMP YOUR ROUTINE”, saya selalu stres mengenai kerja sidai baju. Walau bunyi ianya macam simple aja, Kadangkala kami suami isteri sama-sama tidak sempat sidai baju 😀 dan ada berselisih faham mengenai siapa perlu sidai. Biasanya suami saya lah kena sidai sebab dia kerja sendiri, Saya ambil part ‘basuh baju’ walau mesin yang kerjakan haha, juga kerana saya perlu keluar lebih awal untuk kerja. Suami juga akui sidai baju adalah kerja yang remeh dan ambil masa yang lama. Berlaku juga keadaan di mana suami lupa sidai atau tak sempat, dan kena basuh sekali lagi dalam mesin basuh sebab berbau sudah (thx to mesin basuh di zaman moden ni huhu).
Kehidupan selepas join FormulaMasa : Lepas memahami kaedah Kelas Online “REVAMP YOUR ROUTINE” Puan Husna, saya fahami anak juga boleh dilibat bersama dalam kerja rumah. Kebetulan anak pertama (genap 3 tahun) suka memanjat, dia sendiri offer diri untuk sidaikan baju. Mula-mula saya tak fikir ia sesuai, terfikirkan why not, sy beri peluang. Wah, tiap hari dia bertanya Mummy nak sidai baju tak, Mummy baju dah kering kot? (walau baru sekejap tadi sidai baju). Saya ada little helper yang bertanggungjawab heheh. Dua dalam satu: aktiviti fizikal anak suka memanjat (biasa bawa ke playground untuk kesukaan memanjatnya, ambil masa 10-15 min dari rumah sebab ia jauh sedikit, taman rumah saya ada padang sahaja), dan kerja rumah menyidai baju. Jadi saya jimat masa!!!
P/s: Video kebetulan anak saya Fateh 3 thn 1 bln first time boleh masukkan baju ke penyangkut. Sebelum ini dia hanya bermain-main dengan penyangkut dan jadi kan sebagai ‘crane” tempat pembinaan tu. Dalam video juga, selepas itu dia menyidainya dan bergayut monkey bar kegemarannya. Menariknya dia buat dengan happy dan bersemangat, suka rela.
Ini kerana saya meraikan minatnya membantu dan terlibat sama dalam kerja yang saya rasa remeh iaitu menyangkut baju. Style kami ialah sangkutkan ke penyangkut dahulu semuanya kemudian sangkut ke ampaian semuanya. Biasa dahulu saya buat malam atau tak sempat buat (masalah besar sy) sebab malam saya tidur awal dan bangun awal. Anak juga ikut timing body clock saya. Pagi awal pula saya sibuk siapkan kerja semalam iaitu basuh pinggan mangkuk, kuali periuk smlm, memasak pagi untuk anak dan suami agar dapat makan makanan berat pagi. Jadi bab baju memang sy surrender.
[mashshare]